When I Was A Kid. ^_^

.Assalamualaikum kesayangan semua. Hehehe. Selamat pagi. Semoga korang semua sihat-sihat time-time hujung minggu ni.

So.. ehem. Aku dapat request dari Kak Amiez.. Beliau minta aku ceritakan pulak sejarah kanak-kanak aku. Hahaha. Baiklah, ini sebagai langkah mempromosikan Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal. Macam poyo je. T___T Okay-okay jangan marah. Hahaha.

So entri ni memang akan panjang sebab.. aku sangat eksaited nak cerita time aku kanak-kanak dulu. Kalau tak suka.. apakan daya hamba nak memaksa. Cewah!




Mama aku cakap, aku memang menikmati gila zaman aku kanak-kanak. Sangat-sangat menikmati.

1. Basikal

Racing dan aku berpisah tiada. Di sebabkan rumah aku ni adalah tempat mengaji. (Ayah ustaz anak perangai macam !@#$%^&U*I). Maka sangat ramailah insan-insan yang berkumpul dari ceruk rata taman. Yehaaa! Rumah aku ni.. jalan dia tak selalu kereta lalu. So.. bila malam.. jalan tu.. macam kami yang punya. Aku jadi tak takut sebab yang racing mostly Lelaki. Hahaha, tapi selalunya aku lah champion. Muahaha. Paling best sebab basikal aku ada gear. Yuhhuu. Jatuh basikal adalah benda biasa.

Yang best ayah aku pun tak kesah. Hahaha. Biasalah, kecik-kecik kan.

Mak aku kata.. budak kalau dia nak main biar dia main. Jangan bagi dia diam. Kalau tidak jadi bodoh. Haha, sebab tu mama panggil aku GENIUS. -_-'' Lols.

/Google Image\
Macam ni lah gaya aku dan member-member bila nak start racing. Ada awek litar lagi weh. 

Aku ada satu perangai SANGAT SUKA MENCUBA.

Al-kisahnya..sewaktu aku berumur dalam 6 tahun aku dapat basikal baru. So, rasa nak try tu macam-macam ada. Aku dah pandai naik basikal tayar dua dah masa tu.

Masa tu waktu Maghrib. Mama dan ayah solat dalam rumah. Aku ni manusia yang tak reti duduk diam pergi naik basikal.. aku nampak longkang. Then.. masa tu aku fikir satu benda..

"Kalau jatuh dalam ni jadi macam mana?"

Then, aku pun main la tepi longkang tu.. aku main acah-acah last tertonggeng masuk dalam tu. Huahhhh! Menangiss berlagu-lagu aku masa tu weh. Ayah aku pulak, macam dengar orang nangis. Lepas tu ayah aku kata.. "Macam anak aku..." 

Hahaha, ayah. XD. Ayah aku pun lari keluar cari aku, tengok-tengok duduk dalam longkang dengan basikal landing baik atas aku. T___T

Longkang masa tu bersih tak ada air, sebab masa ni baru pindah. :3


2. Masak-masak

Aku dulu main masak-masak mula-mula pakai barang mainan je. Tapi itulah. Bila dah suka kawan dengan geng jantan dan kawan perempuan pun tak macam perempuan.. Adalah aktiviti MEGA yang kami rancang.

So..kami jumpa benda ni.. heheh yang dah tak guna. Dah nak buang, kami kutip balik. Hehe. Kayu tu dah tak ada. Tinggal dia punya penyedok sahaja. Kami jadikan dia kuali.

Aku balik ambil Planta dekat rumah, kawan-kawan cari rumput. Dan kitaorang masak. Ya Allah Sedapnya bauuuu masa tu. Dah la bulan puasa. T___T Aku nampak macam kangkung goreng je sayur tu. Laparr gilaa. 

Kitaorang masak betul-betul kay. Ada api bawah tu dan bakar bawah pokok mangga. 


3. Mandi Longkang.

Masa kejadian ni berlaku.. longkang masih suci dan murni. Air yang mengalir pun jernih sangat. Sebab.. rumah baru. ^_^

So, macam biasalah mestilah mula-mula kita mandi hujan kann? Lepas hujan dah renyai-renyai kami pun carilah port nak mandi. Air longkang pun dah tak berapa nak laju.  Berani la kami masuk. Kalau laju macam lepas hujan tu. -_- Maunya tak ada dah aku sekarang ni..

Aku ikut jiran aku yang lelaki. Seorang tua dari aku, seorang sebaya dengan aku. dan kawan aku yang perempuan tu.. tua setahun dari aku dan adik. 

Bila dah mandi manda semua. Ayah aku keluar. OMGG. Matilah aku kena rotan karang. 

aku sembunyi dalam longkang dengan adik aku. Haha. Kawan aku yang perempuan tu. Dia tak nak mandi. -_-; Aku ajak banyak kali dia tak mau. Aku main dekat longkang cetek je. Adalah air sampai paras buku lali. Budak laki main longkang besar. Haaha, perempuan lagi aku rupanya. Masih ada rasa takut tu. Lols.

Then ayah aku makin menghampiri. Ingat ayah aku nak marah. tapi yang keluar..

"Kakak.. adik.. jom balik." 

Lembutnya suara. Aku macam tak percaya.. woo. Ayah . TAK. MARAH? Serius? Hahaha. Aku pun keluar dari longkang dan ikut ayah Balik.. dengan bahagianya. Serius ayah aku tak marah sampai sudah. 

Sekarang ni aku nak tengok longkang pun tak lalu. Geli weh. Kootoor gila kot. Dulu suci macam air sungai sebab air hujan kan jernih.

Okaylah itu je dari aku. Panjang sangat dah rasa ni.

Mesti penat korang baca. T___T Gomenasaii. Sorry, hehe.


Jemput-jemput join segmen aku ye. Hehe. Seronok baca pasal korang. Kita lebih mengenali antara satu sama lain. Happy Blogwalking ebelibadi. Memang itu niat aku buat segmen ni, :) Mengimbau zaman dolu-dolu. Eheh. 

Lots Of Love.
Aina Akmal

p/s : Bahagia kejap dapat pinjam laptop Mama. :3

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

7 comments:

  1. hahahaha..zaman kanak-kanak memang best!! 1 & 2 tu Cik Mimie biasa main :p cuma no 3 tu Cik Mimie mandi becak jer, longkang xde..huhu..best!!

    ReplyDelete
  2. waa hahaha best best. kitorang dulu pun ada gak lumba basikal tapi jenis yang agak bahaya ah sebab rumah flat en. kawasannya kecik gila. hahaha

    ReplyDelete
  3. haha. genius r aina ni. banyak akal. :)

    ReplyDelete
  4. Macam best je~ >_< Pernah buat nombor 2 je sebab saya tak pandai main basikal dan tiada kawan waktu kecil. T_T Maklumlah, budak pendiam. Ehh.

    ReplyDelete
  5. wahh aina pernah mandi longkang nie dashat tue ~

    ReplyDelete
  6. nak kena imbas balik zaman kecik2 kalau nak join ni..haha
    tp zaman tu la paling best..xpayah fikir apa2 masalah... irrayyan.com

    ReplyDelete
  7. hahahahaah longkang ponn leh jadikk.. same dengan akak laa.. mse kecik bkwn ngn laki. smpai lupa diri tuu perempuan.. hikhik

    ReplyDelete