Crush





Cerpen ini ditulis dalam versi Diari. Harap faham maklum. ;3

Author : Aina Akmal
Cover : Aina Akmal
Tag : School life, love, da’wah
Inspire by : Slice of life






4/3/20XX
Dah lama aku tidak menuliskan?

Tadi aku ke sekolah. Macam biasalah, duduk dekat tempat aku yang belakang sekali tu.  Masa tu aku tengah buat kerja sekolah. Aku ni pelajar istimewa. Ada dua meja dan dua kerusi. Tak adalah, budak yang tepi aku tiba-tiba pindah sekolah. Jadi tempat di sebelah aku yang kosong itu sering menjadi stor penyimpanan barang-barang aku dan juga stok bekalan makanan.

Kadang-kadang aku risau juga tinggal makanan macam tu je, sebab ada sekali itu biskut aku dua bungkus hilang! Aku jerit dalam kelas. “Siapa makan biskut aku ni?  Jaga korang, selagi korang tak mengaku, perut korang akan sakit sampai mati!” aku menyumpah geram. Haha. Tak baik betul aku. Patutnya Halal je la kan? Bukannya payah pun kan? Tapi aku nak ajar jangan nak hentam makanan aku sesuka hati.  Aku bukannya kedekut sangat pun. Kalau mintak aku sure bagi.

Tiba-tiba, Kimi datang minta maaf dengan aku. Haha! Dia mengaku dia yang makan dengan geng dia. Aku cakap aku maafkan. Haha. Tahu takut.

Cikgu Tan tiba-tiba masuk ke dalam kelas. OMG! Sekarang bukan masa cikgu! Oh mahu sahaja kami menjerit bersama. Ya KAMI. Satu kelas. Dia garang sebab itu kami menggeruninya. Selang beberapa saat kemudian, seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas. Kelas yang sepi seperti malaikat lalu tadi di penuhi dengan bisik-bisik. Oh budak baru rupanya. Malas aku nak peduli.

Aku mencapai air kotak yang berperisa laici yang baru ku beli semasa rehat tadi. Ah sejuk anak tekak aku.

“Fiqah, mulai hari ini Adam akan duduk di tepi kamu.” Cikgu Tan memanggil  aku dengan pelatnya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Kenapa yang mesti duduk di tepi aku ialah LELAKI. Asal tak bagi pondan? Ops! Takut mak. Hahaha.

Oh wait! Cikgu cakap budak ayam tu duduk di tepi aku? Ops! Adam. Ayam pulak. Haha. Habis mana aku nak storekan barang-barang aku yang berlori ni? Mak!

Entah apa yang mereka bualkan. Perempuan-perempuan aku sudah tersengih-sengih. Ah, tolonglah! Bukannya handsome pun!

Dia berjalan sombong dan menarik kerusi dan duduk di tepi aku.

“Kamu semua cubalah berkawan ok? Cikgu keluar dulu. Jangan bising. Hari ini cikgu-cikgu mesyuarat.” Cikgu Tan berjalan keluar. Oh yes! I like it.

“Sampah kau ke ni?” Adam mengeluarkan dua beg aku yang berisi makanan di dalam meja. What the MANGKOK betul la dia ni. Tak nampak semuanya masih bertanda harga Pasaraya Meow Meon ke?

Aku terdengar bunyi ketawa kecil dan senyuman sinis di hadiahkan kepada aku. Tunggu kau Encik Adam perasan bagus. Kau belum kenal aku siapa lagi.

“Ha’ah. Memang sampah aku pun.” Aku mencapai kedua-dua beg yang berada di tangannya.  Aku keluarkan 3 bungkus Chipsmore dan aku hancur-hancurkannya dari luar. Bila yakin kesemuanya dah hancur, aku membuka kotak pensel aku dan menguntinggkannya.

“Nah! Sampah kau!”  Aku berdiri dan menuangkan ‘biskut sampah’ yang di katakan oleh Ayam tadi. Tangan aku menuang 2 bungkus biskut sampah. Mujur tangan aku ada dua. Kalau tiga. Memang satu lagi tu aku sumbat masuk mulut kau AYAM!

Nak sangat SAMPAH kan? Mulutnya yang sedikit ternganga itu aku curahkan dengan biskut hancur tadi. I like babeh! Muahaha! Tsk. Rasa menyesal pulak. Dah lah 3 packet aku curah dekat kau. Pedulikan. Janji kau dapat balasan.

Terlopong biji mata budak-budak kelas aku.  Memandangkan aku ada lagi keropok Mister Potato yang pedas punya. Aku menjeling ke arah budak-budak kelas aku. “Siapa yang gelak?”. Kelas aku menikus kembali.

Aku menjeling AYAM yang berada di sebelah aku. Rambutnya yang terpacak itu sudah terlekat dengan biskut.  Dia AYAM moden, mana makan dedak-dedak dah sekarang. AYAM sekarang makan biskut mahal!

Aku kembali duduk di kerusi aku. Habis bersepah lantai dengan biskut aku. Eh, bukan! Biskut Ayam.

Oh ok. Bye bye. Aku tak tahu apa nak jadi esok. Kerja sekolah sedang menunggu. The homework always kills me. T_T




6/3/20XX

Holla, I’m back. =3

Masa di sekolah lebih kurang pukul 7:05 pagi macam tu, ada seorang mamat mana entah naik motor kuasa besar. OMG. Berapa CC agaknya tu eh? Oh ya, agak-agak mamat tu handsome tak? Aku yang duduk di lorong pejalan kaki dalam sekolah ini berhenti dan berasa kagum.

Oh! Aku rasa macam nak menjerit. Aku selalu idamkan motor tu, kalau guy tu handsome. Pakej la namanya tu. Sebaik sahaja mamat tu buka topi keledarnya, hampir aku rasa macam nak pitam! AYAM? Ayam naik motor tu? Oh. Mmm. Geee.

Aku cuba kawalkan nafas aku. Bukan sebab aku pun syok sekali macam Fifi dekat sebelah aku ni. Tapi sebab aku macam tak boleh terima hakikat yang dia itulah pemilik motor Ducati mungkin.  Kawasaki? Honda? Argh! Pedulikan.

“Fiqah! Help me! Aku rasa aku dah melting.” Fifie memegang lengan aku dan satu lagi tangannya di lekapkan ke dada. Woi, over gila kau perempuan.  “Kau jangan nak gedik boleh tak?” aku menyiku pinggangnya. Aku bukanlah tomboy ,cuma sedikit kekasaran. Harap maklum.

Dia mecebik. “Kau tak rasa ke yang di tu handsome gila. Sekali tengok macam mamat korea! Dua kali tengok macam orang Amerika. Tiga kali tengok, macam bakal suami aku.” Fifie tersengih-sengih.

Aku sudah membuat roll eyes.

“Kau nampak macam berminat dengan aku.” Ayam a.k.a Adam berbisik perlahan semasa kami melakukan latihan sejarah.

Aku terkejut. Segera wajahnya aku cari. “Gila kau. Ayam macam kau, aku tak heran lah.”

Dia menarik senyuman dan wajahnya mengadap muka aku. Grrr! Gila. Aku tundukkan kembali wajah aku. Aku tahu dia terus merenung aku. Aku rasa macam panas satu badan je. Eh, pehal aku ni?

Aku cuba fokuskan terhadap latihan aku. Alamak! Tinggal 4 minit lagi. Banyak lagi aku tak siap. Cikgu ni suka buat aku jadi haru biru. Cikgu atau Ayam? Ah! Sama sahaja.


Sebaik sahaja loceng sekolah yang terakhir berbunyi, aku mengoyakkan plastik coklat. Ah, sedapnya. Aku melentokkan kepalaku ke meja. Mengantuk pulak dengan cuaca yang sedang hujan dengan lebat ni. Perlahan aku melayari bahtera mimpi sebaik sahaja aku berjaya menghabiskan satu bar coklat yang besar.

Aku tersedar bila guruh berbunyi kuat. Satu baju sejuk di balut di bahuku. “Siapa punya pulak dah ni?”. Aku menghidu di hujung hidung. What? Bau lelaki! Sebaik sahaja aku selesai mengemas barang aku, aku mencampak baju itu ke dalam tong sampah kelas.

Baru aku sedar, jam sudah menunjukkan pukul 3:30 petang. Aku menelefon ayah aku, meminta dia menjemput aku. Kerana hujan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.


Dalam kereta kau tidak habis fikir baju siapa tadi. Mustahil baju itu baju Ayam. Kenapa aku suka panggil dia Ayam? Astaghfirullah. Tak baik betul. Err, Adam.

Oh. Ada masalah yang lebih besar dekat atas meja aku. HOMEWORK. Kbai.




7/2/20XX


“Kau ni memang tidak tahu nak hargai orang ke?” Adam menghempas jaket yang berwarna merah ke atas meja aku. Aku berkerut.

“Kau apa hal?” merenung wajahnya. Mukanya yang merah itu aku pandang dengan sedikit gerun. Masa aku siram dengan biskut hari itu tak adalah pulak nak menjadi macam ni.

“Kau tanya aku kenapa? Aku nak tanya kau, semalam baju ni dekat mana?” dia membentak. Mujur hanya kami berdua di dalam kelas.  Jam masih awal.

“Dekat badan aku, manalah aku tahu tu baju kau.” Aku menjawab perlahan.

“Habis macam mana boleh ada dalam tong sampah?” tangannya di silangkan ke dada. Ish mamat ni kenapa nak soal banyak sangat ni?

“Kau nak tahu kenapa aku buang baju kau dalam tong sampah? Yang pertama, aku tak minta kau sarungkan baju kau dekat aku pun. Yang kedua, sejak bila pulak kau kena jaga aku ni? Yang ketiga, apa hak kau nak marah aku sebab buang baju kau? Yang keempat, kenapa kau beriya-riya sangat nak bagi baju tu dekat aku?” Aku hemburkan apa yang terbuku di minda. Dia siapa?!

Adam terdiam. Dia mengambil baju itu dan di buang ke dalam tong sampah di luar kelas. Aku terduduk kembali.

Belum sampai seminggu dia sekolah di sini, macam-macam yang pelik berlaku dekat aku.


Fifie menarik aku keluar dari kelas. Gila ke apa dia ni? Aku yang tengah-tengah syok buat kerja sekolah di tarik dalam keadaan terpinga-pinga. Biasalah aku ponteng kelas sukan. Lagipun aku bagi alasan aku sakit kepala, ya sakit kepala dengan soalan adik beradik matematik.

“Kau ni kenapa tarik tangan aku macam ni?” Aku cuba melepaskan genggaman tangan Fifie. “Jangan banyak cakap.” Dia masih kuat mencengkam tangan aku. Budak ini!

“Baik kau lepaskan cepat. Sebelum aku paksa kau dan aku balik ke kelas.” Perlahan Fifie melepaskan tangan aku. Aku mengerut sakit. Dia hanya tersengih. Aku menurut sahaja langkahnya tanpa bertanya apa. Geram aku dengan dia ni, tersengih-sengih ,macam dengan kerang busuk. Pehal dia ni?

Sickbay? Asal datang sini? Turun naik tangga sebab nak pergi sickbay? Woi, aku rasa macam silap tempat je. Tak akan si Fifie ni boleh sengih lebar sebab nak pergi sickbay? Atau si Fifie ni memang sick? “Apa kita buat dekat sini?” aku merenung pelik Fifie mencapai first-aid.

“Adam.” Sepatah di jawab. Adam? Kenapa dengan Adam? “Dia tergelincir tadi dekat kolam. Entah silap macam mana, kaki dia luka sebab kebetulan ada batu kecil.” Fifie bercerita dengan penuh kesayuan.  “Habis yang kau senyum tadi kenapa?” soal aku pelik. “Ye la, cikgu suruh siapa-siapa pergi ambil. Tapi dia berkeras suruh aku ambil, siap main kenyit-kenyit mata.” Fifie tersenyum suka.

“Aku nak balik kelas.”  Tutur aku perlahan. Kenapa ni? Kenapa hati aku rasa lain? Hey, tak akan baru kawan 4 hari aku dah jadi macam ni?

“Jom la sekali. Kau cemburu ke?” Fifie menjerat. Aku terkejut. Kenapa aku nak terkejut? Ah! Kau memang bijak Adam. Baru beberapa hari macam ni, kau buat hidup aku tunggang terbalik.

“Buat apa aku nak cemburu?” aku mencebik. Fifie tertawa. Dia cuba berjalan seiring dengan aku.

“Kalau kau tak cemburu, kau ikut aku.” Fifie memegang tangan aku dan membawa aku ke dewan berenang. 

Fifie menyerahkan first-aid kepada Danial. “Thanks Fifie.” Lembut suara Adam dengan senyuman yang separuh menggoda itu. Menggoda? Ah! Aku rasa macam nak terjun ke dalam kolam! Aku yang masa itu terpandang wajah Adam, bertembung mata dengan dia. Segera aku melarika pandangan. Reaksi apa yang patut aku berikan?

“Fifie, aku pergi dulu ok?” aku berbisik perlahan. Fifie tiba-tiba menarik aku menjauhi mereka. “Kau tak sukakan Adam kan? Korang cuma kawan kan?” soal Fifie. Aku tersentak. Soalan apakah ini?

“Ha’ah. Kitaorang cuma kawan. Tak lebih dari itu. Lagipun aku tak suka ayam tu. Aku balik kelas dulu k?” aku membalas dalam canda.




19/3/20XX

Sejak dari hari itu, aku dengan dia jarang bercakap. Bercakap bila perlu. Jarang bergaduh. Haih. Aman betul hidup aku. Ye ke aman? Tak sebenarnya. Aku bosan. Bosan tak ada kawan yang aku boleh belasah kaw-kaw punya!

Aku sedang menghirup kuah mee kari yang disudu dari mangkuk. Kelabu specs aku. Haha. Sedapnya. “Petang ni, aku keluar dengan Adam dan yang lain.” Fifie memberitahu aku yang sedang khusyuk meniup-niupkan kuah aku.

“Lelaki dan perempuan?” soal aku. Seumur hidup aku, senakal-nakal aku. Tidak pernah lagi aku keluar dengan lelaki hanya di sebabkan ingin melepak. “Ha’ah. Tengok movie.” 

Spek aku yang masih kelabu asap(berwap) masih aku biarkan. Haha. Dah jadi macam orang separuh buta.

“Aku bukan nak cemburu atau apa-apa ok. Aku rasa baik kau tak payah lagi. Maksiat je semua tu. Aku tahu aku bukannya baik sangat. Tapi tak salah kita mencegah dari merawat. Kau keluar dengan lelaki time-time macam ni. Bahaya tau tak?”

“Tapi parents aku tak kisah pun. Bahaya mendenya? Jalan ramai-ramailah.” Fifie seolah-olah membangkang aku.

“Kau tahu tak dosa? Memang la bukan berdua-duaan pun. Tapi yang pergi tu semunya bercouple kan? Kecuali kau dengan Adam. Apa kau nak plan couple dengan dia? Tak akan kau nak menyokong dosa yang dorang buat?” 

Fifie senyap.

“So what’s your point Wardah Afiqah?” terkejut aku satu suara garau muncul. Aku menanggalkan kaca mata aku tadi. Adam?

“Aku cuma nak cakap, aku tak suka lelaki bawa keluar anak dara orang. Haram di sisi agama. Tak manis di pandang masyarakat. Aku tahu aku tak baik mana pun, tapi dalam bab pergaulan antara lelaki dengan perempuan aku cukup tak suka. Cukuplah kalau setakat korang berkawan secara biasa-biasa dalam sekolah. Tak payah nak buat jadi luar biasa dekat luar sekolah dan bawa sekolah. Kau tahu dari mana cinta yang bodoh datang? Datang dari pandangan mata yang tidak di jaga.” Aku terhenti sebentar. Kata-kata aku tadi, terkena batang hidung aku. Ya, hakikatnya aku juga teperangkap dalam cinta bodoh yang dicipta oleh aku sendiri. Haha. Bodoh.

“So, aku harapkan batalkan perancangan korang tu. Bukan salah nak berkawan, tapi kalau prinsip agama letak ke tepi sebab lelaki. Lebih baik jangan berkawan.”

“Wardah Afiqah, cakap sahaja yang kau cemburu dengan kitaorang. Kitaorang hang out tak ajak kau.” Fifie membentak aku.

Terkedu di buatnya. Mee kari yang tinggal separuh aku cuba habiskan. Kalau ikut hati memang aku nak blah dari sini. Aku makan tanpa menghiraukan mereka. Secepat mungkin aku mengunyahnya.  Sebaik sahaja aku habis makan, aku mencapai tisu di atas meja dan melap mulut aku.

Laju aku berjalan meninggalkan mereka. Rehat masih berbaki 30 minit. 15 minit yang lalu aku rasa macam nak padamkan sahaja dari memori.

Aku berjalan laju menuju ke library. Aku mahu membaca majalah, komik, novel or online.

“Afiqah wait!” suara Adam di belakang membuatkan aku berjalan seperti berlari.

“Wardah Afiqah!” jeritnya. Dia berlari mendapatkan aku.

“Apa lagi yang kau nak? Lepas kau dah rampas life aku dekat sini, apa lagi yang kau nak dari aku?! Kau ambil kawan aku, kau ambil meja aku, kau ambil segalanya! Kau tahu tak!” hampir sahaja aku menangis. Menangis sebab kawan sendiri melupakan diri aku sebab lelaki yang tak berguna seperti Adam.

“Termasuk hati kau?” Adam tersenyum manis di hadapan aku.

“Maksud kau?”

“Kau sayangkan aku kan?”

“Aku sukakan kau.” Adam meluahkan.

Reaksi aku? Entah. Terkejut. Suka?

“Sorry, Adam.  Hati ini dah lama di pegang oleh yang selayaknya. Hanya ALLAH pemegang kunci hati ini. Dan jodoh aku  yang akan datang adalah yang selayaknya akan aku ucapkan aku cintakan dia. Sebab, cinta tidak pernah wujud sebelum berkhawin. Sorry, Adam. Tak kira beribu lelaki yang datang. Aku yakin, hanya kepada jodoh aku nanti, aku luahkan semuanya. Kehidupan kita masih panjang. Bukannya ini sahaja. Kau lelaki, kau bakal ketua keluarga, kau bakal suami, kau bakal bapa, kau bakal pejuang, kau bakal syudaha, kau bakal imam dan apa yang paling penting, kau bakal menjadi mayat. Sebab itu hanya, persiapkan diri dengan kasih sayang ALLAH. Baru cari cinta makhluknya. Inshaa-Allah. Kasih sayang Allah terlalu luas.”

Adam terdiam.

Kalau dia sekadar melawak tentang perasaannya, anggap apa yang aku cakap tadi sebagai peringatan.

Kalau dia serius, itu adalah peringatan yang serius buat dirinya supaya tidak lalai.


“Thanks..” perlahan suara Adam melepasi gegendang telinga aku.


Ah! Malam ini malam bahagia. Sebab homework aku dah habis.



‘THE-END’

Oh hoho. Ok. Sila-silalah drop you guys punya komen. Yang salah itu adalah datangnya dari lemahnya sebagai hamba Allah. Kalau nak tegur, jangan la keras sangat. Biarlah menyentuh dengan perlahan tapi terasa mendalam seperti tangan menyentuh air yang tenang. :] Ini kali pertama saya buat cerpen yang berkonsepkan diari. ^^ Arigatou! :3

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

6 comments:

  1. Aina!, akk suka baca novel n cerpen yang aina tulis.. memang minat yer? dulupun akk suka tulis cerpen2 ni.. skrg just suka update blog jer..
    huhuh,,,

    ReplyDelete
  2. Not bad! Cuma, nak tegur mengelap bukan melap. Hehe~ :)

    ReplyDelete
  3. aina, nanti buat la sambungan...best cerita ni...
    boleh buat novel dakwah untuk remaja skrg...
    chaiyo!!

    ReplyDelete
  4. nice ! enjoy je baca. hihi. buat la sambungan. ada byk lgi yg boleh kembangkan kalau ada smbungan crush nie. okee? im waiting for that. ^_^ tahniahh !

    aina, salah satu sbb jie suka baca karya aina sbb aina tmbah soal agama Islam. jie suka. dlm karya jie pun mcm tu jugak. sbb tu jie suka karya2 yg jelas ada unsur nasihat. ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam singgah, nice story. teringin juga nak berkarya, sedang memerah idea. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak.. Ya ALLAH.. seriously best sngt. Ayt yg Fiqah ckp tu mmng trkena kt dri.. Smuanya dripda mta. Klau tak djga mka trjadilah zina mata. Cerpen ni klau bca dri hti inshaALLAH dpt muhasabah dri. Best kak .. Smoga dpt mnjadi pnulis suatu hri nnti.. Btw ... nti buatlh smbungan !!

    ReplyDelete