Review Buku ; Pelukis Jalanan

18:41:00

Assalamualaikum



Hari ni, aku nak share sebuah buku yang sangat sangat sangat sangatttttt aku cadangkan kepada semua pelajar di luar sana. Tak kira apa peringkat lah study korang. Memang highly recommended.

So buku apa?  


Tadaa!



Kalau tak silap aku beberapa bulan lepas buku ni baru keluar. Memang mula-mula kena order online je. tapi last month kalau tak silap aku dia antara best seller dekat MPH. 

Buku ni aku beli sehari sebelum Ramadhan dekat MPH Amanjaya Mall. Aku dah aim buku ni lama dah sebab aku dengar banyak komen-komen positif dari pembaca dekat Twitter. So bila dah nampak buku ni dekat MPH satu rak penuh. Terus aku gedik mintak ihsan dekat mak aku nak buku.

Niat asal aku masuk nak pergi tengok je. Aku pegang buku ni, baca dalam satu bab. terus aku rasa macam..

Aku kena beli buku ni!
My mama pun dengan baik hati belanja buku ni. Yayy!

Bila kau dah start baca buku ni, serius kau akan addict sangat. dan aku sangat kagum dengan semangat penulis ni yang dikenali sebagai TEME ABDULLAH. Cerita life dia kalau aku nak cakap, tak lari dari situasi yang aku alami. Aku faham apa yang penulis ni rasa.

Buku ni adalah bahan bacaan umum and pasal pengalaman hidup dia untuk bergelar pelajar architecture di London dan semasa dia disana.

Buku ni sangat sesuai untuk memotivasikan diri yang kadang mood turun naik macam roller coaster terutamanya dalam pelajaran dan life. Pada aku buku ni sesuai untuk di jadikan hadiah untuk kawan-kawan korang,

My mom baca bab satu je baru, tapi dia cakap cerita ni sangat best. Really inspiring!

Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak melalukannya.Kerana pengalaman ini adalah anugerah bernilai Allah kepada aku - Teme Abdullah

 Harga dia sangat berbaloi, cuma RM 25.00 sahaja. Rating dia aku bagi 5/5.

Kalau korang nak tahu apa dalam ni, korang kena baca sendiri dan baru nilai. Serius tak rugi.


Okayyy. Sorry kalau review aku ni tak macam revieww heheheheww. XD



You Might Also Like

7 Love Letter(s)

  1. Dari hari tu mencari buku ni juga tapi belum ada rezeki nak jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak beli je buku ni bila ramai buat review.

    ReplyDelete
  3. Akak dah baca. Memang best. Inspiring dan dekat dengan pembaca :)

    ReplyDelete
  4. kena cari niii haish ainaaa, maka menangislah poket T_T

    ReplyDelete
  5. semalam nampak buku ni tapi tak beli.. nak kena pergi mph balik nie nampaknya..

    ReplyDelete
  6. Dah lama beli, malam tu jugak habiskan sampai ke pagi =w=;; Memang dah habis promote kat sistur and brother sekalian alam, termasuk my mom sekali, tapi dia baca "Ahmad? Kau kenal Ahmad?" je sebab ayat pertama dia baca lepas bukak buku tu :'D

    ReplyDelete