Shopping for Hari Raya.

19:04:00

Assalamualaikum w.b.t


Kalau boleh shopping barang macam ni. Hahaha. Serius, tak keluar mall selagi tak pukul 10 malam. XD


So lepas ayah solat Jumaat hari tu kitaorang pun shopping. Kita orang sampai sejam awal dekat Sungai Petani tapi ayah nak solat dulu baru pergi shopping. Okayy . Kami pun tidur dalam kereta sejam dekat masjid. Haahaha. Lepas tu pergi solat dekat surau PLUS. 

Now shopping time!


Mula-mula sampai kat sana pergi cari kasut adik dulu. T___T. Aku ajak adik aku yang form 2 ikut aku. Mama tak kasi. Huaaaa~ Mama kata tolong cari kasut adik dulu. 


Okay. Kasut Kiki Lala sangatlah maahal. --' RM 70 + untuk budak 10 tahun. Sorry! Memang tak lah. So, kitaorang decide beli dekat Bata je lah. 

Aku tinggalkan adik kembar aku dengan adik bongsu (4 tahun) dengan parents, dan aku lari dengan adik aku pergi tengok kasut WANITA. HAHA!

Bila patah balik kat tempat kanak-kanak tak de. Aku ni pulak dah la tak bawa phone. --' Bateri cepat habiss weh. Buat berat poket je tahu? adik aku pulak x de kredit. Nice. So kitaorang cari secara tradisional. Ke hulu ke hilir. Haih. Haha.



Lepas tu adik kembaq aku datang dengan muka macam apam kena steam roll. --'' siap nangess lagi. Mama aku pergi tengok pinggan mangkuk pulak. Hahaha, sedih la dorang. Aku suruh dorang minta duit sebab nak pergi beli kasut dorang.


Done beli kasut adik-adik aku naik balik tingkat atas, untuk cari kasut aku dengan adik aku yang sorang lagi tu.


Esok aku khawin, aku nak kasut ni. Kalau raya, kasut ni. Terbeliak mak Joyah. Awww. Aww~ Hahaha

Cantik tak? Hahaha, gediikk.

Sekian. Aku tak tau nak pakai baju warna apa lols. --'' Baju tak beli lagii. Yayyy!

Kejap je shopping kasut dorang. Aku dengan adik aku je yang tawaf dekat tempat tu berkali-kali. Sampai orang lain dah amik beli balik. Aku still dekat situ. Melampau tak? Punyalah lama. Akhirnyaaa! 


Fall in Love for the first sight. T___T. Banyak je kasut aku berkenan, tapi kebanyakkannya direjek oleh mama wa sebab tinggi sangat. Aku pun baru je naik baik kaki ni. Tapi aku tetap tak nak pakai kasut bellerina. --' flat sangat. Lagi sakit kaki, kalau masuk toilet cepat basah. So bila dah tinggi cam ni. Okay sikit.

Tapi kasut adik aku lagi tinggi~ Saja nak bagi aku jeles la tu. Dia beli dompet lagii. F.Timber. Serius melampau. Tapi tak apa lah purse tu pakai duit dia, siapalah aku nak menghalangkan? 



Kawal nafsumu, --' Sungguh bahagia kalau ada manusia yang mahu belanja aku macam ni. Keep daydreamlah
cik kak, sapa nak bagi kat hang? T__T






You Might Also Like

0 Love Letter(s)