Bila Aku Letih Menunggu : {2}

15:55:00

Assalamualaikum


Sambungan entri Bila Aku Letih Menunggu ;{1}


Tiba-tiba...

" Adik nak naik teksi? Bayar je berapa pun pakcik tak kisah." 

Aku rasakan seperti di pukauu... 
Hiperbola punya ayat. Aku rasa macam kena pukau. Tapi sebenarnya tak. 

Dan selepas beberapa saat aku berlalu, aku terima pujuk rayu pakcik tu. HAHA. Mengadaa je bunyiinyaa. 

"Okay lah pakcik."

Pertama kali aku naik kenderaan awam tanpa teman. Masa nak naik tu aku doa tak payah cakap lah. Moga Allah selamatkan aku. Ops! Sempat aku cakap dekat kawan aku yang aku balik dulu. RIMAS MENUNGGU.

Bayangkanlah tadi aku dah tunggu beberapa jam tunggu dengan depa. Depa inggat aku tunggul ke apa. 

Aku malas nak salahkan sapa-sapa, tapi nasiblah kan aku nak ikut depa kan? Depa cakap nak p cari buku Tafsir ke apa tah. Hahaha. Memang idok lah aku nak ikut. Baaaabaaaiiii!

Macam inilah perasaan aku dapat masuk kereta. HEAVEENN JAA. HAHA.
Kalau boleh aku nak buat macam ni je dekat depa tu.


Terkebil-kebil depa tengok aku blah masuk kereta macam tu je. Terus balik rumah sewa. 

Pakcik teksi tanya aku nak kemana..

Aku cakap lah nama sekolah aku tu. Sekolah aku tu dekat dengan rumah sewa. 

Terus..pakcik tu cakap.. 

"Oh.. budak sekolah tuu. Budak baguihh-baguih."

Aku yang tengah bengang dengan makhluk Allah tadi tu terus tersengih. Haha. Sengal gila aku. Surut sikit bengkak hati aku dengan bebudak tadi. Sob.. sob..

Tapi tak adalah sampai macam ni. Overdose bertingkek-tingkek. Hahaha.


Aku bayar je lah pakcik tu entah berapa ringgit. Pakcik tu kata dia tak kisah nak bayar berapa pun. Seringgit pun dia terima! Baiknya hati pakcik. Terima kasih. 

Sempat lah pakcik tu kongsi life dia dekat aku. Aku ni sebagai pendengar setia pun dengar dan menyampuk lah jugak. Aku pun tak berapa nak ingat sangat apa cerita diaa..



Bila dah sampai rumah.. baru aku tersedar. Aku mana ada KUNCI RUMAH! Mujur dekat depan rumah tu ada kerusi dan meja. Duduklah aku tercongok dekat depan rumah sekali lagi. Menjawat semula jawatan pak guard yang baru aku lepaskan beberapa puloh minit yang lepas. 

Tak lama kemudian..Housemate kami yang di panggil Ibu datang. Eh, sebelum tu tuan rumah dah datang, tapi tuan rumah kehilangan kunci. Sob...sob.. mujur tak tunggu lama.. ibu datang. Yaay!



Aku cerita lah semuanya dekat ibu dengan kawan baik aku tu. Dorang cakap, 

Beraninya enti naik teksi sorang-sorang. Lepas tu siap sembang dengan driver teksi lagi...bla..bla..


Hahaha, bila geng tu dah balik sibuk lah cakap..

Aina... awat tak tunggu. Tadi teksi bayaq berapa? Bla..bla..
Kami naik murah ja. Awat enti punya mahai sangat. 

Oh ye ke? Oh ye ke? Aku balas je lah baik-baik.

Sedangkan dalam hati. 

"Duit aku, hang sibuk pasaipa. Berbakul-bakul pujian buat beliau aku hadiahkan."

Pheeww. Sekian dah tamat. Makaseh sebab sudi baca. Hahaha.

Panjang entri ni sebab tu aku kena buat part {2} ala-ala novel gitewww~



You Might Also Like

7 Love Letter(s)

  1. Haha, walaupun ala2 novel..best juga akak baca pengalaman aina..memang sengal dapat housemate macam tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram gila dengaan budak tu. T_T dia buat semua benda lambat. Even makan sekali. Arrgh,. Tension. Sob.. sob..

      Delete
  2. heheheh..
    karangan abis aina oii...
    tapi comell lah jaln crte awk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaha. Panjang sangat ceritaa dia. T.T dah macam cerpen. Lols.

      Delete
  3. Sesuai buat cerpen~ Malangnya point penting; sembang dengan pak cik teksi lupa. Huhu, kalau teringat tolong cerita! :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Tak ingatt dhh sayang oii. Lols.ingat sekerat2 je.

      Delete