Palastine. #Pray4Gaza

00:36:00

Assalamualaikum W.B.T


Tengah buat apa? Baru lepas habis terawih eaa? Ke tak pergi pun tadi. Lari hisap rokok dulu ke, pergi bakar mercun or buat meriam untuk praktis menjadi mujahidin di Palastine dan negara-negara Islam yang lain? (Rokok haram ye encik-encik semua. ^^) 

Opss! Hehehe, Apa-apa pun, Al-Fatihah kita hadiahkan kepada semua para syuhada yang gugur di medan perang di Palastine dan semua negara-negara Islam yang di uji keimanan mereka dengan cara yang mereka mampu. Kita di Malaysia teruskan menyokong kempen memboikot barangan Yahudii. Sturbucks,Mekdi dan seangkatanya. 

War Toys by  Brian McCarty
The series “War Toys” is born from the meeting of children affected by war with the photographer, who travels since 2011 in areas affected by war as Israel and the Gaza Strip.

Itu gambar yang aku jumpa di tumblr dan aku mix kan jadi sekeping gambar. Sungguh kreatif. Macam-macam cara yang di tunjukkan oleh semua pihak dalam hal ini. Cuma sesetangah tu seperti tidak patut. Contohnya, mencarut-carut di Facebook, Twittter, Instagram dan pelbagai lagi laman media sosial. Siap buat hashtag lagi. -_- Aku tahulah kau marah pun, tapi pada aku tak payah la pakai bahasa yang membuatkan mereka pandang kita ni dengan lebih rendahh lagi.

If you know what I meant. Pada aku mereka tak akan langsung terkesan dengan cara begitu. Kalau setakat tak guna itu semua tahan lagi. Kalau dah sampai bahasa yang lucah-lucah sikit tu. Aku tengok pun maluu weh. Malu. -_- 

Tapi aku pernah baca satu kisah,

Ada orang tanya mereka kenapa tak pindah je? Dorang jawab, kalau kami pindah, siapa mahu jaga Masjid Al-Aqsa? Allah. tinggi sungguh rasa tanggungjawab mereka terhadap Islam.

Lagipun mereka semua mengharapkan REDHA Allah semata.

Cuma ada satu benda yang baru aku perasan tahun ini. Mereka akan serang Gaza pada waktu Ramadhan. Kenapa aku sendiri tidak faham tapii..



Mungkin ada betul juga, Tapi apa niat sebenar mereka menyerang sewaktu Ramadhan menjaadi persoalan yang ingin sekali aku tahu.

Di Malaysia kita masih indah menikmati nafsu sendiri. Termasuk akulah tu. --'' Semalam semangat nak update pasal Kasut Raya, Bila dah tengok banyak gambar yang menyayat hati. Aku delete gambar tu dekat Instagram. Aku rasa macam kejam dan tak patut. T__T




Apa-apa pun mari kita sama-sama mendoakan semoga tarbiyah Ramadhan ini menjadikan kita orang yang lebih ketal jiwanya seperti anak-anak Palastine. 

p/s : Messi Yahudi? -_- Entahlah. Ada kata bukan, ada kata ya. Tak apa, Aku minat Abe Ronaldo dari dulu lagi. hahaha. melting youu~ 




You Might Also Like

0 Love Letter(s)