Boleh ke Lelaki Dakwah Kepada Perempuan?

Boleh ke lelaki dakwah kepada perempuan?

--

"Bro.. kenapa kau marah sangat bila lelaki dakwah pada perempuan?" tegur kawan saya.

Saya menarik nafas panjang.

"Lelaki dakwah pada perempuan yang kami MARAH dan kami TEGUR supaya tinggalkan adalah dakwah bersifat fardhiyyah, atau dengan kata mudah,

dakwah bersifat PERIBADI atau kelompok kecil seperti usrah.

Sebab dah jelas lagi nyata beberapa masalah akan timbul,

1) Masalah ikhtilat.
2) Masalah hati.
3) Masalah susah nak jaga niat."

"Habis kalau ceramah ustaz azhar idrus tu salah la ea?" kawan saya cuba menduga.

Saya menepuk dahi.

"kan aku cakap tadi, yang bersifat peribadi dan kelompok kecil seperti usrah."

Kawan saya tersengih.

"Okay2 Bro.. boleh bagi contoh? Takut aku tak clear pula.." Kawan saya mengangkat kening.

"Hmm.. seperti seorang lelaki SMS atau whatsapp seorang perempuan dengan alasan nak kejut tahajud ke, atau nak kongsi ilmu ke, atau nak berbincang tentang ilmu agama ke secara berduaan.. 

Ataupun chatting dalam facebook sekalipun. Yang ni salah.. walaupun mesejnya berbunyi,

'ukhti, jangan lupa bangun tahajud nanti.. Doa sungguh2 ya.. Dan jangan lupa baca Quran..ukhuwwah fillah abadan abada '" 

Pifft ! saya mendengus.

Kawan saya terkemam.

Kawan saya termenung panjang. Dan dia tanya semula.

"jadi macam mana nak dakwah kepada perempuan?" dia terpinga-pinga.

saya tersenyum. Saya tanya dia kembali,

"Dah habis dakwah kepada lelaki ke? Kat UKM ni semua lelaki dah jaga solat 5 waktu berjemaah? Semua lelaki dah jaga Quran? Semua lelaki dah ada usrah atau ikut gerakan Islam? Semua lelaki kat UKM ni dah hormat ibu bapa?"

saya kenyit mata padanya.

Kawan saya tersengih semula sambil mengangguk.

"betul juga.. Roomate aku pun subuh selalu gajah.. Tak habis lagi dakwah aku pada dia, dah sibuk-sibuk nak dakwah pada perempuan.. adoyai..." kawan saya menepuk dahi..

via — TarbiahSentap

p/s : Jangan terpedaya dengan tipu helah syaitan. Percayalah.. makhluk itu cuma akan membolak balikkan hati anda.

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

5 comments: