Healing Day @Lata Mengkuang Air Terjun, Sik

22:00:00


 
Assalamualaikum ♥


Holla gais. Memandangkan sekarang ni musim cuti ni jadi ramai family yang ambil kesempatan nak bercuti dengan family and kawan-kawan untuk merelekskan minda dari stress kerja dan sebagainya. //Apasal ayat aku skema sangat ni. HAHAHA

So, family aku time cuti Krimas 2 hari lepas family aku pun ambil kesempatan ni untuk berehat sambil menghirup udara yang segar. Cewahh. Healing time kata orang. Memang agak ramai orang since sekarang ni musim cuti.

So dalam pukul 11 lebih kami bertolak ke sana, sampai dalam pukul 1 tengah hari. Elok je kami sampai, adik - adik aku terus ajak aku mandi. Memandangkan aku ni anak sulung maka aku kena menjaga mereka. T_T. Parents aku menjadi chef untuk bagi anak-anak makan. Hehehe.

dan aku jadi pembantu a.k.a butler kepada adik - adik aku , penjaga, guard dan seangkatan dengannya.

 



 Sampai je sana, masing-masing usung barang sorang sikit.




Kawasan ni bersih, terjaga, tak ada lah penuh dengan semak samun dekat kawasan tu. Aku lupa nak amik gambar sebab aku time tu dah lapar. Yelah... dah sampai time tengah hari. Memang lapar gila lah. 

Aku kalau dah lapar memang benda lain kita fikir no.2. 




So adik-adik aku pergi mandi dulu, dan aku makan dulu. Hehehe. 



Dah selesai aku makan, aku turun bawa makanan untuk anak-anak ikan yang sedang berenang di dalam sungai dengan bahagianya. HAHAHA.

 





 Ayam goreng yang still panas-panas makan dekat tepi sungai. Sambil suap adik-adik aku, aku suap aku juga. Perghhhhh!

Satu untuk aku, satu untuk adik aku. dua untuk adik aku, semua untuk aku. gituh. AHAHAHA.

Gurau je.

Dalam pukul 4-5 kami bertolak balik. dan ini kali pertama aku pergi sungai aku tak mandi sungai. tak apa, sekali sekala layan kerenah adik aku yang dah nak balik asrama minggu depan semua. Huhuk.

So tempat ni memang jadi fav spot family aku untuk melepak-lepak time cuti-cuti. 

Okay till then. 

 

 
 

You Might Also Like

4 Love Letter(s)

  1. wah, Bestnya mandi air terjun ! :)

    ReplyDelete
  2. lata mengkuang ni kat mana ye ? mcm pernah dengar ;)..happy holiday with your beloved family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sik, kedah. ^^ thank you btw. ^^

      Delete

Like us on Facebook