Pendidikan Malaysia Lucah ?

Assalamualaikum


Sekarang tengah hot isu ini di serata MALAYSIA. Aku tak tau nak komen apa dah dengan isu ni. So silalah zoom sndiri untuk baca,



Selalunya novel ini akan ikut kawasan, since aku dekat zon utara, novel yang aku dapat Jendela Menghadap Jalan masa tahun lepas. Actually aku punya novel memang bosan. Bosan gila. 3 kali baca aku tidur.

Tapi kalau novel ni budak-budak baca. Bernafsu budak-budak kang. Semangat budak laki. --'' 

Sumpah aku rasa macam kerajaaan dah makin sengal. 

Ini berikutan, orang ramai menyifatkan novel itu tidak sesuai untuk dibaca oleh pelajar kerana mempunyai unsur-unsur lucah.
Antara petikan ayat yang terkandung dalam buku tersebut adalah:
“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha..
“Doktor Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif itu”.
Rata-rata netizen menyifatkan peribadi watak yang ditonjolkan dalam novel ini tidak memberi sebarang contoh atau tauladan yang baik kepada pelajar.
1
Menurut seorang pengguna Facebook, Faiez Ali, novel ini berkisarkan tugas doktor dan jururawat di sebuah hospital swasta yang melayan datuk, datin dan golongan kaya serta kereta mewah yang dinaiki mereka.
“Dalam cerita ini, ada doktor naik Porsche, ada doktor naik Volvo 960. Ada doktor tinggal di kondominium yang macam hotel. Ada doktor miang suka menggetis dengan jururawat. Ada doktor psycho dan angkuh. Ada doktor yang sakit jiwa dan delusional. Ada doktor bercinta dengan doktor. Ada doktor nak bercinta dengan nurse.
“Entah kenapa la novel macam ini boleh masuk dalam silibus pendidikan kita?
“Jika ada pun, pengajaran yang berbaloi dipelajari dalam novel Pantai Kasih ini adalah tentang bagaimana manusia jangan bergantung kepada manusia, sebaliknya berserah kepada Tuhan sepenuhnya,” ujarnya.
Selain itu, Faiez turut meluahkan rasa sedihnya terhadap kualiti penulisan Bahasa Melayu pelajar kita pada hari ini.
Status yang dimuat naik Faiez turut menarik perhatian ramai hingga mendapat lebih 840 ‘shares‘.
So, korang sebagai bakal mak ayah. Fikir-fikirkanlah.

Loves,

AinaAkmal




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

7 comments:

  1. serious? Allah.. macam macam skrg ni. semoga dijauhkan pd masa akn dtg.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... sgt lemah pendidikan negara. Dari misi ke misi pendidikan negara semua menjurus kepada sistem barat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal. Malaysia ni dh tak faham saya nak jadi apa.

      Delete
  3. Sangat2 menguji minda kanak-kanak dalam perasaan ingin tahu terhadap bahasa yang digunakan. Harap2 tidak diterbitkan kepada pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tidak di terbitkan kak. Dah diterbitkan pun. (╥_╥)

      Delete
  4. risaunya. budak-budak zaman sekarang pulak memang cepat belajar :(

    ReplyDelete