Resepi : Chicken Chop

Assalamualaikum.

Semalam kan, aku tak update blog dari pagi sampai ke petang, sampai ada orang  rindukan kiteeww. HAHAHA. Siapa lagi kalau bukan madu ku yang daku sayangi. Hahaha. Kak Nanad.

Aku saja tag kak Nanad chicken chop yang aku baru belajar masak sendiri. Hahaha, k. Saja nak tayang supaya dia meleleh.Kahkah. XD

Silaa Meleleh.


Nervouss kay aku nak menulis resepi ni. Haha. Resepi cam biasa aku korek la dekat google hasil penulisan blogger-blogger yang menjadi ibu-ibu. Hehe. Ayam ini sangat simple, macam aku buat ayam goreng selalu je, cuma tambah sos black papper. 

Ayam

Bahan-bahan :
6 keping bahagian paha (dibuang tulang) // aku punya bahagian paha ayam di belah 2 jadi dapat 12
3 kotak Tepung Goreng ayam adabi //ikut kesesuaian kuantiti ayam.
2 biji telur (di ambil putih telurnya sahaja)


Cara-cara :1.Bersihkan ayam-ayam comel itu. 
2.Buang tulang ayam tersebut.
3.Panaskan minyak yg agak banyak. 
4. Celup ayam kedalam putih telur 
5. Goreng dalam api yang sederhana.




Sos Black Papper

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Tepung jagung (bancuh air) [aku tak ingat aku letak banyak mana]
Air rebusan ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
2 sb mentega

Cara-Cara:1.Cairkan mentega ke dalam kuali,tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. Masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan air.
4. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.
5. Sejukkan sekejap, blend untuk dapat teksture yang halus.
Kalau tak cukup pekat masukkan tepung jagung lebih sikit.
Kalau nak warna gelap, boleh masukkan lebih kicap.

Mashed potato esok aku share pulokk. Hehe. Inshaa-Allah. ^^ Semalam aku rasa macam nak pengsan buang tulang ayam. HAHA. Aku rasa kalau ayah tengok mesti dia gelak guling-guling dekat aku. Sobb~

Sekian, sila lah try and error ye semasa masak. itulah yang aku selalu buat. 

Aku punya sos black papper untuk ayam kurang menjadi. cesh. T^T Warna pucat.

Ayah aku biasalah, kalau aku masak tu, kritikan dia banyak betul. Haha. Macam aku jugalah. Bila ayah masak,aku pun pengkritik hebat. Like father , like daughter betul.

Aku dan ayah kalau sembang pasal resepi macam makcik-makcik bergosip. Kalau dengan mak aku, sembang pasal hal politik, hal masa depan, hal bisnes,hal agama dan segala macam hal. termasuk pasal CRUSH AKU. HAHA. My parents are sooo unique! Hehe. 




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

14 comments:

  1. wah sedapnya, lapar pula tengok hehe :)

    ReplyDelete
  2. ingat beli yang frozen chicken chop. =P

    yes, ur parents are so unique. hehe

    ReplyDelete
  3. nyum2..sedapnya..pandainya aina ni masak..nak sketttt..^_^

    ReplyDelete
  4. ahha. bestnya dapat parents sporting! HHE

    bolehlah akka save resipi nii. hehe

    ReplyDelete
  5. euww. saje mention mention akak.. terliuqqqqq againnnnn uwaaaaaaaa T-T
    nampaknyaaaa macam sonang ja.. nanti bole try. kehkeh

    ReplyDelete
  6. Benda kalau masak sendiri lagi puas makan... hihi, aina sebaya adik kaksha kot, tapi dia tau goreng naget je... haha

    ReplyDelete
  7. Amboiii sekarang maen resepi2 lak tuuu...
    Hehheheheh
    Gud job dikna
    Nnt leh masak tok akk lak

    ReplyDelete
  8. Tak baca, tengok gambar saja. T^T //Serius

    ReplyDelete
  9. Dah pandai masak...dah boleh kawin dah
    ngeeee, ngee
    XD

    ReplyDelete
  10. emm. terus berbunyi perut. huhuhu.

    ReplyDelete
  11. Sedapnye :) mmmm...terliur dah ni :)

    ReplyDelete
  12. Camne la agaknya nak buang tulang ea? Hehe.
    Kite x penah lagi try buat. Huhu. Tapi sos blackpaper memang favorite :)

    ReplyDelete
  13. anis pon suka masak chicken chop tau , bezanya xda chicken , meaning buat kuah je, hehehe . ada beza sikit je dengan resepi , anis guna minyak , kuikuikuii

    ReplyDelete