Kebaikan Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

22:04:00

Assalamualaikum



Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Tidur dalam Islam juga adalah merupakan salah satu ibadah.
Rasulullah s.a.w turut memberi contoh dan membimbing bagaimana umatnya perlu tidur seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah:

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

4 Sebab Mengapa Perlu Tutup lampu adalah:

1. Memperbaiki Sel Yang Rosak

Sel-sel yang rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu siang, perlu diganti dan dibaiki sewaktu kita tidur pada waktu malam. Berdasarkan kajian, tubuh memerlukan suasana yang gelap untuk memperbaiki sel yang rosak. Oleh yang demikian, lampu perlu ditutup atau dipadamkan.

2. Mencegah Penyakit Kanser

Pakar Biology Joan Robert mengatakan bahawa tubuh hanya akan menghasilkan Hormon Melatonin ketika tidak ada cahaya, i.e ketika lampu tertutup. Hormon ini adalah salah satu hormon pertahanan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser. Jika lampu terpasang, walau sekecil atau sesuram mana sekalipun, pengeluaran hormon melatonin akan terhenti.

3. Meningkatkan Pengeluaran Hormon Melatonin

Selain dari itu, professor Russle Reiter dari Texas University, mengatakan bahawa jika sekiranya kita tidur dalam keadaan lampu terbuka biarpun hanya satu minit, otak akan segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan unsur melatonin akan berkurangan.

Hormon melatonin adalah unsur yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya dipengaruhi oleh suasana gelap. Tahap pengeluaran yang paling tinggi adalah diantara pukul 2 - 4 pagi dan yang paling rendah adalah waktu petang.

4. Merehatkan Otot

Selain daripada fungi diatas, hormon melatonin yang dihasilkan sewaktu tidur didalam keadaan lampu tertutup mampu merehatkan otot, meningkatkan pertahanan tubuh serta membantu untuk meningkatkan mood serta menghilangkan ketegangan.
Sebab itu tidak hairanlah kalau mood kita kurang baik kalau tidak cukup tidur. Bahkan badan kita mungkin akan merasa lemah atau letih. Ini adalah kerana Hormon melatonin tidak dapat berfungsi dengan baik.



You Might Also Like

2 Love Letter(s)

  1. Memang kalau tido ttp lampu. Kalau tak tutup, bila bangun rasa mcm tak puas tido

    ReplyDelete

Like us on Facebook