Homemade Car!!

Assalamualaikum my kesayangan. Awww. Awww.  (*˘︶˘*).。.:*♡

Rindu kan aku ke? Alahh. Jangan rindu.. baru sehari tak update blog.. Hahaha. *Sila tanam Aina secara berjemaah*. (┳◇┳)

Ada ke homemade Car? Hahaha. Belasah je lah. Janji ada dari tak ada. Muahaha!!

Semalam aku nak update blog. Tapi entahlah kenapa rasa macam malas sangat nak buka laptop. Lepas tu type dekat phone. Aku drafkan je . Hahaha. Pemalas. \(-___________-;)/

Petang semalam.. lepas dah kekenyangan.. adik aku aktif main polisterin dia buat main kereta. So.. aku teringat ada dua buah kotak aircond dalam bilik yang aku sayang nak buang. Hahaha.

Tiba-tiba muncul idea nak buat kereta sebab teringin nak berkaryaa pulaa rasa masa tu dan rasa macam nak.. buat sesuatu untuk dia. Aku tak kasi mak ayah aku buang. Sebab aku sayang kotak. Sangat sayang. Mak ayah aku dah kenal sangat dah perangai aku dari kecil.

Maka.. terjadilah.. HOMEMADE CAR.

Gambar 1 : Aku baru belah kan kotak tu, dan hahaa, merah kuning tu.. jet-jet Meter kereta.

Gambar 2 : Tengoklah.. semagatnya dia letakkan gam dekat sticker yang 3 tahun lalu. Aku simpan sebab sayang nak guna. Sekali gam dah habis dah. Hahaha. Sedekah dekat adik je la.. T_T

Gambar 3 : Haha, Jenama Maryam Jameela you olls. Letak nama dia. Hahaha. Tengok semua bahan terpakai. Yang warna kuning tu kertas sticker yang tempat sticker di lekatkan. Jimat! XD

Gambar 4 : Lukis tayar pun main taram je. T_T Lantokklah. Asal nampak bulat bukan petakkan?


Gambar 1 : MJ Phone. Hahaha. Depan. Sebab aku tengok dia guna polisterin Huhu. Terus aku lukis satu phone untuk dia. Hehehe.

Gambar 2 : Haha, skrin phone la kononnya~ XD.  Dia arahkan aku.. " Kakak.. game tak de? Kakak gambar tak de? "
Hamboiihh hang. Hahaha. So aku lukis la love-love tu. Comell pulak aku tengok. Hahaha.

Gambar 3 : Dia cuba letakkan kotak phone dalam poket dia. Phone 5 inci youu. Mana muat. Haha. She finds the best place . LOL.

Gambar 4 : Tayar in progress, heheh. MJ everywhere. Dulu classmate aku tanya asal tak letak nama Mulan Jameela. =_=. anda masa tu aku rasa macam nak kerat 14 je budak tu. Hahaha. 

 
Ini masa dah siap. Test drive. Hahaha. (。・ω・。)ノ♡

She asks me to much question :

"Kakak, mana dia punya tempat pusing2 *sambil buat gaya* (stereng)". 
"Oh, Adik tau!" Lepas tu dia lari ke dapur dan keluarkan penutup bekas kuih raya. Okayy! That's my girl. Pandai.

"Kakak mana dia punya batang tu? *sambil buat gaya orang tarik gear* 
-NO IDEA- HAHA.

"Kakak mana kusyen?" dan dia cari kerusi kecik dia,



Sebabkan brush tak de, aku belasah je pakai tangan dan celup air camtu-camtu je. Lantaklah. Sabun banyakkan dalam rumah ni. Lagipun water colour je. Bukannya cat rumah. Haha.

Aku : Adik.. tangan kakak darah...

Adik : Tipu..

Aku : Tengok ni sakit. (Aku cabut gam uhu yang melekat dekat jari dan dia melekat warna merah.) Tengok kulit kakak koyak.

Adik : Kesian kakak *muka sedih sambil pegang tangan aku.*

Aku : Adik baca la selawat dengan fatihah lepas tu tiup dekat kakak.

Adik : *mulut terkumat-kamit*  dan dia tiup jari aku.

Aku : Pandang muka dia. Terharu wehh~~ TT__TT

Dia pandang muka aku balik dengan senyuman angel dia tu~ Aku terus peluk dia. Hahaha. 


Ayah aku memang jenis tak kisah kitaorang nak main macam ni. Mama pun. Tapi kalau dah bersepah. Faham-faham jelah. -_-''. 

Okay sekian. 

p/s :  Jadilah manusia kreatif. Sesungguhnya anda akan bahagia. -AinaAkmal- XD

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

6 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha, boleh lah. sebab dah bosan sangat. Lama tak buat perangai cem ni. XD

      Delete
  2. hahaha betol ke nak suh akak tanam aina ni?lalala

    yehh jadi manusia kreatifff! bahagia ye? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, sanggup ke? kesian dekat aina. tak sempat nak khawin lagii dah kena tanam. hehe.
      yupp~ bestt sangaat~^^

      Delete
  3. Lovely sister!!ohsem gela la tgk ke'kreatif'an aina niii ^^ btw tq tolong tau!

    ReplyDelete
  4. Hahaa. Hentam macam tu macam tu je. Tak de nye ohsem hahaha. *_*

    ReplyDelete