Aina Akmal '

Wednesday, 7 December 2016

My first baby!

Assalamualaikum

EHEH. BABY? 

It's been a while aku menulis dan merepek dekat blog ni. Since aku dah mula acah-acah start busy dengan my baby. Fuyoohh. BABY KAU.

Al kisahnyanya aku ni baru beberapa minggu yang lalu telah memulakan satu bisnes. Semuanya secara spontan je. One day, aku pergi tolong kawan aku ajar komputer dekat ofis dia. Tiba-tiba entah macam mana boleh terkeluar bab bisnes.

Petang tu dia hantar aku balik rumah terus aku tanya my mom. Boleh tak? Aku tau my mom tak banyak hal punya. Tak banyak bunyi. Aku yakin mak aku akan cakap buatlah apa nak buat. Aku pun balik-balik terus tanya

"Mama, boleh tak kakak nak bisnes dengan Afiqah?"
"Buatlah, apa salahnya." dengan rileksnya mak aku jawab
"And berapa modal?" 

Aku dengan kawan aku terus cerita pasal bisnes kitaorang.

Dan esoknya terus start meeting. WAHHAHAHA. MEETING KAU.

Seminggu tu memang kitaorang survey barang dan segala macam jenis dalam hal-hal bidang ni.

Nak tau apa kitaorang punya bisnes?



So ni lah dia. My baby. My bisnes. My project. 

YEAH. OUR FIRST ORDER!

and.. I do realize something, bukan mudah nak cari duit dan aku faham kenapa why orang lama sangat ada meeting. banyak benda yang aku belajar lepas aku cuba untuk start bisnes ni.

and InshaaAllah aku akan terus continue untuk buat bisnes ni even tahun depan aku akan SPM. HAHA. Lol. 

and aku harap korang semua mendoakan aku, dan semoga bisnes ni akan berjaya suatu hari nanti. Kepada sifu-sifu dalam dunia bisnes sila bimbing kitaorang. Hehehe. Thank you!




Read More »

Saturday, 26 November 2016

Driving Class!

Assalamualaikum

Last night , I sleep dlam pukul 4 pagi and bangun subuh. Dalam dua jam macam tu jelah aku tidur. Actually, I really really really want to sleep at 12 am, lols. but I got carried away by watching kpop variety show. So, I don't even realize, tetiba masa jadi pukul 1. WOAH MAGIC. and I do some research for my project.

So yeah.

Aku siap semua dalam pukul 8 something aku dah ada dekat driving school. I FEEL SO NERVOUS YOU KNOW. Tetiba je sampai, wah ramainya boys dengan dekat motor semua. Kinda creepy feeling you know. T____T



and aku buat-buat je lah tabah masuk dalam pejabat, and Alhamdulillah. My Junior a.k.a my adik punya member ada dekat dalam lobi tu. I was like Huraayy! At least I know somebody that I can talk too. memang masa tu kalau tak ada sapa yang aku kenal, memang aku krik krik krik sampai mati dekat situ.

Aku sign up tak ajak sapa-sapa. Aku redha je lah apa nak jadi masa hari mak aku tarik bawa ke muka pengadilan, eh salah. tarik ke Sekolah memandu. //imagine my mom drag me all away to academic. woahhh, XD

and the class actually begin at 9 o'clock. they asked us to come earlier because we need to settle down our payment before class.

and the class start. EH. NOT YET.

15 MINS AFTER 9 AM,

Kelas memang krik krik krik hambar gila macam semua orang sedang berkabung. Dengan semua kepala tunduk tengok phone, dan tangan laju menyentuh skrin. Aku tenung henfon aku baru aku buat data. Aku kacau kawan aku pagi pagi buta sebab aku dah tak tau nak cakap apa. plus, aku memang 24/7 kot kacau dia. Sampai kadang tak tau nak cakap apa dah. lol

Aku pandang kanan aku, semua tawadukk habaq hang. HAHAHA TUNDUK. and aku punya WS senyp aku buka IG. and bila IG feed aku penuh mamat korea, aku tutup sebab aku sayang data. HAHAHA. Then aku buka Ninja Fruitt. Lol. One game, two game and yawn.

AND THE CLASS BEGIN. BLA BLA BLA. REHAT BLA BLA BLA. REHAT AND CLASS AGAIN, AND BALIK. HURAYY!


and the most embarrassing time for me, -_-

when the teacher ask our class

"Siapa sini tak reti nak naik kereta."

and I.. mindlessly put the hand in the air. and that teacher laugh at me. T_T

"Tak reti naik kereta?" He asked with kononya muka terkejut lah. 

and boys always be boys. LAUGH. but glad because that time ramai lagi tak masuk kelas sebab rehat tengah hari. Aku terus geleng kepala cakap. eh reti reti. Like seriously, aku angkat tangan dalam keadaan aku faham benda lain okay. you know macam tak pandai bawa kereta. macam tu lah. and he dis me . T_T

and aku macam blur. and he said "senang ja, buka pintu naik kereta." 

woah. i never noticed that sir. Thank you. 

and then my mom smpai depan academy 3:59. WOAH.

Because I told my mom, my class finish at 4 pm.


p/s : Aku baru ada idea nak update blog, sebab selama ni aktiviti aku menghadap muka oppa kpop ja. HAHAHA. 

kbai. lol.


Read More »

Friday, 25 November 2016

Bad Day.

Assalamualaikum ♥

Pagi tadi bangun-bangun tidur lepas solat semua, aku check phone aku. Rasa macam menyesal pun ada sebab buka wassap pagi-pagi buta macam tu. Kalau aku boleh undur masa, aku nak je undur masa. tak nak tengok wassap aku tu.

Dia punya heartbroken tu, masyaaALLAH. Sentap gila. Aku nak cerita ke tak cerita aku pun tak tahu macam mana nak cerita. This person must be reallyy really hate me sampai dia nak remove aku dari grup tu. Before this, this person tell my other classmate not to bring up bout me and talk bout me in group. They talk bout this in other group.

The moment I saw those chit chat screenshot, my hands trembling. I cried so hard. Sampai bengkak mata aku semua.

Aku faham, dalam dunia bukan semua orang suka kita. Tapi nak terima kenyataan betapa orang yang kita respect tak suka diri ni, bukan senang. Aku speechless sampai hari. Aku ingat benda ni dah the end. rupanya, semalam.. suddenly dia remove aku dari group. Aku macam , so you really really hate me and don't want to see my name anymore.

aku cuba untuk tak ambil kisah benda macam ni. cuba cakap dekat diri sendiri, relaks ah, nabi pun manusia yang paling mulia ada orang tak suka. inikan pulak hang perangai macam @#$%^ . PELIK DAN ENTAH APA-APA. HAHAHA. So, aku cuba untuk lupakan. tapi tu lah.. aku kadang dah segan nak cerita dekat orang pasal benda macam ni.  tapi, this burden, aku kena lepaskan.

tak boleh nak pendam sorang-sorang. Lepas 2-3 Hari aku move on.

Lol kbai.


p/s: mesti ramai yang tak faham benda lah aku merepek ni. tak apa jangan risau. aku memang nak merepek je, sebab aku dah tak tahu nak membebel kat mana dah. diary aku malas tulis. sakit tangan. ahahahhaa. kbai kbai kbai.


Read More »

Monday, 14 November 2016

Dream again.

Assalamualaikum ♥

Recently I've been thinking a lot. Mostly, I am wondering and thinking what would I be in future. How can I survive with current Malaysia economy today because I'm not born with silver spoon. plus, I'm also the eldest one in my siblings. Next year, I'm turn to 19.



Cepatnya masa berlalu.

A lot of things happen in this 3 years (2014-2016). Masa aku umur 16, aku pindah sekolah, then tak lama lepas tu aku sakit, half of year aku cuti. Tak ke sekolah dan lebih banyak masa aku dengan dunia blogging. Aku start blogging masa usia aku 13 tahun kalau tak silap. Tapi masa tu zaman aku gila kpop macam orang gila. Lepas tu aku slowdown and kembali aktif masa umur 16.

Masa ni, aku dah mula lupa impian, cita-cita dan tanggungjawab aku. Aku takut untuk melangkah ke alam baru. Masa aku umur 16 ni, aku lebih banyak have fun dengan dunia blogging. So masuk 2015, umur aku 17 (Ting. 5) aku masuk kelas Ting. 4.

Dengan alasan aku, aku nak belajar dari mula. tapi, kehidupan aku dekat sana memang mencabar. Aku nak cerita, tapi panjang sangat. Penat. Masa tu pun, bukannya sepenuhnya aku sihat.

Dan awal tahun ni, aku pindah sekolah, again. Dan continue Form 5. Mula-mula aku takut aku tak boleh nak masuk dengan budak-budak dekat sekolah baru aku ni. tapi alhamudulillah, semuanya, boleh masuk air. tapi, kali ini aku sakit dekat sekolah dan pelbagai pressure yang aku terima dari pihak sekolah. Aku kecewa.

dan slowly, segala impian dan angan angan aku semua aku lupa.

tapi bukan dengan alasan tu aku cuti lagi sekali tahun ni. aku sakit. aku betul betul sakit. mental, hati, fizikal aku semua rabak. Aku serahkan kepada Allah segalanya. dan aku bertekad yang aku nak amik SPM tahun depan secara persendirian.

Sebab aku dah letih dengan sekolah. Aku tak nak dengar orang cakap soalan KBAT / HOTS susah, sebab aku tahu memang susah. tapi kalau aku asyik fikir susah, hidup aku akan kena rantai dengan ketakutan yang paling bodoh. Bukan aku tak perlukan cikgu, tapi kali ini aku dah tak nak sistem sekolah. Aku dah tak nak pakai baju sekolah, aku dah tak nak pergi perhimpunan pagi, aku dah tak nak ternanti-nanti waktu balik. Aku tak nak semua tu. Semua tu bermakna kalau ada kawan.

tapi, manusia akan pergi. cepat atau lambat. sebab semua ada jalan masing-masing.

aku yakin, InshaaAllah. Allah ada untuk bantu aku. Sebab selama ini Allah dah hantarkan tentera-tentera dia untuk jaga aku.

aku nak life baru. susah nak masuk dengan batch yang tak sama. jangan nak cakap universiti nanti ramai orang tak sebaya kau. memang. itu uni. semua orang faham. tapi sekolah. lain.

one day, my friend ask me.

"So, what's your dream?"



and masa tu I thought bout my dream that I almost forget. I forget how I'm in love with IT. the day she asked me. I remember everything.

my old me.

how I always brag my dream to my friends and my family.

and now, I'm start to dream again.

cause I believe , apa yang terjadi selama ni.. untuk mematangkan aku. untuk kuatkan mental aku. Kerana tidak akan ada apa yang terjadi selama ni, tanpa izin DIA.

Menangis boleh, tapi biar air mata itu bermakna. Bina kekuatan dengan setiap air mata itu dengan menangis di depan Allah.

Every single person in this world, always have problems. Sorang pun tak akan terlepas.

Jangan takut untuk bermimpi semula walau apa pun yang terjadi. because a lot of things happened to me, I almost forget how to dream and stop dreaming. but I've found myself again and InshaaAllah I won't let it go.





Read More »

Thursday, 25 August 2016

Siapa Afiq?

Assalamualaikum ♥

Aku memang dah lama tak tengok tv. Last aku tengok rasanya beberapa bulan yang lalu. tu pun sebab masa tu terkeluar cerita korea lepas tu aku tengok kejap je. sebab ayah aku tak bagi tengok tv.  tapi aku jenis tak kisah ada tv ke tak ada tv.  yang penting kena ada wifi.  hehehe.

cakaplah drama apa pun sekarang,  kalau bukan sebab social media,  memang sampai bila-bila aku tak tahu apa cerita dekat tv tu.  plus tv makin lama makin bosan. kalau ada astro maybe okay sikit lah.  Sikit je lah.  Rumah aku memang dah tak ada astro.  kalau tak de wifi memang hemmmm.


beberapa hari lepas aku ada buka surat khabar,  selak-selak ruang artis,  ada cerita pasal raja afiq.  Sejujurnya aku tengok je tajuk besar dia,  lepas tu aku flip muka surat lain.  Tak berminat langsung aku nak baca.


Petang tu my mom balik kerja,  baca paper.  My mom cakap ,

"SADONYA, raja afiq." sambil baca paper.

Aku dengan keringnya tanya. "Sapa dia?"

"Kapten Mukhriz tu la." balas mama sambil gelak.

Aku speechless babe. Spechless gila. Mak aku kenal artis. Sebab mama jarang lah nak amik tahu sangat benda macam tu. Rasa macam, hahaha, wow. my mom kenal raja afiq.

dan lagi satu.  my mom cakap 'sado'.  she learnt well from her daughters I rasa.  Hahahhaa.  My mom jarang pakai perkataan generasi sekarang.  annd mama jarang nak faham perkataan gen sekarang.


dan aku?



aku terkebil-kebil tengok KDrama. HAHAHA. Maaflah. susah aku nak layan drama melayu.


Lepas tu baru macam aku tersedar, masa cerita tu ada mama semangat nak tengok. Lol. tapi kejap je mama tengok. dalam seminggu lebih je. lepas tu dia busy kerja. Hehe

entah drama tu dah habis ke belum pun aku tak tahu.





Read More »