Weh, subuh ke asar?

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas, aku tidur dalam pukul 4 pagi macam tu. Masa tu aku baca manga dekat phone. Aku cakap sikit lagi, skit lagi. Sedar-sedar mata rasa macam pedih-pedih dan berair dan kepala aku dah pening. Aku pun letak telefon tepi dan tidur dengan nyenyak.

dan sebelum tu waktu petang tu aku tidur lepas Asar. Orang cakap kalau tidur asar ni boleh jadi 3 suku . Gila. Aku rasa it really happen to me. T_T

Dalam 6.30 pagi tu ayah aku ke sapa tah ketuk pintu kejut subuh. Aku pun dekat kelam kabut masuk bilik air ambil kain tuala semua. Aku jeling sekilas dekat jam. Aku rasa macam asar sangat time tu.


Aku masuk bilik air. Termenung dekat dalam bilik air. Pukul berapa sekarang ni. Subuh ke asar. Lepas tu aku cuba rewind balik . Aku rasa macam baru je tidur. tapi aku lupa aku tidur hari apa.

15 MINIT OTAK AKU NAK DIGEST PUKUL BERAPA WEH! Aku macam sekarang subuh ke asar, subuh ke asar.

Lepas tu aku ambil wudu semua aku selak curtain sikit. Gelap lagi. Okay, subuh.

Sampai ayah aku jerit ;

Kakak nak keluar bilik air pukul berapa? nak habis subuh dah.

That time barulah aku sedar aku subuh. Lol.

Pengajarannya.. jangan tidur lepas Asar. Gila seabad weh. Memang tak digalakkan pun tidur lepas Asar ni.  Aku tak suka tidur time ni.. tapi dah letih sangat weh.


Loves,
Aina Akmal




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

11 comments:

  1. haha XD okay xnak dah tidur lps asar

    ReplyDelete
  2. Pernah mengalami situasi macam ni juga. Lepas tu, dah serik dah.

    ReplyDelete
  3. bertabah jelaa...hahahaha...sally tdo ptg kalau blk keja penat sgt..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lahh kan akak. sbb penat sangat je. huhu

      Delete
  4. tidur dari lepas asar ke subuh ?? ehh x fhmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. masa ptang asar tu tdo.. maghrib bgun. lpas tu bjga smpi kol 4. huhu...........klu tdur dri asar.. gmak gila semingguuu. huhu

      Delete
  5. Mmg boleh gileeer seabad kalau tido lepas asar. Btw, org yg kat header tuu calon menantu baru mak ke ? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jajaahaahaha. tulah penangan silap tdur. terus nampk orng ats calon mama lol. haha

      Delete
  6. shawal datang singgah sini.. :)

    jemput join GA Shawal ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  7. Ada rasa jugak pengalaman "gila" ni. Bangun-bangun terus "ALAMAK DAH PUKUL 7, KOKO TAK PERGI!" pastu gigih mesej kawan, "Weh sorry aku terlambat bangun. Aku tak pergi koko hari ni..". LEpas tu tau dia reply apa?

    "Ajan kau kenapa? Koko esok la."

    Dem aku ingat aku bangun pukul 7 pagi. Rupanya 7 malam. Maka dengan itu, sekian kisah gila saya. Terasa macam stok-stok tanjung rambutan eish. Serik dah tidur lepas asar ni T^T

    ReplyDelete
  8. Dari tajuk tu dah tahu, ni mesti kes tidur lepas Asar. Dah agak dah, kan betul xD

    ReplyDelete