Perginya Sebutir Bintang.

18:46:00

Assalamualaikum semua,

Korang sihat tak ? Aku? Alhamdulilah sihat. Malah bertambah SIHAT. Hihi.

Beberapa hari lepas aku dapat berita kehilangan Tuan Guru. Aku terkedu. Aku susah nak percaya. Terbayang di minda aku lihat beliau datang ceramah dulu. Aku nampak beliau dalam kereta. Walaupun masa tu aku tak faham apa yang beliau cakap. Tapi aku diam kan diri.\

Tapi masa beliau datang aku menangis. Entah kenapa aku mengalirkan air mata. Rasa rindu walaupun tak pernah kenal secara dekat. Tak pernah bersemuka secara empat mata. Hasrat aku untuk berjumpa beliau tak kesampaian.. tak mengapalah. Bukan jodoh, bukan rezeki untuk bertemu.

Sekurang-kurangnya aku pernah nampak beliau dengan mata aku. Mendengar suaranya.

Malam aku dapat berita tu aku still dekat hostel. Kalau tak silap masa tu aku tengah kemas barang. Aku dengar roomate aku bersembang. Aku macam nak percaya tak percaya. Aku rasa lost sangat. Perasaan aku masa tu bercampur baur. Rasa macam nak menangis.


Tapi tak ada siapa yang faham perasaan aku masa tu. Aku pergi ke bilik kawan aku. Aku cuba nak cerita dekat dia. Tapi dia macam tak berapa faham sangat perasaan aku. Aku tahan perasaan aku masa tu. Atau masa tu maybe dia agak sibuk. Entahlah..

Petang esok tu aku call mama aku. Aku luah dengan mak aku dekat sejam jugalah (Mujur aku dah ambil pakej 100 minit RM 1) dan cerita segalanya. Termasuk life aku dekat hostel. Aku mengalir jugalah air mata.. aku cakap..

" mama, sedihnya tok guru dah tak ada."


Aku teringat hadis yang aku belajar dulu. Allah akan hilangkan ilmu-ilmu dengan cara mematikan ulama. Kalau tak silap aku lah. Dan ini adalah satu musibah. Moga Tok Guru tenang di sana.

Al-fatihah.


You Might Also Like

7 Love Letter(s)

  1. Semua rasa kehilangan tok guru..semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Rindu ngan aina.. makin sihat ek? Syukur alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  3. Nik pun rasa sedih yang teramat bila dapat tahu tentang berita ni. Sekejap tu rasa cam tak caya je...in sya Allah, arwah Tok Guru tenang di sana :')

    ReplyDelete
  4. Kehilangannya sangat dirasai. Sebak bila baca apa yg berkaitan dgn TGNA T.T

    ReplyDelete
  5. Actually, I feel really bad bila dgr TGNA meninggal. Sblm tu pun ada berita palsu tau yg kata TGNA meninggal, so igtkan tipu jgk.. Sekali betul. Ada saya baca gak, even hari-hari dekat kematian TGNA ada beberapa ulama kat luar negara meninggal jugak, Allah...

    ReplyDelete
  6. tok guru adalah manusia yang 100% mengamalkan hadith dan al-quran secara total dalam hidup dia. memang rasa lost sangat.

    ReplyDelete
  7. mmg sedih dgn pemergian beiau semoga beliau bahagia di sana..Al-Fatihah Aminnn

    ReplyDelete