Kisah Gula Perang.

23:13:00

Assalamualaikum ♥

Semalam.. my mama request suruh buat kek, mama cakap mama nak makan masa nak buka puasa. Aku sebenarnya tengah malas masa tu, aku cakap dekat mama aku kalau kakak masak makaroni je boleh tak? Mama pun angguk jelah. Redhoo anak dia ni pemalas.

tapi.. aku masuk dapur. Entah kenapa aku terasa nak buat pulak. Hahaha, memandangkan semua barang tengah ada, aku pun pergi ke dapur dan keluarkan bahan-bahan.

memang bahan-bahan lain dah ada, tapi satu je tak ada. Gula perang. Hujung minggu hari tu ada pergi ke mydin. Aku minta nak gula perang, sebab tu je bahan yang tak ada lagi. Hiks. Ayah aku memula tak bagi. Aku pun okaylah, pergi mengadu dekat adik aku.


Aku : Angah, ayah tak bagi aku beli gula perang
Angah : Alah, hang bukannya buat pun. Kalau buat pun tak jadi dan tak sedap.

Aku jeling geram. Dia pegang tangan aku. Aku tarik. Merajuk. Merajuk. Merajuk. Merajuk. Sampai hati dia buat macam tu //gila drama petang sungguh.


Terus aku blah keluar dari kawasan tempat beli barang. Yang adik aku dok buat drama, panggil  aku. Aku buat tak heran. Lagi aku jalan laju. Sakit hati aku. Nak pergi kat kereta, kunci kereta tak ada dekat aku. Lepas tu aku masuk balik lah dalam mydin. Pergi kedai mamak beli radix ice. Hahaha.

Nasib aku bawa turun handbag aku. Lol.

Aku pun patah balik nak duduk dekat bangku, sementara tunggu ayah settle kan pembayaran dekat kaunter. Dari jauh adik aku tu dia tunjuk aku dekat mama lepas tu dia datang dekat aku tersengih-sengih.

Aku baru nak merajuk tapi adik aku cakap,


"Kakak, tu crush hang kat kiri hang." dan dia amik air aku. Aku dari nak marah terus tersengih macam kerang.

Pusing-pusing salah orang. Tak guna. HAHAHAHA. Yang dia sedap hirup ayaq aku sampai dah nak habih. Aku hanya mampu huhu je lah. Memang nak marah, tapi dah malu sorang-sorang buat macam. Buat bodo jelah.

 Lepas tu adik aku yang si Ecah tu panggil aku, kata ayah amik gula perang. dia nak tunjuk dekat aku gula perang yang dia ambil tu betul ke tak? Aku angkat bahu jelah. Mana aku pernah tengok rupa gula perang.Aku kata ambil jelah apa yang patut, sebab aku memang tak kenal.

Habis bayar, adik aku tunjuk dekat mama, mama aku cakap betul lah tu.

Lepas tu sampai rumah,

Mama cerita, adik aku si Ecah, Angah dengan Ayah bermesyuarat sebab aku merajuk. Hahaha, buat lagi korang. Tahu pun takut. Dia pergi cakap dekat ayah, kata dia kata ayah kata aku tak pandai masak. tapi apa-apa pun point dia, dia cakap aku masak tak sedap dan tak jadi. Hufff. Panas hati, kecik hati semua ada.

Sebab tu akhirnya gula perang sampai ke rumah. Lol.  Sampai merajuk-rajuk aku nak gula perang. Huks. Ayah aku dah bantai gelak dah dekat aku.

dan petang semalam, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku buat kek. Hahaha, tanpa sesiapa tolong. Sorang-sorang aku je dekat dapur. Habis comot. T____T

dan inilah  hasilnyaaaaaaa.. Tadaa. Yayyy! //clappss sikit. HEHEHE,

Moist Chocolate Cake


Aku cakap, aku tak akan bagi adik aku si Angah tu makan. Biar padan muka dia. Sedap sangat nak mengata aku. Silap aku hari tu buat cornflakes termanis lebih je. Dia judge aku tak reti masak terus. Memang aku rasa macam terkam je budak tu. Lepas habis shopping , hantar makcik tu balik ke asrama. Hahaha. 

dan paling best sekali, hari ni  adik-adik aku bawa pergi sekolah. Semua kawan dorang puji SODAAPPP. HAHAHAHA. Aku kembang semangkook wehh. 


Ayah aku makan dua slice weh. dah lah ayah ada kencing maneeh. Aduh. T__T Sedih pun ado, nak nanges pun hado. 

So, tengoklah hujung minggu ni rajin. Aku buat. Malas, p cari dekat kedai. HAHAHAH. Sebab budak tu balik dari asrama Khamis ni. Hehehe.

Kbaii. XD


 p/s: tak boleh nak move on lagi crush like gambar dan follow instaa. HAAHAHAHHAA. XD


You Might Also Like

6 Love Letter(s)

  1. Pasni boleh la slow2 open order. Online baker. Muda-muda ni la time nak buat duit. Tahniah!! Acik pun tak sepandai Aina wat kek coklat tu. Sedap nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaahah, acik, thank you. saya amatur sangat-sangat. gula perang pun baru nak kenal/ hahahaha. T--T Alah acik, resepi dia senang je acik. Senang dan sedap. Acik mesti bole buat punya. :)

      Delete
  2. Haha! nampak cam sedap je kek coklat tu ;)


    btw post script tu teruja betul eh! hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, mungkin kot.. meh rasa meh. hehehe.

      HAHAHA. Yang tu memangggg tak bolehh nak move on lagi. LOL.

      Delete
  3. nampak sedap je! not bad for firsttimer! :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook