Novel : Sky Love Part 7


“Saya tau la saya lawa, tak payah tenung saya macam tu.” Usik Elya.



Dewan yang di beri penataan berwarna biru langit dan putih membuatkan suasananya kelihatan tenang. Sejak dua tiga hari ini Datin Ifah tersenyum simpul. Gembira bakal bermenantukan Elya Zahra. Anak angkat kenalannya.

“Abang tengok sejak semalam Ifah asyik senyum je. Mengalahkan empunya diri yang nak khawin.” Usik Dato Ammar.

“Mestilah, bakal menantu kita orang baik. Tak sabar nak tunggu dia jadi menantu kita.”

Dato Ammar menggeleng-geleng kepalanya. Tersenyum dengan gelagat isterinya. Teruja mengalahkan si anak terunanya.

“Abang.” Dua saat kemudia Datin Iffah bersuara.

“Ifah risau sesuatu.” Satu kerisauan menjalar hatinya. Sejak dari hari pertama dia punya niat untuk menyatukan anaknya itu dengan Elya Zahra.

Dato Ammar mengerutkan dahinya.


“Kalau Hafiz tu tak jaga Si Elya tu macam mana? Kalau si Elya tu terluka macam mana? Anak abang tu bukan boleh harap sangat.”


“Oh, anak abang sorang rupanya Hafiz tu.” Canda Dato Ammar.


Dato Ammar juga merasai kegusaran yang sama bersarang di hati Datin Ifah.  Tapi apakan daya, dia sebagai ibu bapa dan mertua hanya mampu berdoa dari jauh dan membimbing apa adanya.


“Doakan jelah untuk dorang tu. Kalau dah jodoh tak kemana. Khawin bukannya benda mudah. Biarlah mereka belajar kemudi bahtera sendiri. Kita yang tua ni tegur jelah apa yang mampu. Selebihnya terpulang kepada dorang nak ikut ataupun tak.”


* * *

Hafiz terkedu melihat Elya yang sangat anggun dan duduk bersimpuh di atas bantal baldu berwarna biru. Tiba-tiba terasa terbuai dengan senyumannya yang lembut itu.

“Hafiz, kot ye pun bawalah bersabar. Jangan lah tunjuk muka kau yang melting tengok bakal bini. Lepas kau nikah nanti kau tengoklah muka dia puas-puas. Tak ada yang berani nak kacau.” Adam berbisik perlahan.


“Apa kau merepek ni?” Bila masa dia melting tengok makcik tu. Ish! Tak ada class langsung!


Hafiz berfikir sendiri sambil langkahnya di buka untuk duduk di hadapan tok kadi yang akan menikahkan mereka. Jatuh cinta dekat bini sendiri bukannya dosa bro! Pahala lagi ada lah.


Hafiz berperang sendiri.

“Aku terima nikahnya Elya Zahra binti Ahmad dengan mas khawinnya RM 500 tunai.”


“Sah?”


“Sah.”

Aku dah sah jadi miliknya. Dalam beberapa saat yang lepas dia sudah sah menjadi isteri kepada Hafiz Ashraff. Perasaannya bercampur baur. Hujung tisu di letakkan di hujung matanya. Ah, dah berair!

“Tak nak salam saya ke?” soal satu suara garau. Mamat ni! Dekat sini pun sempat nak buat lawak.

Bila Hafiz datang sini pun entahlah. Mungkin sebab dia terlalu berkhayal sambil menundukkan pandangannya.

Seketika Elya merasakan satu ciuman hangat menyapa dahinya. Wajah Elya bertukar menjadi kemerah-merahan. 

Berdebar? Itulah yang dirasakan. Nafasnya di hela perlahan.

“Now you were officially mine.” Hafiz berbisik perlahan.  Datin Ifah tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya.

Bibir bawahnya di gigit perlahan. 

Hormon adrenalinenya sudah bekerja di tahap maksimum nafas dan detak jantungnya bergerak laju. Akibat hormon adrenalinenya meningkat, nafas dan jantungnya juga meningkat dan kerana perkara ini proses pencernaan menjadi lambat dan di alihkan ke otot.

Kemudian pembuluh darah di wajah akan melebar dan memungkin lebih banyak darah mengalir melalui wajah daripada biasanya.

Atau dalam bahasa mudahnya.. dia sedang malu dan pipinya sedang kemerahan. 


* * *

Hafiz melentangkan tubuhnya di atas katil. Merehatkan segala urat sendinya yang berkerja keras selama beberapa hari ini. Segala macam hal perlu di ambil kira.  


“Saya tau la saya lawa, tak payah tenung saya macam tu.” Usik Elya. Pandangannya di fokuskan ke arah tetamu yang hadir di kenduri mereka.  Sebenarnya dia cuba lebih menghilangkan debaran di dada.  Tenung aku macam tak pernah tengok perempuan.


“Awak  jangan…” Tergantung sekejap apa yang mahu di ucapkan.

“Elya! Barakallahhulakkuma!” suara seorang wanita menegur Elya. Tangannya di hulurkan untuk bersalam. Elya menyambut huluran tangan tersebut dengan wajah gembira.  


“Ya Allah, Kak Nas lamanya tak jumpa. Terima kasih sebab sudi datang.”  Bermulalah sesi melaga-laga pipi.

“Aik? Sorang je?”


“Tak adalah,datang dengan inche abang lah. Dia pergi ambil hadiah pengantin kejap. Excited nak jumpa dengan Elya sampai terlupa pasal hadiah. Eh, tu dia dah sampai. ” Tawa Kak Nas. Naqibahnya semasa di universiti.


Hafiz hanya memerhati gelagat isterinya itu. Dasar mulut murai. Tak reti nak duduk diam. 24 jam nak pot pet je. Kalau di taip apa yang di bebelkan isterinya tu mahunya boleh kalahkan novel Harry Potter.

“Hafiz, jaga Elya elok-elok ye. Hati perempuan ni biasalah isu kecil dia boleh menangis. Hati lembut. Bila dah khawin ni life dah tak sama macam kita bujang. Ada tanggungjawab. Khawin ni macam tarik getah. Sama-sama tarik, kalau terlepas salah sorang akan terluka. Jadi belajar bertolak ansur dan bersabar. Minta Allah guide life kita.” Nasihat Kak Nas panjang lebar.


Aku hanya menangguk. “Baik lah Kak Nas, Inshaa-Allah.” Bibir merahnya menarik senyuman manis.


Elya menjeling wajah Hafiz. Manissnya kata-kata dia!


“Kalau depa ni bebel bukan-bukan tu kadang-kadang tahan je lah. Jangan ambil hati sangat. Biasalah perempuan.” Ujar Abang Wan,suami Kak Nas.


“Amboi, nak kutuk biarlah cover-cover sikit.” Sindir Kak Nas. Elya, Hafiz dan Abang Wan tertawa.


“Hahaha, biasalah tu. Mereka punya power dekat situ memang over sikit.” Ujar Hafiz. Pecah deraian tawa mereka.


“Akak dah makan ke belum?” soal Elya.


“Belum, hahah. Terlupa akak. Asyik sangat bersembang.”


“Eh, jemput makan dulu. Nanti kita sambung borak lain.” Pelawa Hafiz.


“Yelah, terima kasih. Elya, Hafiz ingat pesanan kami tadi. Jom makan sama.”


“Inshaa-Allah.” Serentak  mereka berdua bersuara. Elya dan Hafiz bepandangan seketika. Cepat Elya melarikan wajahnya.


“Tak apa, kami dah makan tadi. Jemput makan. Sila-sila.”


Hafiz bersalaman dengan Abang Wan. Dan Elya memeluk Kak Nasnya.



“Hebat awak berlakon ye.” Peril Elya.


“Awak tengah puji saya kea tau kutuk?” soal Hafiz dengan muka seposennya.


“Awak rasa?”


“Saya rasa awak tengah puji saya. Awak ni katak bawah tempurung lah.” Balas Hafiz.


“Apa kaitannya katak dan saya?” Elya bingung. Kenapa dia tak nampak hubung kaitnya dia, katak dan tempurung.


“Awak tak tengok beberapa hari lepas saya masuk tv, dapat award pelakon terbaik?” soal Hafiz dengan nada serius.


“Ish cakap berbelit. TV mana nak ambil awak dapat anugerah? Kalau masuk TV confirm pecah TV.”


“Memang la pecah, sebab semua awek jerit nama saya. Saya kan handsome plus pandai berlakon. Awak patut bangga tu.”


“Malas saya nak layan awak.”


“Merajuk ke?”


“Tak kuasa saya nak merajuk dengan awak.”


“Tapi nada awak cakap macam merajuk.”


“Letih cakap dengan awak ni. Cik abang tak penat ke merepek?” soal Elya. Ops! Terlepas sudah.


“Apa awak cakap tadi?” soal Hafiz. Cik Abang, hahaha comel pulak dengar.


“Letih cakap dengan awak.”


“Bukan yang tu. Selepas tu.”


“Tak penat ke merepek.”


“Bukan tu, satu lagi.”


“Encik Hafiz, kita ada banyak tetamu yang nak di layan. Lain kali pulak bersembang ye.”

Belum sempat Hafiz membalas, Elya sudah bergerak meninggalkan dia.  


Elya mengigit bibirnya. Maluu.


Hafiz ketawa.


Hafiz tersenyum sendiri.


“Apa yang awak sengihkan?” soal Elya.

Senyuman Hafiz mati. Tersentak melihat Elya di sisi katil dengan wajah blurnya.

“Sejak bila awak jadi stalker saya ni?” Hafiz menegakkan tubuhnya. Memandang Elya yang masih bertudung litup.


“Stalker?” Elya menayangkan wajah super blurnya.


“Apa yang awak merepek ni? Saya tak faham.” Kerutan dahinya bertambah.


“Awak tu kenapa masuk bilik saya?”


“Bilik mu, bilik ku jua.” Balas Elya tanpa rasa bersalah.


“Dah la, saya malas nak cakap dengan awak.”


“Awak tidur dekat katil ni, saya tidur dekat sofa.” ujar Hafiz sambil menanggalkan bajunya di hadapan Elya.

“Tapi awak..” Elya membutangkan matanya. Matanya tertancap pada tubuh Hafiz yang membuka almari mencari baju yang lain. 


“Awak memang tak boleh ke nak tukar baju dekat tempat lain?” Elya memarahinya. Malu ok!


“Tapi ni bukan aurat saya.” Hafiz tersengih dan masuk ke dalam bilik air. Elya terdiam.


Hafiz Ashraff, kau betul-betul menguji kesabaran aku. 


“Ustazah, sampai bila awak nak pakai tudung dengan baju tu. Saya tahu la awak alim pun, tapi saya kan suami awak tak akan tak boleh nak tanggal tudung kot.” Hafiz menarik bantal dan selimut dan dia duduk di sofa biliknya. Dari tadi aku masuk bilik air dia tak tanggal-tanggal tudung. Hesh, tak panas ke? Elya mengetap bibir. 

Mamat ni memang suka cari masalah betul la. Elya berleter sendiri dan berlalu mencari begnya. Lupa pulak, tertinggal dekat bawah. Malas je rasanya nak pergi ambil. 

"Awak."

"Hmm."

"Minta tolong boleh?"

"Hmm."

"Ambil beg saya dekat bawah boleh."

"Hmm."

"AWAK!"

"Hmm.."

Apa kenalah mamat ni. Kalau dapat sekeh kepala suaminya itu memang dah lama dia buat. 

"Dengar tak apa saya cakap ni."

"Pergi lah ambil sendiri. Tangan ada kaki ada. Pemalas." balas Hafiz tanpa memandang Elya yang sudah merenungnya bagai mahu di telan.


"Mulut macam longkang."

"Mulut saya, bukan mulut awak."

Elya sudah mengepal-ngepal tangannya menahan sabar.


"Awakk.. please. Saya nak mandi. Kesian lah dekat saya." Elya bersuara dalam separuh merayu. 

"Heeee. Yelah. Kejap."

"Saya nak mandi sekarang. Rimas lah dah berpeluh-peluh ni."

Sejak pagi berkenduri. Malam baru dapat rehat. Sunggu lega. Mujur semuanya sudah di tempah. Buatnya kena gotong royong, mahu patah riuk pinggangnya menolong.

"Baik lah tuan puteri."


Hafiz meletakan iPadnya di ata meja. 


"Dengan syarat.." sambung Hafiz.Hafiz merenung Elya. Elya merenung anak mata Hafiz. 


"Apa?"

"Jom mandi sekali." 

"Awak dah gila ke apa?" terkejut Elya.

Hafiz sudah mengekeh ketawa.  Seronok tengok wajah Elya  yang kelat-kelat masam. Elya merengus geram. 

"Mana ada gila, dapat pahala lah." sambung Hafiz sambil menghilangkan dirinya di sebalik pintu. 

Sebaik sahaja Hafiz pergi dia mengeliat geli. Eeeii! Dah pening lah tuu tak jumpa awek dia. Hish.


"Elya mana?" tegur Datin Ifah sebaik sahaja melihat kelibat anakkanya yang baru mahu memanjat tangga. 

"Ada je kat atas, dia nak mandi."

"Beg siapa tu?" Datin Ifah mematikan siaran televisyen. 

"Beg Elya."

"Tak apalah, ibu nak masuk tidur. Hafiz pun pergi lah tidur. Oh nanti jangan lupa cakap dekat Elya pasal tu."

"Okay, good night ibu." tanggan Ibunya di capai dan di cium. Amalannya sejak kecil.


"Assalamualaikum."  ujar Datin Ifah seraya mencium dahinya.

"Waalaikumussalam."



Elya keluar dari bilik air.  Hanya berkain batik dan ber t-shirt labuh. Rambutnya di lepaskan ke belakang. Hafiz hampir terlelap, dia merenung isterinya yang sopan menyikat rambut.

"Awak, awak dah solat ke?" Elya memandang Hafiz dari cermin. "Solat?" Hafiz menanya seakan-akan pelik dengan perkataan itu. Perkara yang sudah lama di tinggalkan sejak umur belasan tahun.

Malah, ketika sambung belajar di luar negara sekalipun dia tidak pernah menunaikan kewajipan itu.

"Haah. Solat la. Awak tu lelaki bukan perempuan." Balas Elya

“Apa kaitan solat laki dan perempuan?”

“Kalau perempuan adalah alasan logik dia ponteng solat. Kalau lelaki?”

"Oh ye, baru teringat. Saya pun  baru 'datang' pagi tadi." Dia mengejek sebelum membalut tubuhnya dengan selimut.

Elya hanya menggeleng. Geram bercakap dengan mamat tiang separuh ni.


Elya mendiamkan diri. Merenung bilik serba mewah yang sudah di hias dengan begitu indah. Tak ada siapa yang memaksa aku untuk terima Hafiz dalam hidup ini. Dia melihat Hafiz sudah nyenyak di ulit mimpi.

Terasa dirinya seperti beban pula buat Hafiz pula ketika ini.


“Berapa lama awak nak pandang saya.”

 “Opocot!” Elya melatah. Kuang hajo punya laki. Tahulah tak sayang bini pun. Tapi tak payah lah nak kasi tangkai jiwa aku nak tercabut.


“Awak tak tidur lagi?”


“Saya tak boleh nak tidur.” Hafiz menolak selimut yang membalut tubuhnya.


“Kenapa?”


“Entah la.” Tubuhnya di tegakkan ke sofa. Elya bangun dari kerusi dan melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan dengan Hafiz.


“Kenapa awak setuju khawin dengan saya?” soal Hafiz. Dalam banyak-banyak laki di luar sana, kenapa aku juga dia nak. Pelik. Aku tak faham.


“Habis kenapa awak setuju nak khawin dengan saya?” soalan berbalas soalan.


Minah ni, aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku dah cakap kan masa first time jumpa. Sebab I like you. Yeke? Like je. Bukan bermakna love. Ada beza ke? Tak apalah nanti tanya ibu.


Dua-dua mendiamkan diri.


“Saya terima awak sebab ibu saya.” Hafiz menjawab perlahan.


“Saya tak nak tengok ibu kecewa. Sebab saya tahu apa rasa kecewa. Saya tak suka tengok ibu saya sedih. Sebab saya cuma ada seorang ibu je dalam dunia ini. Dan saya yakin dengan instinct ibu saya. Instinct ibu ni selalunya betul.”


“Saya..” ayatnya tergantung sebaik sahaja dia melihat Elya yang sudah terlentok di sofa.

Penat aku membebel sorang-sorang. Dia tak dengar pun. Hafiz tertawa sendiri. Tapi bagus juga si El ni tak dengar. Segan


Hafiz bangun dan mengangkat Elya ke katil. Berat macam dugong. Huh. Tak sampai hati dia membiarkan Elya tidur di sofa.


Lama di pandang wajah Elya yang sudah nyenyak tidur. Rambut Elya yang menutup sebahagian pipinya di urai ke belakang. Dahi Elya di kucup perlahan.

Terus dia bangun dan membaringkan dirinya di sofa. Denyutan jantungnya sekarang bagai baru lepas marathon. Wake up Hafiz.


Hafiz membuka almari mencapai comforter tambahan dan di selimutkan Elya yang sudah enak di buai mimpi.

Kau . Dah. Gila. Hafiz.

Matanya di paksa untuk lelap. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.


Mata..tolonglah mengantuk.





Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf kerana lambat update. Allah tak izin idea datang. Jadi terpaksa hold dulu. Thanks Jie sebab menjadi penguat semangat den yang semakin lama semakin malap. Dan juga pembaca yang lain. I love you so much. Typo? Hahaha. Itu biasa. Komen lah mana typo, kalau rajin den edit. Hahahaha. 

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

36 comments:

  1. Haha..best gk cerita ni..haha..bukan main panjang lagiii.....dua dua kepala pusing..haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. baca jugak ke? T^T hahaha. boleh lah tahan panjang. hehe.

      Delete
  2. Bokmarked dulu. Belum sempat baca,...

    ReplyDelete
  3. jumpa blog ni..saya suka baca novel ^_^
    done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, thank you sebab sudi follow. ^^ nanti lapang2 jemput lah baca ye? :)

      Delete
  4. Baru baca separuh. Xsempat baca habis lagi.uwaaaaaa.

    ReplyDelete
  5. ewah. ewah. dah kawen ! haha. nice ! ^_^
    takde hal pun aina, skrng Jie bg smngat kat aina, nnti wktu Jie down, aina pulak bg smngt kat Jie. kenn? ;)
    nnti part 8 kasi tahu tau bila dh update. :D

    nie typo yg Jie perasan :
    “Hebat awak berlakon ye.” Peril Elya.
    “Awak tengah puji saya kea tau kutuk?” soal Hafiz dengan muka seposennya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, itu bukan aina typo. itu word gedik punya pasal. hahaha.

      ha'ah okayyy jiee~ ^^

      Delete
    2. peril ke perli aina? hehek. tp jie makin suka pulak dgn watak hero cerita nie.. mcm sweet je dia tu walaupun kdg2 annoying gila. heee... siap tlg ambilkan beg isteri lgi. hihihih

      Delete
    3. baca yang mana sedap di dengar. ahaha. XD. -_- haha. mamat ni mmg annoying gila. haha. ni baru pemanas cerita. hahaha. XD

      Delete
    4. yess ! itulah yang hot tu. makin teruja nak baca. next part ples ! ewah. mcm oder kat kafe pulak. eh!. hahaha. :P

      Delete
  6. Replies
    1. Makaseh sebab sudi baca. Hehe.inshaaAllah akan cuba diupdate secepat mungkin. ^^

      Delete
  7. Dikna akk kene mengaku and jujo kt dikna..
    Sbb akk tak bace pon...
    smpt bave perngan pertama
    pastu akk pening gara2 mnum nescafe ais secawan besar tadi
    hahahha tp akk jnj akk akan bace satu persatu smpai hafal
    hahahhahah cm menipu je nk hafal.kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA. Akak ni buat aina gelak guling-guling tauu dak? XD tak apalah. tak baca pun. segan lols. XD

      hahaha, jangan hafal karya merepek ni kak oii. karang muntah hijauu kang. XD

      Delete
  8. Yeay!~ Lama tak baca. Last baca part 4. :p Masa untuk maraton kembali!~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, rajinnya dia nak marathonn. XD

      Delete
  9. Okey dah habis baca~ ^^ Serius maksud dia sampai betul. Rasa macam penulis popular yang tulis ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, awakk ni dik. kalau bab nak buat akak kembang macam maggi memang pandai. T_T thank you sebab sudi baca. ahaha

      Delete
  10. wah, awak pun buat e-novel juga ke? sep sikit! hahaha... nnti ada masa lapang, akak baca semua ye ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sep2. ^^… hahhaha. boleh2. segan pulok orang nak baca. hahah

      Delete
  11. Nanti p godek watpadd :)
    Berharap tiada ehem2. t_p_ lulz XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. apakah ehem2 tu. lols. akak jangan nak merapuu kak. T^T hahaha.

      Delete
    2. harap tiada typo. itu saja. hehe.

      Delete
  12. Wah, suka2..kahwin dah dorg..sweet...hehee..gaduh2 manja gitu..hikhik :)

    well done Aina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. -_- hhaha.. typical story kan. lols. XD hahaha.

      thank you sebab sudi baca. ahaha.

      Delete
  13. sorry Aina akak tak bace sbab tak minat.. hihi tapi akak dah share :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tak baca pun tak apa. :3 aina tak kesah. makaseh sebab share. ahhaa.

      Delete
    2. tak boleh baca genre macam ni.. but keep up the good work. akak tengok ramai yang suka.. thumbs up ^^

      Delete
  14. Adoii akak kena start dari mula. Dah konpius...dah lupa..ni bedtime story malam nanti!

    ReplyDelete
  15. Haha..plot mcm penah bce. Aina hantu novel jgk ker? Hihi

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  16. Yeah..akhirnya novel sky love part 7..x sbr nak baca..nak kena ada mood rileks bru akak baca smpai habis..:D

    ReplyDelete
  17. Baru bace! HAHA ok best
    Sila sambung lagi secepat mungkin.
    Idea, datanglah kau ke Aina~

    ReplyDelete
  18. Akk.. nti smbung bgithu kt cbox blog sye tau .. hihi ..
    :D

    ReplyDelete