Hello My New Baby!

21:42:00

Assalamualaikum ♥

Beberapa minggu lepas aku ada minta dekat mama aku untuk belikan laptop sebiji dekat aku. Memandangkan laptop aku yang lama dah lama sangat rosak dan sampai hari ni tak repair pun. Aku pun tumpang guna laptop adik-adik aku.

So petang tu aku dengan mama bercadang nak beli di Courts, tapi tak jadi sebab stock semua tak ada. Macam-macamlah alasan dia.

Dia tanya kitaorang nak beli bayar ansuran ke nak beli cash. Mama cakap nak beli cash. Terus dia jawab kata kalau cash kena tunggu, tak ada stock. Kena tunggu semua.

Aku dengan parents aku macam tak apalah, lagipun aku tak berkenan sangat laptop dekat sana.

Elok je masuk kereta ayah aku cakap, dorang tu nak suruh orang berhutang, sebab tu dia tanya nak beli cash ke ansuran. Kalau ansuran faedah sahaja pun dah banyak. Aku pun anguk je.

Lepas tu kami pergi ke kedai elektrik yang lain.

Dekat situ dia ada jual laptop, tapi Windows dan Microsoft kena beli asing-asing. Aku macam whattt daaaa. Adeh. Dia cakap sebab depa ni bukan kedai komputer, dorang ni just jual barang keperluan elektrik. tapi sebelum ni dia cakap boleh je. Dorang jual asing sebab nak cukai apa entahlah. Sebab tu kedai elektrik jual macam tu.

Aku cakap dekat mama dengan ayah, kita pergi Tesco jelah senang. Dekat kedai komputer yang selalu kita pergi tu.

So lepas solat asar semua, kami pun pergi ke kedai tu.

Mama minta keluaran yang latest dengan Intel core i7. since i7 masih baru lagi so stock yang ada dekat kedai dia semua i5.

Dia bagi dua katalog laptop brand Asus dan HP. Mama nak order petang tu, tapi masa kami pergi tu masa tengah weekend, so terpaksa datang hari Isnin nanti.

So hari Isnin kami pergi ke kedai tu. Mula-mula laptop yang aku nak tu tak ada stock. Lepas tu dia tunjuk laptop yang dia kata keluaran bulan lepas. yang lebih kurang sama. dan harga tak jauh beza mana pun sebenanrnya.

Mama suruh aku amik yang harga laptop tu RM 3K. Kejut anak tekak, anak mata aku weh. Since mama tahu anak dia ni lasak. Belasah juga laptop tu. Dalam hati ni bersalah juga, tapi dah mama kata amik.. hehehe. Tapak stadium cek tadah. Hehehe.

Minggu depan kemudian baru ambiik.

So tada.





Warna merah. Omgg aku memang suka warna dia. Masa mula-mula sampai memang aku terkejut monyet jugaklah. Sexyyy af. 

So next time inshaaAllah, kalau aku rajin aku review pulakk ye. Hehehe. 

You Might Also Like

6 Love Letter(s)

  1. Waaaa.. Laptop baru. Bestnyeee! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heeehee bestt sangaat pkaai diaaa o∩_∩o

      Delete
  2. i know the feeling bila guna laptop baru hahaha sama lah laptop kita pun warna merah :D *highfive*

    ReplyDelete
  3. Rasa macam nak beli laptop baru juga. hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya ada laptop sendiri. mostly sekarang online guna phone je.. tengah kumpul duit nak beli laptop jugak lah. hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook