Novel : Sky Love part 1






Hafiz dan rakan-rakannya,berjalan di sekitar pusat membeli belah. Berpeleseran tanpa arah tujuan. Kerana terasa penat. Masing-masing berhenti makan di restorant di pusat membeli belah tersebut. Sebaik sahaja pelayan restoran berlalu setelah mengambil pesanan mereka. Sekumpulan gadis bertudung labuh dan berjubah dan berbaju kurung melintasi meja yang diduki oleh Hafiz.


Hafiz terdiam.


"Hai ustazah, labuhnya tudung. Macam khemah. Kalau bawa korang pergi camping sure tak perlu bawa khemah. Gantung je tudung tu. Haha!" Adam terbahak-bahak mengetawakan gadis-gadis itu, di turuti oleh kawan-kawan yang lain.


 Hafiz menjeling tajam ke arah rakan-rakannnya. "Korang jaga mulut tu sikit. Tak baik. " Hafiz menegur. Saat itu dia terbayang ibunya yang jenis bertudung labuh. Terasa dia yang di hina.


"Ewah Ustaz Hafiz Ashraf. Nampaknya boleh kau meminang ustazah-ustazah dekat meja sana." Sakat Syahmi sambil tersenyum sinis.


"Suka hati koranglah. Aku malas layan. Nah ambil duit ni, bayar aku punya makanan dengan korang sekali. Makanan aku tu korang makan la. Aku blah dulu." Hafiz berlalu sebaik sahaja menyerahkan duit kertas bernilai RM 50.

“RM 50 je ke bro?” sindir Adam. Hafiz memekakkan telinga.

Teman-temannya berpandangan sesama sendiri. Hanya menjongketkan mata dan bahu mengisyaratkan mereka tidak tahu mengapa Hafiz berubah serta merta.

Kumpulan muslimah tadi, meninggalkan restoran sebaik sahaja makanan mereka sampai dalam bentuk bungkusan.

*****

Suasana majlis itu tampak elegan. Gesekan biola dan piano mengiringi pasangan-pasangan yang menari di bawah biasan lampu chandelier. Bualan mereka berlarutan sehingga ke tengah malam. Lampu candiler menghiasi ruang ballroom hotel mewah itu. Di tengah-tengah ballroom tersebut terdapat ukiran ais berbentuk 25. Majlis hari jadi anak kenamaan itu begitu mewah. Para jemputan mengenakan pakaian mewah dari pereka-pereka terkenal luar negara.


Gadis-gadis mengenakan pakaian mewah dan terdedah


“Hi Hafiz, next week my birthday party will be held at Diamond Cruise. Mind join us?” Reana menghampiri lelaki itu.


Mata Hafiz menyorot dari atas ke bawah memandang tubuh gadis elegan itu. Dress labuh yang sedikit meleret di bahagian bawah berwarna merah membuatkan gadis itu kelihatan anggun.


“Sorry, I busy.” Balas Hafiz dingin.


“Okay.” Reana mengangguk dan berlalu pergi. Senyumannya bertukar menjadi senyuman kelat.


Hafiz merenung gadis-gadis yang melambai dan bermain matanya sambil lewa. Entah mengapa, dia terasa bosan. Wajah-wajah gadis yang berada di hadapannya kita hanya menyerabutkan otaknya. Hafiz meninggalkan ballroom.


Keretanya yang terparkir di hadapan dewan terus di naikinya. Bumbung kereta sengaja di buka. Melayan dingin malam dalam pekat kegelapan.


"Awalnya kamu balik Hafiz." Tegur Pak Amin sebaik sahaja dia membuka pintu untuk anak majikannya itu.


"Bosanlah… tak ada apa yang menarik." Badannya di hempaskan di kusyen.


"Tak ada yang menarik? Pelik bunyinya. Atau kamu sudah terjatuh hati pada Elya?" Pak Amin mengusik Hafiz.


"Elya? Ustaz Amin, itu bukan taste saya ok, dan lagi satu, saya tak kenal pun Elya tu. Aa! Satu lagi, saya tak pernah jumpa dia." Hafiz mencebik.


Pak Amin menjonket keningnya dua kali sebelum berlalu.


Dia hanya tahu nama gadis itu dan ciri-ciri gadis itu.Itupun selepas di desak oleh ibunya untuk mendegar penerangan mengenai bakal isterinya. Ibunya memaksa dia melihat gambar Elya, tapi di tolaknya atas alasan,dia tak suka tengok gambar, dia suka tengok secara live.Elya Zahra.

Gadis bertudung labuh seperti ibu dan sahabat ibunya. Berjubah.Dadanya terasa sesak. Jika bukan kerana sayangkan ibunya, sudah pasti dia tidak akan menikahi gadis sebegitu.


"Nampaknya akan bertambah seorang lagi 'malaikat' dalam rumah ini.", keluhnya sebelum meninggalkan ruang tamu dan berlalu ke bilknya sendiri.

****

Hafiz mencelikkan matanya. Dia terdengar ibunya membaca Al-Quran. Jam di tepinya di kerling sekilas. 12 tengah hari. Hafiz memejamkan matanya kembali. Berpura-pura tidur. Jika ibunya nampak dia bangun, sudah tentu ibunya akan memberikan tazkirah di 'pagi' hari ni.


"Hafiz,bangunlah. Jangan nak tipu. Ibu nampak yang Hafiz dah terjaga." Suara ibunya di hujung katil memanggil lembut.


"Haih, umur dah 23 tahun, perangai macam budak 3 tahun. Dah. Dengar apa ibu nak cakap ni." Datin Ifah memujuk lembut anaknya itu. Hafiz menegakkan badannya.
"Kenapa ibu? Hafiz boleh dengar kalau Hafiz baring sekalipun." Hafiz menggeliat dan menguap.


"Petang ni ibu nak bawa kamu jumpa bakal isteri kamu. Pakai baju kemas-kemas sikit. " pinta Datin Ifah.


Hafiz menggeleng.


"Ibu, petang ni Hafiz dah janji nak lepak dengan kawan-kawan. Lagipun ada racing. Lain kali la eh?" Hafiz mencipta alasan.


"No, ikut ibu. Hafiz sayang ibu tak?" Datin Ifah cuba memancing.


"Ala..ibu.. please.." Hafiz mengebil-ngebilkan matanya.


"No means no. Kalau Hafiz tak nak pergi.. biar Elya datang sini. Faham? Ibu tak izinkan Hafiz keluar hari ini." Tegas nadanya. Hafiz hanya mengganguk.

*****

Elya cuba-cuba mencuri merenung wajah Hafiz yang berada di halaman rumahnya. Entah mengapa dia punya suatu perasan yang aneh menyebulungi dirinya. Tanpa Elya sedari, ibu saudaranya dan bakal ibu mertuanya memerhati gelagat Elya Zahra. Elya anak yatim piatu sejak dari umur 15 tahun.


Semenjak dari itu, ibu saudaranya iaitu kakak kepada ayahnya menjaga Elya kerana tiada anak dan suaminya sudah meninggal dunia.


Elya terasa badannya panas semacam. Terasa seperti di renung oleh sesorang. Elya berharap sikapnya itu tidak di tonton oleh ibu saudaranya dan bakal mertuannya.


Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangannya dari sliding door Elya berusaha menyembunyikan kelakuannya.


"Eh, auntie, makcik. Dah lama ke duduk sini? Kenapa Elya tak perasan pun.",Elya menarik kerusi meja makan yang berada di situ.


"Memang la kamu tak perasan,asyik mengintai je buah hati yang dekat luar tu. Kami yang tua ni bukannya dah nak nampak. Maklum sahajalah, bakal suami kacak, tak puas pandang la kan?" Wajah bertukar menjadi kemerah-merahan.


Orang putih kata, blushing! "Ah! Kantooiii!" Elya menjerit di dalam hati. Datin Ifah dan Makcik Maziah tersenyum merenung wajah Elya yang sedang blushing.


"Mana ada la makcik. Pandai-pandai je." Elya tertunduk.


"Mak cik nak minta diri kejap, nak ke tandas." Mak Cik Maziah bangun dan meninggalkan mereka berdua berbual mesra.


"Auntie harap,selepas kamu menjadi isteri Hafiz Ashraf nanti, kamu mampu bersabar dengan dia. Hanya kamu sahaja makcik harapkan dia berubah supaya menjadi seorang yang baik." Panjang lebar dia Auntie Iffa menyampaikan amanatnya  Elya Zahra.


"Insya-allah autie, Elya akan berusaha. Auntie doakan Elya ye?" Elya meyakinkan mertuanya.

"Jom ikut auntie kejap." Elya tercengang kerana tangannya di tarik.

"Kita nak pergi kemana ni auntie?" Elya menuruti langkah Datin Ifah.


"Jumpa bakal suami kamu." Datin Ifah tersenyum
.

"What?!" Elya menjerit dalam hatinya. Hampir terkeluar biji matanya.


"Hafiz, ni bakal isteri kamu, Elya Zahra binti Ahmad." Datin Ifah duduk bertentangan dengan Hafiz. Hafiz hanya mengangkat kepalanya sekali dan merenung sekilas.


"Ibu, are sure you want Hafiz marry this girl?" soalnya angkuh sekali.


Elya merenung Hafiz tajam.


“Kenapa pulak tak sure? Dia lagi bagus berganda-ganda dari girlfriend Hafiz yang menggedik dengan Hafiz tu.” Balas Datin Ifah.


"Amboi..sedapnya mulut dia." Desis hati kecil Elya.


"Hafiz.." ibunya menegur. Telefon bimbit Datin Ifah berdering. Datin Ifah meminta diri untuk menjawabnya.


Elya menundukkan kepalanya. Hafiz merenung gadis itu. Elya gelisah.


"Macam mana la ibu saya boleh melekat dekat ustazah macam awak ni eh? " Hafiz memulakan perbualan dengan mencabar kesabaran gadis itu.


"Sebab saya ustazah yang lain dari yang lain." Elya menekankan perkataan ustazah. Dia ingat orang pakai tudung labuh ni semunya ustazah ke?


"Lain? Lain macam mana eh?" Hafiz tersenyum nakal.


“Adalah.” Elya membalas tanpa memandang wajah lelaki itu.


Hafiz tersenyum dia bangun dan menghampiri Elya. Degupan jantung Elya berdenyut pantas. Apa dia nak buat?

Hafiz berdiri dekat di belakang Elya.


“Well, you are so interesting. Memang lain dari yang lain. I like you. Kira jadi lah ye?”


“Apa yang awak merepek ni?” Elya membalas. Pipinya sudah terasa panas.


“You tak dengar? I cakap, I like you.” Hafiz ketawa.


Elya terkedu. Tiada apa untuk di jawabnya.


“Gila.” Itu sahaja yang terlahir dari bibirnya.


Hafiz berjalan menuju ke arah kolam ikan buatan berdekatan dengan kerusi taman yang mereka duduk.


Elya menarik nafas lega.


“Hafiz mana?” soal Datin Ifah tiba-tiba.


Elya terkejut. Sejak bila Datin Ifah ada di belakangnya. Elya meluruskan jari telunjuknya ke arah Hafiz yang ralit melihat ikan-ikan yang berenang bebas.


“Hafizz!” Nyaring suara Datin Ifah memanggil.


“I’m coming.” Balas Hafiz sambil berjalan menghampiri ibunya.


"Buat apa dekat situ?" Datin Ifah menanya anak terunanya yang memakai baju tshirt dan seluar jeans.


"Er.. Kan tak baik lelaki dan perempuan duduk berdua. Sebab akan ada yang ketiga." Hafiz mengelak dari di soal siasat terus-terusan sebelum duduk sempat dia mengenyit mata nakal ke arah Elya.


"Eeeeii, geramnya aku budak ni!", Elya menggigit bibirnya.

"La, semuanya ada dekat luar, makcik ingatkan dah balik tadi. Penat mak cik cari tadi." Ujar Makcik Maziah.


"Maaf la makcik, tadi tiba-tiba auntie bawa saya keluar." Jelas Elya sambil tersenyum. Mak cik Maziah hanya mengangguk tanda memahami.


"Auntie, Makcik saya nak minta diri kejap. Nak buat air." Pinta Elya. "Eh, susah-susah je."


Datin Ifah berbasa-basi. Belum sempat Elya menjawab cepat sahaja Hafiz menjawab,


"Ibu biarlah dia buat air. Bila lagi ibu nak rasa air buatan menantu? Sekarang la masanya."Hafiz mengusik. Makcik Maziah tertawa. Datin Ifah hanya tersenyum meleret.


Elya mencebikan bibirnya dan masuk ke rumah.


****
Gula di masukkan secukup rasa, biar tawar jangan manis. Elya mengacau-ngacau air yang berada di dalam jar. Di susun cawan di dalam dulang. Elya mengeluarkan adunan cucur jagung.


Kuali di panaskan dengan api sederhana. Sementara dia menunggu minyak panas, dia tersenyum sendirian mengingatkan bagaimana kesudian dia menerima Hafiz sebagai teman hidup. Sungguh tidak di sangka.


"Mak cik ada seorang kawan ni, dia ada anak seorang je. Lelaki." Makcik Maziah memulakan mukadimahnya di meja makan itu.


"Mak cik nak tanya saya sudi kahwin dengan dia ke tak?" duga Elya. Makcik Maziah tersenyum kecil.


 "Ha! Betul la tu. Mak cik ni. Saya muda lagi la. Saya ingat nak sambung belajar lagi la." Elya cuba dengan lembut.


"Muda? Kamu tu dah berumur 23 tahun sayang. Tua ke mendenye. Zaman makcik dulu 16 tahun dah kahwin."

"Seganlah makcik." Wajah Elya sudah kemerah-merahan. "Nama dia Hafiz Ashraf bin Dato' Amar, dia ni bukanlah waro' seorang yang kaki perempuan,melepak dan macam-macam lagi." Terhenti suapan makanan Elya yang seterusnya.


"Tak mungkin… ayah dia bukan usahawan islam ke? Mak dia suri rumah sepenuh masa bukan?" Elya terkedu.


"Mak cik dah lama tahu, ibunya tanya sama ada Elya bersudi atau tak. Ibunya berharap sentuhan yang Elya berikan dapat mengubahnya."Elya tertunduk. Betapa orang terlalu memandang tinggi kepadanya.


"Makcik, boleh bagi Elya masa? Elya nak minta istikharah. Elya tak nak buat tindakan melulu." Elya memaniskan roman wajahnya yang sudah terasa sesak itu.


"Boleh, nanti makcik cakap dekat auntie Ifah." Elya mengangguk. Suapan di teruskan.

****

Seminggu berlalu, setiap malam dia membuat solat istikharah dan hajat. Meminta Allah memberikan petunjuk. Setiap kali selepas solat, hatinya tergerak untuk menerima. Namun dia tidak yakin. Pada hari ke tujuh, Elya tergerak hati mengambil Quran.


"Boleh jadi kamu suka sesuatu, tapi ia buruk bagi kamu, Boleh jadi kamu benci sesuatu, padahal ia baik untukmu."


Di saat itu terasa seolah-oleh sedang berbicara dengannya melalui ayat itu. Dia membuat solat hajat dan memohon segalanya di mudahkan oleh Allah.
Tangannya mendail nombor telefon sahabat kesayangannya.


“Assalamualaikum.” Salam di hulur.


“Waalaikumussalam. Ada hajat apa telefon akak ni?” soal Kak Raudhah.


“Wahh,akak ni macam tau-tau je saya ada hajat.”balasnya kembali.


“Hmm, akak.. macam mana kita nak tahu dia jodoh kita?” lambat-lambat soalanya terkeluar.


“Wahh! Dahh nak khawin dah ye?” soal Kak Raudhah teruja.


“Inshaa-Allah.” Balasnya pendek. Bila sembang pasal khawin ni, memang buat jantungnya berdegup selaju F1.


“Selalunya, bila kita rasa tenang memikirkan dia..InshaaAllah dia adalah jodoh kita.”


“Hmm..” dia menangguk di sebalik telefon itu.


****


“Makcik.. saya terima.” Luah Elya sambil tertunduk.


Makcik Maziah tersenyum manis.





                   ­­­­                   ---To be Continue.



Sorry kalau cerita ini a bit merepek. Cerita ni pernah di publish 2 tahun lepas. Ehem. Ini adalah versi edit dan baharu. Semoga enjoy. Terima kasih kerana sudi baca. Sudi-sudilah komen ye? J




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

9 comments:

  1. aaaaa bestnya cerita ni :D update lagi update tau

    ReplyDelete
  2. @Byhahsaid ::Thanks mummy~ ena akan update secepat yang mungkin. ^^

    ReplyDelete
  3. aa enaaa eden dah bookmark semalam tapi lupa nak baca habis ._. aaa best update lagi ._. boleh bayangkan muka hafiz tu AHAH .

    ReplyDelete
  4. @Wana Hahaha. insya-allah ena akan update secepat mungkin. .__. time kasih ye! ^^

    ReplyDelete
  5. salam sis.! novel best.. ! mmg ada bakat jadi novelist ni.. :)

    ReplyDelete
  6. plotline bagus, tersusun dan kemas.. dan mudah difahami.. mmg talented lah aina nih. teruskan menulis :D

    ReplyDelete
  7. Done bace part one :) best best

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum.. Part 1 best .. :)

    ReplyDelete