Novel : Sky Love part 2

07:19:00


Baca Part One



Elya dan mak ciknya melangkah masuk ke butik pengatin muslimah yang berada di tengah kota raya itu. Mereka menanggalkan kasut.


Hiasan dekorasi yang berwarna putih merah mendominasi segenap ruang. Nampak begitu anggun dan romantic. Elya menarik senyuman sendiri. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju.


Terimbau-imbau di mindanya perkataan khawin. Tak sangka aku dah nak khawin..


Kaki mereka tenggelam dalam karpet gebu berwarna merah. Mata Elya bersinar-sinar memandang semua koleksi busana-busana yang tersedia. Terlalu cantik! Itulah yang mampu di ucapkan oleh Elya di dalam hati.


Makciknya hanya menjadi pemerhati. Semua kelengkapan pekhawinan akan di tanggung sepenuhnya oleh keluarga Hafiz. Hadiah, kata Datin Ifah.


Pandangan Elya tertaut di sepasang busana yang berwarna biru lembut dan putih. Dia khusyuk merenung dan membelek baju tersebut.


"Elya?" satu tangan mencuit bahu Elya. Elya tersentak, segera dia beristigfar di dalam hati dan mengurut dadanya. Wajahnya di palingkan mengadap insan yang mencuit hatinya. Elya mengerutkan wajahnya sebelum tersenyum memandang gadis yang manis bertudung labuh di hadapannya.

"Husna! Lamanya tak jumpa enti(awak)!" Elya menjerit kegembiraan sambil melagakan pipi mereka.

"Enti la.., ana dah cari enti lama dah tau. Lepas belajar langsung tak contact ana. Pergi mana je? Tak sangka jodoh pertemuan kita masih panjang." Husna mencuit hidung Elya.

“Ana tak adalah kemana. Ada je dekat rumah tu. Ingat nak cari kerja. Makcik tak kasi. Lepas tu duduk dekat rumah selalu ikut makcik pergi usrah dan buat kerja amal makcik je lah.”

“Habis kenapa tak buka facebook. Cari Facebook dia pun tak jumpa.” Husna mencebir

“Sorrylah. Ana rasa macam boring je Facebook tu. Lagipun tak de kegunaan sangat pun. So, ada delete je lah.”

“Pulak? Apa-apa je lah. By the way, why you are here?” soal Husna.

Elya tersipu-sipu. Belum lagi dia mahu membuka mulut.

“Enti cari baju khawin ke?" Husna menyoal. Dari raut wajah gadis yang kemerah-merahan itu membuatkan Husna tersengih nakal.

Sahabatnya sudah nak khawin! Mabrouk alaik!

Elya mengangguk perlahan-lahan.

Wajahnya kian terasa panas.


“Alah.. enti ni.. come on. Malu-malu pulak. Tahniah.” Husna memeluk sahabatnya itu.


Elya tersenyum.

“So, enti buat apa plak dekat sini? Nak nikah jugak ke?” soal Elya bersahaja. Ada ke gaya tanya soalan macam nikah tu nak beli barang je. Husna ketawa.


 "Tak adalah, ana tauke butik ni." Husna mengangkat keningnya dua kali.


"Seriously? Kalau macam tu boleh kasi discount dekat ana." Elya mengusik.


"Boleh saja, enti kan sahabat ana. Rindu enti tau!" Husna mengenyit matanya.


“Rindu enti jugakk.” Elya tersenyum. Bahu sahabatnya itu di peluk. Mereka tertawa bersama.

Mentang-mentanglah tak de siapa-siapa dekat butik tu.


“Lah.. patutlah makcik cari tak jumpa. Bersembang dengan kawan rupanya.”


“Eh, Prof. Maaflah. Excited sangat bila jumpa bakal bini orang ni. Hehhe”  Husna menghulurkan tangan untuk bersalaman.


Makcik Maziah atau Lebih di kenali dengan panggilan Professor Maziah adalah pensyarah di Universiti Malaya. Huluran tangan Husna di sambut mesra.


“Eh, jom kita duduk dulu. Boleh sembang-sembang sikit sambil bincang-bincang.”


“Iye lah.” Balas Makcik Maziah.



****
Deruman superbike BMW milik Hafiz membelah angin bahang tengah hari itu di kawasan perumahan mewah.

Motornya di berhentikan di hadapan sebuah rumah tiga tingkat yang tersergam gah.


Cermin topi keledarnya di buka dan. Enjin motornya sengaja tidak di matikan. Honnya di tekan.

Alisa membuka pintu rumahnya dan memandang wajah Hafiz dengan merajuk yang di buat-buat.


"Kenapa sayang datang lewat?"


"Ada hal dekat rumah tadi." balas Hafiz dengan gaya bersahaja.


Alisa hanya mengangguk. "Hari ini kita nak makan dekat mana?" Alisa menanya sambil mencapai topi keledar yang di serahkan oleh Hafiz.


"Petang ni saya tak masuk pejabat. So kita boleh enjoy puas-puas. Petang ni you tak ada kelas kan?" Alisa menggeleng.

"Okey, hari ini kita akan enjoy puas-puas. Makan-makan lepas tu shopping.”


Baru sahaja dia Alisa mahu memijak pedal motor untuk duduk di belakang.


“Kita naik kereta you hari boleh tak? Kalau tak nak I balik.” Entah kenapa tiba-tiba perasaan berat hati menyebulungi dirinya. Sejujurnya dia tidak pernah membenarkan dirinya di pegang dan di peluk sesuka hati. 


“Tapi kenapa sayang?” Alisa merengek. Terlepas peluang untuk dia memeluk Hafiz dengan mesra.


“I just rasa nak naik kereta.” Balas Hafiz dingin.


“You ni kenapa? I teringin sangat nak naik motor dengan you.”


“Alisa.” Nama gadis itu diseru.


“Yes?”


“Nak shopping atau you nak I balik?” Hafiz mengungut untuk kali ke dua.


“Okay. Fine.” Bibir bawahnya di gigit perlahan. Geram.





****

“You ada nampak Hafiz tak? Dah habis waktu lunch ni. Tak masuk-masuk lagi pejabat.” soal Dato’ Ahmad kepada setiausahanya.


“Saya tak pasti Dato’. Tadi masa lunch break dia ada keluar dengan bawa helmet dia sekali tapi tak tahu kemana.” balas Puan Zarina.


“Tak apa lah. Terima kasih. Kalau dia masuk nanti,cakap dekat saya.” Puan Zarina hanya mengangguk.


Dato’ Ammar masuk ke biliknya. Dia hanya menggeleng.


“Hafiz, bila la Hafiz nak faham apa yang ayah buat dekat Hafiz ni.” Dato’ Ahmad membuang pandanganan ke tingkap.



“Ayah tak pernah faham Hafiz. Ayah cuma faham bisnes ayah je. Tak perlu sibuk apa Hafiz buat!” keras suara Hafiz menentang ayahnya.


“Hafiz! Ayah tak pernah ajar Hafiz jadi kurang ajar macam ni.” Dadanya berdegup kencang mendengar kelantangan anak tunggalnya bersuara.


“Memanglah ayah tak pernah ajar. Sebab yang selama ni yang tengok Hafiz dan ajar Hafiz adalah ibu bukannya ayah. Ayah kan 24 busy dengan bisnes dan duit?”


Terkedu Dato Ammar. Bagai satu halilintar yang menerpa telinganya.


“Hafiz. Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni. Berapa kali ibu pesan, hormat ayah.”


“Huh.” Hafiz mendengus geram. Dia tidak sanggup melawan kata ibunya. Padanya, dia cuma punya ibu di dunia ini. Ayahnya tidak pernah mempedulikan tentang dirinya langsung!


Setiap kali hari temu mesra waris, hanya ibu yang hadir. Memang ibu suri rumah. Tapi pada dia, tak akan tak ada masa langsung untuk dirinya. Ayah kan boss?


“Abang.. maafkan saya sebab tak pandai nak didik anak.” Datin Ifah mendekati Dato’ Ammar yang sudah terduduk diam bagai patung cendana.



Dia manusia. Khilafnya tetap ada. Ya, dia akui salahnya juga. Sibuk berbisnes sana sini hingga lupa hakikatnya anaknya juga perlu kasih sayangnya juga. Bukan sekdar harta kekayaannya sahaja.



Dato Ammar menanggalkan kaca matanya dan meraup wajahnya. Nafas berat di hela.


“Ya Allah.. kuatkan iman hamba-Mu ini. Aku yakin suatu saat nanti KAU akan menunjukkan hikmahnya.” Perlahan bibirnya menutur dan menekup wajahnya.


Ammar..Allah tak uji dengan ujian tak mampu di pikul oleh Hamba-Nya. Janji Allah itu pasti.



****
“Mak cik.. Hafiz tu orang yang jenis macam mana eh?” Elya mengelap pinggan-pinggan yang sudah di bilas.


 “Sabarlah, kamu akan tahu nanti. Tak seronok la cakap sekarang.” balas mak ciknya sambil mengenyit mata.


Elya hanya tersengih.


Selesai mengemas pinggan mangkuk tiba-tiba telefonya berdering.


“Assalamualaikum.”


“Waalaikumussalam.” Husna.


“Kenapa tiba-tiba call? Probs?” soal Elya.


“Tak de lah. Ana cuma ada sesuatu nak cerita dekat enti.” Balas Husna.

Berat hatinya ingin melepaskan sahabatnya berkhawin dengan lelaki yang bernama Hafiz Dato’ Ammar setelah dia mengetahui sikap lelaki itu.


“Cerita? Gossip baru ke apa?” balas Elya tertawa.


“Hmm, tak tahulah gossip liar atau pun gossip betul.” Balas Husna. Serius.


“Kenapa ni Husna? Lain macam je bunyi.”


“Enti jangan marah ye kalau ana cerita.”

“Inshaa-Allah. Ceritalah dulu.” Balas Elya


“Janji jangan marah.” Pinta Husna beria-riya.


“Em, Ok lah.”


“Bakal zauj(suami) enti tu..liar.”


“Mana tahu?” soalnya tenang. Sedikit sebanyak dia rasa malu. Malu kerana bakal suaminya liar. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Esok kalau dia tak izinkan aku ke usrah, majlis ilmu macam mana? Kalau aku nak bawa dia ke majlis-majlis sahabat aku macam mana?


“Umi.” Balasnya pendek.


“Umi?”


“Yup. Umi kawan dengan mak si Hafiz tu, tapi mak ayah dia alim dan baik. Kenapa anak dia..”


“Iman tak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.” Elya menanyi perlahan.


“Astaghfirullahalazzim.” Husna bagai tersedar salahnya menghukum manusia.


“El, you are not surprise?”


“I already knew it.” Balas Elya perlahan. Nafasnya di hela berat.


“So, still nak teruskan perkhawinan dengan mamat tu?”


“If Allah wills it’s.” Balas Elya


“Dah istikharah?”


“Dah.” Elya mengangguk walaupun dia tahu Husna tidak nampak.


“Answer?”


“Yes.”

“El, Ana tak tahu kenapa. Tapi kalau betul itu jodoh enti. Ana doakan semoga enti berbahagia hingga ke Jannah nanti. Ana doakan enti kuat iman. Nanti jadi isteri yang solehah. Jangan risau. Kalau ini ujian keimanan. InshaaAllah jannah menanti.” Tutur Husna tulus.

Ya, dia akui dia berat hati. Sangat berat hatinya. Sahabatnya itu terlalu baik untuk orang seperti Hafiz.


“Husna..” hanya itu terkeluar dari bibirnya. Dia sudah sebak. Terasa ucapan penuh dengan ketulusan.


“Hei! Jangan la nangis! Tak rock la macam ni! Hahaha.” Husna cuba menceriakan suasana.


“Eii. Benci dengan kauu.” Bahasa kau aku dah keluar bila mereka sudah bergurau kasar.


“Eleeh, bencii konon. Tak de aku. Menangis. Ada aku pun nangis. Cenggeng.” Husna tertawa.


“Okaylah, take care. Ana nak pergi solat isyak.” Pinta Husna.


“Okay-okay. Assalammualaikum. Take care hati. Take care iman. Good Night.”


“Waalaikumussalam. Enti pun.”


Talian di matikan.


Elya melabuhkan punggugnya di atas buaian di halaman rumah. Tudungnya di betulkan.


Bagaimana kalau aku khawin dengan dia nanti?


Dia akan izinkan aku ke majlis ilmu tak?


Kalau ada majlis agama tak akan aku nak pergi sorang-sorang.


Hmm. Dia perlu ada susun strategi.


Elya merenung langit. Earphone di keluarkan dan di sambungkan ke telefonnya.


Nasyid Sigma-Istikharah Cinta di pilih menjadi halwa telinga.


Bibirnya tersenyum.


****

Hafiz mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja kerja di bilik bacaan.


Suasana bilik yang di dominasi dengan warna putih dan biru muda itu membuatkan bilik itu kelihatan sangat tenang.


Elya Zahra.


Elya Zahra.


Elya Zahra.


Itu sahaja yang bermain di mindanya.


Tapi entah kenapa tangannya juga turut sama menulis nama itu menggunakan pensel.


Di lakar karekter kartun muslimah dengan bibirnya muncung. Hafiz tertawa sendiri.


Lagu So In Love – Stevie Hoang yang di mainkan menggunakan speaker besar menguasai ruang udara. Mujur bilik itu sudah kalis bunyi.

Kalau dengar di Dato Ammar dan Datin Iffah, mau telinganya di pulas seorang sebelah.


Dia suka gadis memuncungkan bibirnya.


Jatuh cinta kah dia? Tak jatuh cinta apanya? Lagu pun So In Love.  Tak akan tak In Love kot?


Hafiz berhenti menulis nama gadis itu dan bagai tersedar.


Kenapa dengan aku ni? Dah kena guna-guna ke apa?


Butang Stop ditekan ganas.

What going on man? Hafiz mencengkam rambutnya.


This is crazy. REALLY CRAZY.


Hafiz merenung kertas yang di penuh dengan nama gadis itu.


Cepat-cepat dia menyimpan ke dalam laci. Tak sanggup dia melihat ‘karya’ agungnya itu.


Fokus Hafiz. Fokus. Fail di buka. Laptop di buka. Kopi di hirup perlahan. Okay. Stay up man. Esok ada presentation.


Hafiz memainkan bunyi deruan ombak dan dia memulakan kerja.


Selang 30 minit kemudian deringan mesej masuk kedengaran.


Hafiz mencapai telefonnya.



‘Assalamualaikum, boleh kita jumpa? Ada benda nak cakap sikit.’

- Elya Zahra-


Hafiz tersengih.


“Kenapa? Rindukan saya ke?”

-Hafiz Ashraff –

10 minit kemudian..


“WAALAIKUMUSSALAM. Tak kuasa saya nak rindukan awak. Ada benda nak cakap.”

-Elya Zahra-

Hamboi, lambatnya dia balas. 10 minit aku tunggu baru nak balas. Dia ingat dia siapa. Sempat lagi dia peril aku tak balas salam dia.


“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh. Lamanya awak nak balas. Nak cakap apa?”

-Hafiz Ashraff-


1 minit kemudian.


“Kenapa? Awak tunggu mesej saya kan? Haha. Awak yang rindu saya tak malu. Adalah. Susah nak cakap dekat sini. Bye. Jangan lupa solat isyak.”


Hafiz merenung bagai nak terkeluar biji mata. Padan mukaa hang Hafiz. Kan dah terkena setempek. Memang setiap saat matanya tak terlepas merenung jam. Terasa 10 minit tadi bagai sejam.


Solat? Hmm. Nantilah. Malas.


Dia tiba-tiba terfikir sesuatu. Phonebook di buka. Nama gadis itu dicari.


Dia menekan ‘Edit Contact’. Dia memadam nama gadis itu dan di gantikan dengan ‘Ustazah Parrot’.


Bibirnya menguntum senyuma nakal.



Kamus : 


Ana - Saya

Enti - Awak perempuan

Zauj - Suami




To be continue. Thanks sebab sudi baca, Sudi-sudilah komen ye? :)


Maaf kan diri ini kalau ada mana-mana kesalahan dalam cerita ini. T_T
Komen anda sangatlah di alu-alukan. Terima kasih, ^^




You Might Also Like

10 Love Letter(s)

  1. woahh . hebatnyaa . novel ke nihh :D

    ReplyDelete
  2. Sweet sangat..Teruskan menulis..cuma nampak kesilapan nama Alisa..jadi Alice..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. timaa kasihh~~ ahahhaa, itulah rushing sangat kan. jap-jap. nak ubah. XD thank you. :3

      Delete
  3. kalau dah smbung nanti bgtau oke.... :D

    ReplyDelete
  4. Done part 2 :) makin menarik. Tapi elya ckp ngan kwan dia nak solat isyak, tp dia duduk kat buaian siap psg earfon kt telinge, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ... sye pun prasan tpi tkpe kurang skit je.. prkataan pun ada yg typo .. tpi yg pnting part ni best :D

      Delete
  5. done part 2.. next ! part 3 ! hihii. semangat nk baca sbb cita Aina menarik.. ^_^

    ReplyDelete