Hectic week and pathetic me.

21:16:00

Assalamualaikum ♥

Aku bergolek atas katil sebab kekenyangan makan 2 slice pizza dan mee rebus sebungkus yang di beli dekat pasar malam lepas balik sekolah tadi. Aku beberapa hari ni banyak menghabiskan masa aku dekat bilik seni sekolah aku selama beberapa hari.

Sebenarnya esok ada hari sukan. so beberapa hari ni aku dengan kawan-kawan aku yang lain bertungkus lumus untuk menyiapkan hiasan rumah. Aku sebenarnya 2 hari lepas memang aku bersemangat gila nak siapkan design ala-ala castle la kononnya.

sekali turun..  dekat padang..

aku rasa macam nak menangis je.

dekat khemah kitaorang langsung tak ada cikgu datang. langsung tak ada cikgu perempuan yang datang tolong.

and ada cakap cikgu rumah sendiri pergi tolong rumah cikgu lain. ahahahhahahaha. maharaja lawak apakah ini?


this is my first time handling this, i don't know.. maybe my bad. Aku dah tak kisah esok. hiasan rumah yang paling teruk pernah aku tengok.

khemah kitaorang penuh dengan kotak je. no ribbon, no flowers, aku rasa aku ni sangat menyedihkan. dan form 5 rumah aku hanya budak kelas aku je weh. aku memang rasa macam nak maki je. aku betul-betul dah tak ada semangat nak siapkan semua ni. aku rasa macam nak biarkan je semua ni.


aku rasa macam tak nak datang sekolah je esok.

apa jadi dekat hiasan rumah aku dah tak nak tengok dah. aku budak baru dekat sini. nak pergi beli barang semua.. ddorang tak rancang betul-betul. dan duit habis ratus ringgit macam tu je.

dan hasilnya? hahaha aku rasa macam sampah. aku rasa lah. i'm sorry.

everything turns upside down. aku dah stress gila. nak harap junior semua.. aku tak sanggup. tapi form 5 and 4 langsung tak ada. muncul lepas tu hilang.


aku sedih gila.

balik sekolah tu terus aku macam nak menangis. masuk-masuk kereta je terus aku buat-buat ketawa. tinggal masalah sekolah di sekolah.

ayah aku dah tengok muka aku cemberut dan adik-adik lapar, terus ajak pergi pasar malam. huhu.
thank you ayah. love you so much


and bout tomorrow? lets forget bout it. i'm sick. --'

bye.




You Might Also Like

4 Love Letter(s)

  1. aloloololo...siannya adik akma....xpe2..hal esok biarkan esok saja cerita..hari ni xmboh sedih2 lagi k?....have a nice sleep...

    ReplyDelete
  2. Moga Allah permudahkan segalanya ya :)

    ReplyDelete
  3. stay strong dek, huhuhu. kadang-kadang memang macam tu, kita dah bertungkus lumus nak buat sesuatu tapi orang lain pulak ambil kesempatan goyang kaki, sabar jela.

    ReplyDelete
  4. Blogwalking sini. Baca post ni tiba2 rindu zaman sekolah. Rumah sukan lalala^^
    Jemput join my first giveaway ya
    http://cityzooliecar.blogspot.de/2016/02/1-giveaway-braunschweig.html

    ReplyDelete