Raya dan Smartphone dan Problems.

Assalamualaikum`~ //jawab cepat. Tak jawab berdosaa~ aiyook! 



Sudah beberapa hari blog ini dibiarkan sepi di sebakan rasa malas yang menggunung di dalam diri. Walaupun hakikatnya idea aku sangat melimpah ruah sampai tak muat blog. Over kan? 

Seminggu yang lalu telefon kesayangan aku telah meninggalkan big boss dia yang comel ini. Sob..sob.. sedih kot pada saat tu. Rasa macam jantung nak terkeluar je. Aku tak kisah dia rosak. Maksud aku, aku tak adalah terkesan sangat dia rosak. Sebab telefon tu memang sudah nazak. Jadi aku dah prepare. Hahaha. Yang jadi buat aku nak tercabut jantung tu. Aku takut ayah marah aku.

Beberapa jam sebelum telefon tu rosak, aku sempat keluarkan segala gambar dan sebagainya ke dalam laptop. Dan beberapa jam sebelum itu juga, hati aku sangat tak tenang. Aku tak suka perasaan hati aku yang tak senang ni. Selalunya bila aku mula resah dan gelisah, maknaya ada satu yang buruk bakal terjadi. Selalunyalah. Bukannya betul pun.

Aku anggap ini kebetulan sahaja. Tapi ayah aku cakap, itu semua TAKDIR. mana ada kebetulan. Baik ayah. Takdir. Takdir ini, kita tak tahu kan? Allah saja yang tahu.

Bye Samsung Galaxy Y

Seminggu kemudian, mama dan ayah menghadiahkan telefon baru buat aku. Setelah aku membuat muka comel di kedai telefon. Patut panggil hadiah kah macam tu? Jahat sungguh aku ni. Tapi aku doa, sebelum raya aku nak telefon satu. Nak jugakk~ Alhamdulillah.

Parents aku kasi aku.. Lenovo A850. Tak adalah canggih gila. Tapi aku bersyukur dari tak ada. Mama dan ayah beli dua biji sekali.  Untuk adik aku yang ke dua. :) Adik aku yang ketiga dan ke empat tak ada. Sedih! T___T Menangis dorang seminggu ni. Hahaha.

Casing phone aku sama dengan warna dengan kasut raya aku tahun ni. Woahh. Berjoddohh gila aku dengan warna terqoise tahun ni. ^^


Esok akan bershopping untuk saat-saat akhir. Baju mama dan ayah tak beli lagi. Tahun ni aku sedikit excited beraya. Sebab aku beraya di Kedah untuk pertama kalinya~ Selama ni aku beraya di Perak. Well, rasa sedikit sedih jugalah tak balik Perak tahun ni.

Sebabnya?

-Sebab tak dapat banyak duit raya. Hahaha. Kay. Jahat niat tu. =_=''

Cuma rasa entah. Unsubscribe feeling? Hmmph. Agaknyalahh kan??

Even aku adalah orang Kedah tapi Mama dan Ayah orang Perak. Macam mana tuu? Mana ada saudara mara disini. Macam mana raya tahun? Hahaha. Aku rasa tetap meriah. Sebab suara aku dan adik-adik aku akan membuatkan rumah ni macam raya tiap-tiap hari. Riuhh gilaa~

By the way, untuk semua bloggers here..


Kad raya yang di design oleh diri sendiri. Maaflah tak comel. Haha. Donghaee tu membuatkan kad aku bertambah comel. Aww~ Sebab kad ni kalau tak ada mamat tu mesti tak lawaa. Hahaa. 

Jemput lah amik. Buat entri, dan komen disini. Nak baca~ Hhahaa. Kalau sudii.. *wink*

Terimaa kasihh. :)

Comeel tak header raya akuu? --'' // Kenapa pinky aku tahun ni menjadi-jadiiii~ 
Doodle tu kredit to google. :)





Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

2 comments:

  1. Amboiii kad raya.. Terkejut nenek2 kalau ada kad cmtu hias kat dinding. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, nanti nenek ni pun lupakan tok wan. XD

      Delete