Novel : Sky Love part 6

02:40:00


Preview part 6

“Then, pray me. Pray him. Pray us. Allah tu pemerintah seluruh alam. Raja Yang Teranggung.  Kalau Allah nak tarik hati Hafiz tu datang dekat dia, dia boleh buat sekelip mata je. Ana yakin ini ujian untuk ana. Allah bagi ujian kepada hamba-Nya dengan cara berbeza. Kita tak tahu masa depan. Tapi kita boleh berdoa agar kekuatan terus di berikan agar cabaran masa depan mampu kita tempuh. Lagipun.. ana..—“






Hafiz merenung jam. Dirinya masih mematung di hadapan cermin. Bagai terasa cepat masa berlalu. 5 bulan lepas dia bertemu dengan gadis yang padanya garang dan comel. Debar? Agak menggila dalam dadanya. Tapi dia berlagak tenang. Nafas di sedut melalui hidung bergerak masuk ke paru-parunya. Sesaat dua dia melepaskan karbon dioksida pula.

Pintu bilik hotel yang di tempah di ketuk menyentakkan dirinya bagai di awangan.

Hafiz membuka langkah untuk membuka pintu.

“Bro! Tak siap lagi?” Adam membuntang memandang Hafiz yang hanya mengenakan seluar track hingga paras lutut sahaja itu. Dengan tuala masih di bahu.

Adam menarik kepala Hafiz dan di hidu kepala lelaki itu
.

“Nasib baik mandi dah.”


Hafiz terkebil-kebil memandang Adam yang hanya menayangkan muka tidak bersalah. Pening kejap kepalanya di buat bagai bola.


“Kau dah kenapa?” Hafiz merengus.


“Saja, datang check bakal raja sehari. Kau tak ada touch up-touch up sikit ke muka kau tu. Macam tak ada seri je aku tengok.” Adam membelek-belek muka Hafiz.


“Aku nak bernikah nanti petang lah. Bukannya sekarang. Kau tak reti nak tengok jam ke?”


Adam merenung jam tangannya, 10:00 pagi.


“Kau nervous ke?” soal Adam sambil menghenyakkan punggunya di atas katil.


“Mana ada.” Selindung Hafiz. Dia menarik tuala yang tersidai di lehernya dan di sangkutkan ke kerusi.


“Tapi kenapa hidung aku ni macam bau lain ye?” Adam menayangkan wajah anehnya.


“Kau buat apa? Aku tak bau apa pun.” Hafiz cuba menyedut-nyedut udara dingin bilik itu. Terangkat-angkat hidungnya.


“Aku bau perasaan kau sedang marak dengan nervous. Dah nak hampir hangit dah.”


Hafiz merengus. Dia menolak tubuh Adam sehingga Adam melentang di tengah-tengah katil.


“Argghh tolongg! Tolong!” Adam menyilangkan tangannya ke dada sambil menjerit-jerit seolah sesuatu yang buruk bakal berlaku ke atas dirinya.


“Kau nak makan penampar aku ke?” soal Hafiz geram. Tangannya mencapai bantal dan menekup wajah Adam.


Terkapai-kapai tangan Adam di awangan. Mengagau tangannya mencari kepala Hafiz.


Hafiz ketawa jahat.


Beberapa saat bantal itu di tarik semula. Adam bagai ikan yang naik ke darat. Tecungap-cungap menarik dan menghela nafas.


“Kau..nak bagi aku mati ke?” Dadanya turun naik.


“Kau yang nak mati sangat.” Tawa Hafiz meledak.


Adam mengubah posisinya dari melentang kepada duduk bersila.


“Aku ingat kau dah lupa nak gelak.” Ujar Adam.


“Jangan nak mengada sangatlah.”


“Jom makan dulu weh, lapar lah.”


“Malas lah.”


“Jom lah..”


“Pergilah sendiri.”


“Nak makan dengan bakal pengantin.”


“Kau dah kenapa?”


“ Heheh, saja. Aku datang sini semata-mata nak breakfast dengan kau tahu tak? Kau tak kesian kat aku ke? “


“Nak makan apa?”


“Roti canai telur 3 biji dengan teh tarik.” Sengih Adam.




Sesak. Itu sudah cukup untuk menggambarkan biliknya ketika ini. Videographer dan photographer sudah sibuk dengan kamera masing-masing.


Hafiz hanya merenung dirinya dalam biasan cermin.


Dato Ammar menghampiri Hafiz yang tegak bagai monumen.


“Ayah.” Terpaksa juga di panggil laki itu dengan senyuman yang di buat-buat ikhlas.


Dato Ammar senyuman ikhlas dari hatinya.


“Semoga berbahagia hingga Jannah.” Dato Ammar merenung anak mata lelakinya itu.


Bagai terimbau di kali pertama anaknya itu di azankan dan di iqamatkan.


Hafiz melarikan pandangannya ke lantai. Kenapa dia harus begini. Terasa kalah dengan Ayahnya.


Songkok yang tersedia di atas meja di capai oleh tangan tua Dato Ammar dan di letakkan kemas di atas kepala Hafiz.


“Encik Hafiz, boleh peluk Dato Ammar.?” Soal seorang camera-man yang sedang sibuk memegang lensa.


Hafiz teragak-agak. Janggal. Itulah yang di rasakan sebaik sahaja dia memeluk tubuh tua itu. Dato Ammar menepuk-nepuk belakang Hafiz.


Sebelum keluar dari biliknya, sempat dirinya menjeling sekilas merenung baju melayu berwarna putih, sampin dan songkok hitamnya.


* *

  

Elya merenung biasan tubuh badannya di hadapan cermin. Boleh tak kalau nak puji diri sekarang? Sangat cantik! Hehehe, Jubah yang berwarna putih dan dengan sedikit penataan manik di cekak tangany itu membuatkan Elya kelihatan sangat anggun.

Debar juga di dada dia kerana bakal bernikah. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Abang ana dah balik dari Mesir.” Tiba-tiba Husna bersuara.


“Woahh! Bila dia balik?”


“Semalam.”


“Are you ok?” soal Elya. Kenapa tiba-tiba ditanya hanya sepatah di jawabnya.


“El, fikir baik-baik selagi ada masa.” Husna bangun dari duduknya. Berdiri di hadapan Elya dan merenung anak mata gadis itu dalam.


“Think about what?” soal Elya.


“Your marriage.” Mendatar suara Husna.


Elya menghela nafas. Senyuman kaku terlekat di bibirnya.


“Ana tak sanggup tengok enti khawin dengan laki tu. Please. Fikirkan baik-baik.”


“Husna, tak ada benda yang ana nak fikirkan sekali lagi.”


“Ana sanggup pujuk abang ana untuk berkhawin dengan enti.”


“Husna!” Elya menjerit kecil. Tangannya di lekap ke dada. Terkedu.


“ Ana risaukan enti. Sangat risau. Enti ana takut selepas hari ini ana tak Nampak senyuman enti. Ana takut kalau enti terluka. Ana takut enti berubah. Ana takut –“

Belum sempat Husna menghabiskan ayatnya.

“Husna, you yakin Allah ada kan?” soal Elya.


“Of course.” Balas Husna pendek.


“Then, pray me. Pray him. Pray us. Allah tu pemerintah seluruh alam. Raja Yang Teranggung.  Kalau Allah nak tarik hati Hafiz tu datang dekat dia, dia boleh buat sekelip mata je. Ana yakin ini ujian untuk ana. Allah bagi ujian kepada hamba-Nya dengan cara berbeza. Kita tak tahu masa depan. Tapi kita boleh berdoa agar kekuatan terus di berikan agar cabaran masa depan mampu kita tempuh. Lagipun.. ana..—“


Ayatnya dibiarkan tergantung.


“Ana apa?” ulang Husna.

“Ana sayangkan dia. Ana terima dia lillahitaala. (kerana Allah).” Ujar Elya. Pipinya memerah.


“Barakallahulakumma.” Husna memeluk Elya.

“I’m sorry.” Ujar Husna. Gusar bertandang di hatinya tadi bagai hilang dengan helaan nafasnya.


 Thank kepada yang sudi tunggu cerita ini, yang sudi baca. yang sudi komen,yang nampak typo,dan tegur sangat terharu. terima kasih.sayang awak-awak yang sudi baca cerita ni.Maaf kerana lambat update. bajet-bajet busy konon. huahaha.

With Love

Aina Akmal


You Might Also Like

12 Love Letter(s)

  1. Dah baca! Tapi...pendek nye! hehe berdebar pulak. Nak kahwin dah ni. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. HEhehe,,yeeaayhh!! tak sabar nak baca part dorang kahwin..mesti sweet...ekeke :)

    ReplyDelete
  3. @nur as pendek eh? hahaha. dekat words dah 5 page dah. -.- aina baca balik.. memang pendek lah pulakk. haha.

    ReplyDelete
  4. @Cik Mimie makaseh sebab sudi baca, ehehe. :3 tunggu. kita kasi suspen sikit. heheh

    ReplyDelete
  5. Baca sambil bayangkan yang hero ni teramat la hensem.

    ReplyDelete
  6. Best..tapi akak blm baya yang awal.baca baca dah nak kawin...tahniah..boleh jadi penulis ni

    ReplyDelete
  7. part 6 alamak kena bace dari part 1 dulu.. btw woooh adik manish sukaaa tulis novel yaaa

    ReplyDelete
  8. “Aku bau perasaan kau sedang marak dengan nervous. Dah nak hampir hangit dah.” aina, is it typo ? marak ke marah? huhu.. btw ! wahh ! nak kawen dh! cepat2 sambung ! kitaa excited niee.. hihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, bukan typo. memang macam tu. api marak kan? so gantikan dia dengan marak. :3

      Delete
  9. Part ni best! XD (Dah nak kawin baru budak ni kata best. Cis~)

    ReplyDelete
  10. Bestlh kak .. Haisshhh .. skit sngt ni .. hihi .. sat nk bca part 7..

    ReplyDelete