Resepi ; Roti Jala / Roti Kirai

12:03:00

Assalamualaikum

Hari ni, aku tengah fikir nak update apa dekat blog. So ada teringat hari tu nak share resepi membuat roti jala. Kalau dekat Perak orang panggil roti kirai. Aku belajar buat ni masa sekolah rendah dulu. Hahaha, sekolah rendah dulu dah ada dah ERT. Eh tak de . gurau je.

Aku belajar masa dekat kem unit uniform sekolah rendah. Masa tu ada Pandu puteri dengan Puteri Islam je. best sangat sebab semua dekat kem tu perempuan. Tidur dalam khemah semua.

So hari tu, kami buat pertandingan 'menjala' roti jala. Cikgu dah bancuhkan siap dah acuan dia, kami cuma kena pandai dan kreatif untuk 'menjala' roti jala jelah dan hias dia bagi cantik.

Guess what. Grup aku menangg! HAHAHAHA. lepas habis pertandingan tu ada orang tanya resepi. Memang simple sangat-sangat.


Bahan-bahan

Tepung gandum - 1kg
4 biji telur
sedikit kunyit -untuk bagi warna
garam
air secukupnya






Aku sebenarnya mencadangkan korang guna blander daripada guna mixture, sebab dia punya tu akan lebih halus dan tak ada ketulan-ketulan. Sebab nanti, masa korang nak tebarkan acuan tu dia melekat dan akan buat korang punya rupa roti jala tu tak cantik.

Cara-cara

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya okay je, tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.


Panaskan kuali guna majerin. Aku guna planta, lepas tu korang jalalah roti tu ikut suka hati.  Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.


Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam . Sesuai untuk open house sebab roti jala yang aku selalu buat tu tahan lama. Sehari semalam boleh tahan dan still lembut lagi.


sorryy lipatan tak kemas. T_T aku malas. hahahaha


Aku kalau time balik kampung memang aku jadi mangsa buat ni, sebab kat kampung tu hahaha, ramai dah cuba tebar roti jala. semua tak jadi. 

korang boleh adjust sikit kalau tak nak banyak-banyak. 1kg = 4 biji telur 
500 g = 2 biji telur.

Okay tu je. Selamat mencuba. ^o^ hehe. 

You Might Also Like

5 Love Letter(s)

  1. tengok ni malam malam. teringin pulak nak makan.haihhh. nafsu makan semakin tinggi.heee

    ReplyDelete
  2. aish sedapnyaaaa :D nanti nak try..

    mellyacrayola.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. wahhh. sdapnyaaa aina. dah leyy kawen nih. hoho (≧∇≦)

    ReplyDelete
  4. Wahh hihi nanti boleh try buat ni :D

    ReplyDelete
  5. Comelnya roti jala dia! Akak punya favourite nih! :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook