Travelog ; Gua Kelam , Perlis // Pt. 4

12:30:00



Assalamualaikum


Hahaha, aku sebenarnya berjalan pergi ke Perlis sehari je. Tapi nak tulis entri dia tu dia. Sebulan pun tak habis lagi.

So selepas solat jama qasar taqdim di surau Pdang Besar.. kitaorang semua menyambung perjalan ke Gua Kelam. Aku tak sedar berapa lama masa yang di ambil untuk ke sana, sebab masa naik bas, aku tertidur rasanya. Sebab aku tak leh nak recall langsung apa aku buat masa otw ke Gua Kelam.

Eh, aku tak tidur pun. Aku rasa kejap je nak ke Gua Kelam. Tak sempat nak tidur pun. lol. HAHAHA.

Sebaik sahaja sampai macam biasalah, perut aku ni berdongdang sayang minta di isikan. Mama teringin nak makan laksa. So aku pun tumpang sekaki lah sebab lapar. Aku dengan adik aku order mee goreng.

Bila dah lapar lupa nak snap gambar. lepas tu baru teringat. So. hahaha. Sedapp!





Lepas dah perut penuh maka hati senang. So, kitaorang pun berjalan-jalan menghirup udara segar sambil mengurangkan lemak-lemak comel yang baru nak membiak dengan bahagia. Yay!


Panorama view



Sungai dia macam di ubah suai semula. So aku tengok air dia macam tak berapa nak best. Nampak macam bertakung dan tak fresh. Tempat dia macam terbiar sikit. kalau setakat nak mandi-manda spend time dengan family okay kot. 

Aku terus teringat adik-adik aku dengan ayah sebab tak ikut. Adik-adik aku termasuk aku memang suka sangat air.

Sesuai kalau nak bawa budak kecil mandi manda. 


Lepas tu dah amik angin jalan-jalan dekat tepi sungai tu kitaorang rehat dekat sini.




Kami bertiga tak masuk pun dalam Gua Kelam tu. Tengok dari luar je. Penuh dengan selfie sambil rekod video menyanyi dekat tengah jalan je. HAHA. Tak silap aku kalau nak masuk RM 1 saja. 

Aku round-round dekat sekitar gua kelam je. Hehehe. Best lah nak buat rehat-rehat and lepak dengan family .

Dah baca ke belum?



Loves,
Aina Akmal



You Might Also Like

2 Love Letter(s)

  1. wah bestnya aina dapat pegi gua kelam..masa akak di perlis hari tu seminggu di sana tak sampai2 pegi gua ni..jadual ketat..tak cukup masa..huhu..insyaallah kalau ada peluang kak wana nak pegi..

    ReplyDelete
  2. Sangat best berkawan dengan alam :D

    ReplyDelete