Sebenarnya...



Assalamualaikum, dunia. Assalamualaikum semua. OHYEAHH!

Apa khabar semua? Aku di sini, alhamudlillah sihat je. Sejak wifi dah di sambungkan kerumah. Aku rasa makin sihat. HAHA. Gurau je. Sebenarnya aku nak cakap..


Cuti dah nak habis weh. CUTI DAH NAK HABIS. kau faham tak perasaan kau nak kena pergi sekolah dalam keadaan kau tak rela tapi kerana terpaksa kau relakan juga sebab kalau tak kau nanti tak dapat pahala sebab belajar tu wajib. Kauu faham tak perasaan nak kena redhooo tu. HAHAHA


Lepas tu pulak kan, sebenarnya tahun depan aku kena ambil SPM. Kau tahu tak berapa ramai manusia yang momokkan aku dengan SPM SUSAH. HAHAHA. Sampai ada mati tak boleh jawab KBAT. Aku tahu itu bukan omongan kosong. Sebab kawan-kawan aku semuanya budak kelas pandai-pandai. Aku ni tak lah pandai, genius tu ada. HAHA. lols. Aku gurau je.

Aku kena puji diri sendiri, doa kot. Tak baik kutuk diri sendiri kan. Kan, Haris J pesan Love Yourself. (best gila lagu diaaa!) Kita kena sayang diri sendiri. Tapi Rasul ajar kita kena sayang sahabat kita. Jadi kita sayang semuanya. Hehe. dan aku tak ready lagi untuk exam. HAHAHA

Gambar hiasan
Cakap jelah exam apa pun, aku tak pernah ready beb. lols. hahaha. even exam masa nak mati nanti. itu lagilah, Sijil Padang Mahsyar beb. Kalau kau tak boleh jawab neraka weh. Neraka. Kau ingat neraka tu macam api dekat dunia ke? boleh main padam-padam dengan air? kau ingat boleh call bomba ke. bomba pun masa tu tengah fikir dosa pahala sendiri.


Sebenarnya, kita di control oleh kuasa besar. Kita diperbodohkan demi kepentingan sendiri. Cubalah fikir, semua silibus dan kelayakan yang kita belajar hari ini semuanya atas permintaan negara Barat sendiri. Tengok lah kalau nak masuk universiti sekian-sekian nak result macam ni, macam tu. tapi yang dalam jiwa tu? ada orang kisah

Bila tak dapat biasiswa kena mohon pinjaman, kadang-kadang pinjaman bukan cukup pun. tu belum tentu bila dah habis belajar dapat kerja terus. sebab pointer 4 flat sekali pun bukan jaminan kau nak dapat kerja. sebab selagi Allah kata itu bukan rezeki kau itu maknanya, itu bukan hak kau. plus, berapa banyak permintaan pekerjaan yang ada sekarang?

bila dah tak cukup duit mula ada pelajar yang sanggup jadi bohsia malam-malam sebab nak bayar itu dan ini. sanggup cari sugardaddy sebab nak hidup senang. kalau yang kerja sambilan secara halal tu. alhamdulillah lah.

Apa yang aku cakap ini lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku bukannya baik sangat. tapi nakal tu ada. Hehe. Sebenarnya.. apa niat kita hidup ni? Apa sebenarnya niat kita belajar sebenarnya ni? bukan senang nak ikhlaskan diri untuk belajar. sebab most of us, bila di tanya..


Kenapa belajar?

Kalau tak belajar nak makan apa?

See?

Masa aku pergi belajar tafsir ayat Quran dekat Ustaz Khairul Anwar boleh kata setiap kali itu dia berpesan kepada kami semua.

Ingat, rezeki ini Allah SWT yang beri.bukan manusia - Ustaz Khairul Anwar
Sedangkan ulat dibawah batu tu pun boleh makan. Inikan pula kita manusia. Jangan salah niat, Boleh rosak akidah. Dengan mengatkan kalau tak belajar tak boleh makan. Jaga-jaga, syaitan ni nak hasut mudah je weh. Semua perkara dalam dunia ni ada dalam pengetahuan Allah.

Ask yourself..

untuk apa aku hidup sebenarnya?

apa aku dah buat untuk Islam sebenarnya?

adakah aku sekadar menjadi Muslim (orang Islam) atau Mukmin (orang beriman) ?

Maafkan aku kalau ada tersalah and terkasar bahasa. Ampun! hiks.

Love,
 Aina Akmal 



Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

8 comments:

  1. Saya setuju dengan Aina. Sebenarnya nak buat apa2pun niat mesti kerana Allah kan? Itulah, rezeki itu Allah yang bagi. Tapi apa2pun kena juga berusaha barulah Allah akan berikan hasilnya. Kalau doa je tapi tak usaha pun tak boleh jugak kan? Hehe.. Btw, saya pun tahun depan SPM. Eeeiii ketaq lutut lah bila fikir kbat. Moga2 kita dapat lakukan yang terbaik. Amin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Yang penting kita usaha dan terima takdir yang ditentukan oleh Allah seikhlasnya.😂 yup kita sama. Tahun depan nak exam
      Lols. 😂😂

      Delete
  2. Tahu ! paham... nak cuti terus kan.. samalah kita... sep sikit.. !

    ReplyDelete
  3. betul betul betul
    tp susah nk tukar mindset orang

    ReplyDelete
  4. saat ini kau dah berada dlm maktab kau, aku doakan kau mampu tempuh cabaran ni okeh. endahkan tanggapan negatif tu. kau boleh, jadi kau boleh!

    ReplyDelete
  5. yes. bukan senang nak tajdid niat untuk belajar.
    kadang kadang bila dah rasa putus asa, ingat balik yang orang ada ilmu ni akan ditinggikan darjat oleh Allah nanti.:) n semua yg kita belajar tu ilmu Allah. bukan manusia.

    ReplyDelete