Realiti dan Novel Dongengan

Assalamualaikum and holaa gaiss.


Apa khabar orang kampung sudah lama tak berjumpa, pinta-pinta semuanya sihat sejahtera. Ewahh~ Menyanyi plak aku ni kan.

Ehem. gais. Korang still ada dekat sini ke. Aku balik ni, tak nak sambut ke?

Okay, okay by the way sejak akhir-akhir ni aku dah tak baca novel-novel yang berada di pasaran. Kenapa eh? Kenapa? Sebab aku rasa novel Melayu ni cliche sangat. Kawen paksa, kawen sebab kena tut tut, kawen kena tangkap basah , kawen kerana aku. K. tak de kaitan.

Susah aku nak jumpa novel yang betul-betul bawa nilai yang boleh aku amik pengajaran dalam kehidupan. Plus, I don't trust men. Aku macam susah je nak wujud laki-laki dongengan dalam novel tu semua. Maybe aku tak jumpa right person kot. Tapi.. aku yakin masih wujud laki yang punya taman dalam hati kalau dalam hati dia ada IMAN.

Kau tau tak realiti nak kawen, kau kena pergi kursus kawen, kau kena bersetuju untuk dikhawinkan. Tak boleh dalam keadaan tak rela. Kalau tak silap aku tak boleh kot. tapi dalam drama, novel. Perghhh. Ko kawen dengan aku kalau tak bla...bla..bla.. Sebab terlalu banyak remaja sekarang baca novel. Jadi ramai nak ada bae. BAE LAH SANGAT. Babae je lebih. -oo- . opss.



Jujurnya, aku bukanlah manusia yang sudah ada pengalaman berkhawin. Bercinta apa tah lagi. Siapa lah nak dekat aku ni. Muka macam bulan tanpa cahaya. Ahh. Tak de seri. Wehh. Pehal aku ni wehh.

Tapi apa yang aku perhatikan dari manusia sekiling aku lah kan..


Semua orang akan jumpa jodoh, 
yang perangainya akan lebih kurang dengan jodoh dia.
umpama cermin kepada dirinya.

Sebab tu, dalam surah an-nur
lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk laki yang baik
dan sebaliknya

Cuma pesan aku untuk semua yang still belum berkhawin, 
elakkanlah.. cuba belajar untuk perbaiki diri
sebab yakin dengan janji Allah, yang baik untuk yang baik.
bila bertunang tu tak payah lama-lama sangat
kalau boleh semasa tempoh pertunangan berhubung dengan parents dia je
jaga barakah/ keberkatan

untuk lahirkan zuriat soleh dan solehah 
pada suatu saat nanti. 

supaya lebih indah.

walaupun aku belum menempuh alam tu.
tapi terlalu banyak bukti yang aku dah ada depan mata aku
susah nak jumpa anak-anak yang soleh-solehah kalau bukan 
sebab mak ayah jaga akhlak semasa belum bernikah
mungkin ada.

bila aku tengok anak-anak yang parents bercinta seblum nikah ni,
lain macam sikit perangai dia.
berbeza dengan anak-anak yang parents bercinta selepas nikah.


entah lah
mungkin aku je yang rasa

tapi kenapa tiba-tiba apa yang aku cakap macam tak de kaitan. K. adalah.
inilah realitinya

bila manusia tak yakin dengan kuasa allah
macam mana nak kenal kalau tak bercinta
sebab tu ada bertunang
tapi tunang tu tempoh berkenalan. bukan suruh bawa anak dara tu keluar tak tau hala.
faham

sekian dari hamba.

gednite,

sudi-sudilah follow IG hamba. : @aina_aqmal

hahahhaa, k tu je kot, bye bye. ^^ maasaalamah.


Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

1 comment:

  1. amboii lain mcm je dikna
    hmm setuju jugak dgn pandangan dikna tu
    tp tula jodoh ajal maut sudah ditentukan
    kita hnya boleh rancang je
    tp kan dikna akk pon blm penah lg ade pngalaman org2 terdekat y kene kawen paksa
    kawen atas bukan pilihan ada la
    prosedur nak kawen pon rumit
    kecuali kalau kawen kat siam

    ReplyDelete