Novel : Sky Love part 4

10:44:00






Hafiz mendongak ke langit. Hela nafas berat di lepaskan,seberat rasa bersalah yang menggunung dalam dirinya . Rambutnya yang jatuh di ke depan di biarkan. Walaupun dia sudah meminta maaf dengan Elya, tapi dia masih tak tenang. Terasa bersalah.

Tak terlintas di hatinya untuk menghina Elya. Mesti Elya terasa sangat dengan mulut celopar dia. Semuanya berlaku sebab hatinya geram dengan bahasa Elya.

Hafiz menutup sliding door yang terbuka. Badannya di henyakkan di atas tilam empuk.

Matanya mulai memberat. Baru sahaja dia hampir tidur,

Lagu mesej bernyanyi riang, Hafiz merengus. Matanya di buka kembali.

“Jangan lupa solat isyak.”

Hafiz sekali lagi menghela nafas berat.

Solat. Satu ibadah yang telah lama dia tinggalkan sejak tamat zaman sekolahnya.

Mata Hafiz mencerah semula. Dia mengeluarkan jari dan mengira-ngira,

Hampir 8 tahun. Hampir 8 tahun dia meninggalkan ibadah wajib itu. Itu belum di kira yang dia ponteng secara sengaja.

Ah, pedulikan lah!

Hafiz menarik bantal di sisinya dan menekup mukanya.


* *

“Mama.baba...Elya dah nak khawin.” Tangannya menyapu pusara yang di penuhi dengan daun kering. Di cabut-cabut rumput yang bersaing untuk memunculkan diri mereka.

“Mama nak tahu, bakal menantu mama tu tak solat. Bukan sengaja Elya terima dia, Elya dah istikharah. Itu sebab El terima. Mama, El tak tahu apa akan jadi akan datang nanti. El takut, El akan jadi seperti masa silam El. El rasa ini cara Allah nak uji El, sekuat mana El.”

“Mama, kalau mama ada di sisi El kan best? Tolong pakaikan inai. Tolong hias bilik El. Tapi El tahu semua tu tak akan terjadi. Baba, El teringin baba yang jadi wali El.”

Selesai membersihkan kubur mama dan babanya, Elya duduk dan membaca Ya-Sin buat mereka berdua. Rindu mencengkam dirinya,

Mama dan babanya ketika usianya baru 12 tahun. Kemudian dirinya di ambil menjadi anak angkat makcik Maziah kerana suaminya meninggal dan dia tidak mempunyai anak.

Perancangan Allah sangat hebat.

“Mama, makcik Maziah kata dia sedih. Nanti El dah tak ada dekat rumah tu nak teman dia. El pun sedih nak tinggalkan makcik. Mama.”

Elya bangun menyapu debu yang melekat di jubbah hitamnya. Elya mengenakan cermin mata hitam.


Baru sahaja dia mahu membuka langkah, Hafiz muncul.

Dari planet mana dia turun ni? Elya mengurut dadanya terkejut.

“Apa awak buat pagi-pagi dekat sini?” soa Elya,

“Cari awak.”

“Eh? Asal cari saya pulak?”

“Makcik suruh.” Bohong Hafiz.

“Oh, kenapa?”

“Dia suruh awak balik dengan saya.” Ligat bibirnya membuat cerita.

“Eh? Kenapa pulak?”

Hok oloh perempuan ni banyak tanya pulak.

“Awak memang suka banyak tanya eh?”

“Yelah, kalau tak tanya nanti sesat jalan. Kalau sesat jalan dengan orang lain tak pe. Kalau dengan awak. Ish! Nauzubillah.” Elya mencebir. Apa kaitan ayatnya dengan soalan Hafiz ye. Lantak,cikgu dulu cakap jawab je. Jangan kisah betul ke tak.


“Awak ingat saya teruk sangat ke?”

“Memang pun.” Balas Elya pendek.


“Ehem.” Suara garau menegur mereka. Mereka mencari dari mana datang arah suara tersebut.

Hafiz dan Elya menelan air liur sendiri. Tiada orang? Sudah.Masak kali ni.


Elya sudah menonong ke depan. Tak kuasa dia nak duduk di sini lama-lama. Elok lah sangat akhlak macam ni, bertekak dekat kawasan kubur. Kan dah ada yang menegur?

Makcik!


Hafiz mengikut rentak Elya.

“Penakut awak ni ye?” usik Hafiz.

“Awak berani sangatkan? Pergilah bertapa dekat kubur tu. Awakkan hero?”

Hafiz mencebik.


“Awak nak balik naik apa?”

“Saya tunggu makcik.”

“Asal tak drive?”

“Tak pandai.”

“Ambillah lesen.”


Ya Allah mamat ni. Asal banyak cakap sangat ni? Sakit kepala!

“Tak nak.”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak nak.”

“Kenapa?”

Ini yang buat dia nak meledak ni.


“Kenapa awak banyak tanya?”

“Sebab kalau tak tanya nanti sesat jalan. Tapi saya tak apa kalau sesat jalan dengan Cik Elya, saya okay je. Tak kisah.”

Hafiz memulangkan ayat Elya.

Elya memalingkan wajahnya. Malas dia layan.

“Makcik awak tak datang lah sebab makcik awak suruh saya ambil awak.” Hafiz mengeluh.


“Mak cik saya tak akan izinkan saya naik sekereta dengan lelaki. Berdua pulak tu. Eish.”

“Kita bertiga lah, ada driver saya.”

“Serius?”

“Ye lah serius.”


Beberapa minit kemudian kereta Mercedes Mak Cik Maziah memunculkan diri.

Elya pelik. Dia merenung Hafiz tajam.


“Liar!”


Makcik Maziah menurunkan tingkap keretanya.

“Eh, Hafiz pun ada dekat sini. Hafiz melawat siapa?” soal makcik Maziah telus.

“Melawat kawan, kebetulan pula jumpa Elya dekat sini.” Pandai Hafiz berhelah.


Elya merengus geram.
Geram sangat. Sangat geram.


“Makcik, boleh saya nak pinjam Elya kejap?”

“Nak bawa ke mana?”

“Mak cik jangan risau. Ada benda nak cakap dengan dia sikit.”

“Hmm, kalau macam tu tak apalah, Jangan lama-lama sangat.” Berat hatinya membri keizinan.

Elya menonong berjalan masuk dalam kereta. Tidak di hiraukan permintaan Hafiz itu.

“Eh, kenapa ni El? Bukan Hafiz nak bawa El keluar ke?”

“El nak balik makcik. Tak nak ikut dia.”  Moodnya mati.


“Kenapa ni?”

“Makcik please..”

“Hm.. yelah.”


“Hafiz, maaflah. Si El ni pula nak touching-touching.” Usik Makcik Maziah.

“Tak pe. Saya faham.”

Hafiz masuk ke dalam kereta.

“Mana aweknya?” soal Pak Amin pelik. Beria-ria Hafiz meminta dia menjadi pemandunya hari ini. Surat khabar di tangan di lipat dan di letakkan di sisi.

“Dia marahkan Hafiz.” Hafiz bersandar di kerusi belakanng.


“Kenapa?”


“Hafiz tipu dia. Dia marah.”


“Hafiz tipu apa?”


Mulutnya mengomel bercerita. Dengan Pak Amin semua benda dia kongsi. Tapi dengan ayahnya? Sorry sikit.


“Kesian la anak teruna sorang ni. lain kali terus terang. Sia-sia je cuti hari ni.” Gelak Pak Amin. Tanpa rasa bersalah dia mengetawakan anak majikannya itu.

Begitu rapat dia dengan Pak Amin sampai mampu bergelak ketawa.


“Alah. Pak Amin janganlah gelak.”


“Yelah-yelah. Macam-macam.”


Niat baiknya mahu meminta maaf terpaksa di batalkan.


 Sorry kali ni sedikit pendek. Hehehe. T___T Thanks kepada sesiapa yang sudi baca.
Do comment. Eheks.
Sayang korang.

You Might Also Like

11 Love Letter(s)

  1. Belum sempat nak baca lagi..just tingggalkan jejak je dulu :-)

    ReplyDelete
  2. Akhirnya, dapat jugak baca.. :) Aina, paragraph pertama cam ade plik skit la ayatnye..t checking ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha. Kak mimi. Tajamnyaa mata. XD selalu nampak je apa salah dalam ayat. XD. Thank youu. Huhuhu.

      Delete
    2. No biggie my dear :) Keep it up k!

      Delete
  3. Haii... salam perkenalan. Saya juga seorang penulis novel dan cerpen. Kalau ada masa singgahlah blog saya dan tinggalkan jejak. Mungkin kita boleh bertukar tukar pendapat dan pemikiran tentang sastera Melayu ni.

    ReplyDelete
  4. akak!! I swear start from this moment, this day, this minute. I akan jadi pembaca setia e-novel ni...hahahah sweet giler...^^ daebak!!

    ReplyDelete
  5. "Mama dan babanya ketika usianya baru 12 tahun. Kemudian dirinya di ambil menjadi anak angkat makcik Maziah kerana suaminya meninggal dan dia tidak mempunyai anak."
    ayat first tu one word missing ye Aina? Heee jd pengkritik tetap jap. Nak sambung 5.bye!

    ReplyDelete
  6. @nur as omggg. akak nampakk? akak nampak? nampak kesalahan tu. T_T allahuakbar. thanks sebab sudi tegur dan baca, jap aina ubah yee~

    ReplyDelete
  7. ok part nie Jie gelak puas. hahaha.. suka part hafiz ulang balik ayat elya pasal tak tanya sesat jalan tu. wow ! amazingg ! tahniahh aina ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. tpi ada typo skit .. yg 'Rindu mencengkam dirinya,

      Mama dan babanya ketika usianya baru 12 tahun.' ayt tu mcm tk hbis..
      papepon part 4 ni mmng lwak :D

      Delete