Telur atau Ayam yang Wujud dulu?

07:30:00

Assalamualaikum.

Gerammnya tengookk!



Masih ingat tak dengan teka taki “antara telur dan ayam, siapa yang tercipta dulu ?”


Pasti ingat bukan ? Tiada siapa yang dapat jawab soalan ini dengan tepat dan yakin. Hingga ia terus menjadi tanda tanya orang ramai dan akhirnya soalan itu tergantung begitu sahaja dan orang ramai mula hilang minat teka-teki yang tidak berkesudahan ini.


Walaubagaimanapun, teka-teki ini sebenarnya bukan sahaja popular di negara kita sahaja. Rupanya luar negara juga terfikir soalan yang sama.


Tetapi baru-baru ini satu kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom telah membuat penyelidikan dengan menggunakan super komputer HECToR dan mendapat jawapan kepada soalan lagenda yang sering membuatkan orang ramai terdiam bila di tujukan soalan seperti itu.


Penyelidik menemui bahawa protein yang diberi nama Ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur dalam tubuh seekor ayam dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil.


Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat di hasilkan tanpa protein OC-17 yang ada dalam setiap tubuh ayam. Maka terbuktilah bahawa ayam yang terlebih dahulu wujud sebelum sebiji telur.


Teka- teki terjawab!


p/s : Subhanallah. Allahuakbar. Bila Allah mengkehendaki sesuatu cukup lah dengan berkata 'Kun' maka jadilah. 

You Might Also Like

10 Love Letter(s)

  1. akhirnya! hahahaha...setiap kejadian Tuhan tu mmg tak tercapai dek akal... :)

    ReplyDelete
  2. aha..baru tahu..terjawab sudah..ambil masa 24 jam je..cepat tu ....kuasa Allah

    ReplyDelete
  3. Memang dari dulu konpius, sekarang dah tahu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... akhirnya tau gak jawapan dia apadia hahahaha. pening gila kot ngan teka teki ni sampai rasa nak tolak orang jatuh bangunan T.T over

    ReplyDelete
  5. oh baru tahu. dulu terfikir jugak, yang manalah wujud dulu. thanks for the info ^^
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  6. Lawaklah juga, setakat teka-teki perangkap orang macam tu dah jadi penyelidikan antarabangsa~ :p Tapi pelik, kenapa ayam? Kenapa tak burung ke, itik ke? :3

    ReplyDelete
  7. wahh........... baru tahu jawapannya bila baca entry nie... ^_^ Subhanallah. hebatnya ALLAH.

    ReplyDelete
  8. Dulu semua duk gaduh sebab pertahan jawapan masing2. So sekarang dah ade penyelesaian :)

    ReplyDelete
  9. hahahha kaksha dah terfikir awal, kalau nampak teka teki tu harus kaksha katakan ayam jadi sebelum telur... hiks

    ReplyDelete