Novel : Sky Love Part 5







Elya mencapai sekeping roti yang terhidang di atas meja. Jam strawberri di sapukan rata di atas roti. Selafaz membaca basmalah terus mulutnya mengunyah roti.


“Assalamualaikum!” suara sekumpulan gadis memberi salam di pintu membuatkan suapan Elya yang kedua terhenti sebentar.


 “Waalaikumussalam.” Jawab Elya. Air kosong yang di tuang sebentar di teguk sebelum bingkas meninggalkan meja makan di dapur.


Pintu di kuak perlahan.


“Hi El!” jerit Husna.


“Weh!”


“Asal datang tak cakap?”


“Surprise!” Ain tersenyum tulus.



“Semalam ana call your auntie, cakap nak datang dan minta dia rahsiakan kedatangan kami ni.” Ujar Nabila



“Yup, lama lagi ke nak sembang depan pintu ni?” soal Fatihah.


“Ops! Sorry terlupa pulak nak ajak masuk wahai Puan Sri sekalian. Jemput masuk, jemput masuk. Haha!” Elya tertawa sambil meluaskan bukaan pintu.

Mereka berlalu ke dapur.


“Tengah breakfast ke tadi?” soal Husna sambil menjeling meja makan.


“Hahaha, tak delah tengah lunch tadi.” El meloyar buruk. Tangannya ligat mengeluarkan teko dan juga uncang teh.



“Eh, jemput lah makan. Layan diri ye. Nak makanan sedap-sedap tak de, sebab ana ni sudah anda sedia maklum tidak pandai masak ye.” Ujar Elya sambil mengacau gula di dalam tekonya.


“Hahha, buat rilek je. Kita ada chef di sini! Jom tengok apa yang ada dalam peti ais.” Ain membuka peti sejuk.


Elya membiarkan sahaja. Bukannya dia tak tahu dengan perangai gila-gila mereka.


Siap membancuh teh o panas, dia membawa teko ke meja makan.


“El.. aku teringin nak buat nasi goreng dengan ayam goreng lah. Boleh tak?” Ain menayangkan wajah tidak bersalah.

Bahasa ana – enti mereka sudah hilang.. Kejap aku – kau kejap ana – enti. Haha, dah berterabur.


“Ain, buatlah apa yang nak buat. Ana tak kisah. Jangan meletup dapur tu sudah.”


“Korang ni tak makan lagi ke apa?” soal El.


“Haha, belum. Kitaorang dah memang plan nak makan dekat rumah enti.” Ujar Nabila. Tangannya ligat melayangkan jem strawberry di atas roti kosong.



“Sorry lah, memang tak masak apa pun ye. Ini je yang ada. Mujur korang angkut Chef sekali. Kalau tak memang tak makan lah korang. Hahaha.” Tawa El.



Fatihah dan Ain ligat di dapur menyiapkan sarapan pagi mereka semua.



“Mimpi apa tiba-tiba datang ke rumah beta ni?” soal El.


“Patik semua ni bermimpi yang tuanku akan berkhawin. Jadi kami datang nak kemas rumah dan tolong apa-apa yang patut.” Fatihah menyahut dari dapur.



Pipi El sudah mula memerah. Kenapa eh? Dia sendiri pun tak faham. Memang semua orang yang dah nak khawin ni jadi macam ni ke? Ke aku sorang je.



“Aceyyy, malu-malu pulokk!” Tawa Husna meletus. Di sahut pula oleh Fatihah, Ain dan Nabila.

“Ketawa banyak-banyak nanti gelap hati.” Cebik Elya. Suka sangatlah dapat mengusik dia.



“Thank you sebab sudi datang tolong ana.” Hatinya bergetar.


Sungguh dia terharu di kurniakan sahabat begini. Allah ambilkan 2 orang yang dia paling sayang dalam dunia.


Allah gantikan dia dengan 5 orang yang sangat baik dalam hidupnya. Ya 5 orang. Mak cik Maziah, Husna, Ain, Nabila dan Fatihah.


Bertakung kejap pekung matanya.



Dia menyeka air matanya yang bakal tumpah dengan belakang tapak tangannya. Entah kenapa sejak dua- tiga hari ini hatinya bagai tisu. Mudah tersentuh.


Mungkin kerana bakal berkhawin. Mungkin kerana baba dan mama tak ada di sisinya.


“El.. jangan lah sedih.” Nabila memeluk bahu Elya sambil mengusap-ngusap bahu Elya yang berada di sisinya.


“Bukan sedih, terharu.” Balas El dalam tawa yang di buat.


“Ala..El.” Husna sudah mula memujuk.


“Dah-dah. Jangan sedih-sedih. Selawat banyak-banyak.” Nabila mengusap belakangnya.



Elya cuba menarik senyuman.


“Apa kata kita kemas rumah dulu baru makan?” Cadang Nabila.


“Kenapa?” soal Fatihah

“Baru la best. Dah lapar sangat baru makan. Plus, nanti takut mengantuk lah.” Cebir Nabila. Dia memang tak boleh makan sarapan pagi-pagi memang confirm tahi mata akan bernanak- pinak atas matanya.


“Boleh juga. Jom start!” Husna bingkan bangun dari kerusinya sebaik sahaja menghabiskan kunyahan terakhirnya.


* * * *


Elya melentang tubuhnya di atas katil. Hari yang cukup memenatkan, meletihkan dan seangkatan dengannya. Bangun sahaja pagi dia terus mula mengemas rumah dari atas hingga bawah. Mujur di tolong oleh sahabat-sahabat baiknya.


Biasalah inilah nasib kehidupan anak tunggal yang menjadi yatim piatu. Lagipun Makcik Maziah mana ada anak.Setakat anak saudara itu adalah. Itu pun semua jauh-jauh. Nanti event bertunang atau khawin maybe mereka akan datang  


Elya menarik diari yang sentiasa di simpan di bawah bantalnya.

Pen yang sentiasa di selitkan di buku di capai.


Dear diary,


Dah lama rasanya aku tak menuliskan? Esok family Hafiz akan datang ke rumah aku. Merisik.


Tapi aku sedih sikit.


Kan best kalau mama dan baba ada. Sepatutnya aku ni kena belajar bersyukur. Ada insan yang sudi ambil aku jadi anak angkat dan menjaga aku sehingga ke hari ini.


Mak Cik Maziah, adalah insan yang sangat aku sayang selepas mama dan baba. Lepas ni akan bertambah nama insan kesayangan dalam hati aku. Hehe.


Inche Hafiz Ashraff Lee bin Ammar Lee, Ayah Ammar Lee dan  Ibu Ifah


Aku terfikir satu perkara, kalau esok aku khawin makcik akan tinggal sorang-sorang kan? Aku risau dengan makcik sebenarnya. Mak cik mana ada suami dah, anak pun tak ada. Suami makcik dah lama meninggal semasa kemalangan.


Aku tahu dia sedih aku bakal khawin, tapi dia sembunyikan dari aku.


Aku teringat di hari aku masih trauma dengan kemalangan yang di alami mama dan baba. Aku selalu bersendiri di rumah anak yatim. Duduk di taman dan menangis dan menangis.


Entah macam mana, seminggu kemudian ada seorang perempuan datang dekat aku. Dan perempuan itu adalah makcik.


Makcik datang ceritakan kepada aku kisah Rasulullah yang kehilangan ayahanda baginda semasa dalam kandungan.


Aku diam. Lambat-lambat aku hadam.


Nanti aku nak tanya bakal Inche Suami tu nak tinggal dekat sini je boleh? Haha.



p/s: Semalam baru aku tahu bakal Inche Suami aku tu mix. Haha.


Elya Zahra

Elya menutup kembali diarinya.


Semoga di permudahkan segalanya. Elya merenung siling sehingga dia tidur.


* * *


Hafiz mengurut batang hidungnya yang sudah lama di tindih dengan kaca matanya. Kaca matanya di tanggalkan dan di letakkan di atas meja. Jam yang yang berdetik laju di jeling sekilas.

Banyak perkara yang perlu di selesaikan.


Betul ke keputusan aku nak khawin dengan dia.


“Allah.” Itu yang terlafaz.


Manusia tidak pernah lari dari fitrah ingin bertuhan. Saat susah dia yakin ada kuasa yang sangat berkuasa.

Cuma kerana hati gelap pekat dan sengaja membutakan mata hati dengan membina tembok ego antara diri dengan Allah.


Hafiz mencekak rambutnya seketika.


Laju tangannya menyimpan proposal yang baru sahaja di siapkan. Matanya letih. Otaknya juga letih.

Mulutnya menguap laju.

Pasti tubuhnya menagih tidur dan rehat.









Maaf di atas kelewatan mengupdate ye~Inspirasi tak datang. Terima kasih kepada yang sudi bacaSampai habis. Jemput comment.
Sayang awokk. 

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

9 comments:

  1. teruja nak baca novel aina ni..nak kena baca dari 1st chapter dulu nih..hikhik..

    ReplyDelete
  2. salam aina cayanggg..

    akak wana tag aina, jangan marah haa..^_^
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-tagged-by.html

    ReplyDelete
  3. Yeeayhh!! akhirnya...hehe best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. :3 thanks sebab akak sudi bacaa. T.T

      Delete
  4. Nak lagiiiiiii. Wahai ilham dan idea, ku seru kau datang ke Aina. hahaha

    ReplyDelete
  5. Good job! Keep it up dear... ^_^

    ReplyDelete
  6. bestlh kak.. sungguh! rjin btul akk buat cerpen.. ><

    melentang ke menelentang eh ? hihi.. tk prnh dngr.. klau btul blh tmbh kosa kata .. :)
    inche tu mcm encik eh ? :D

    ReplyDelete