Tips menjadi pendengar yang baik




Assalamualaikum ♥ 


Nak mendengar ni semua orang boleh mendengar, inshaaAllah. tapi nak jadi pendengar yang baik ni tak semua orang boleh. ada orang bila dia dengar je apa yang orang cakap terus nak menyampuk, tu tak masuk lagi kalau orang tengah bad mood, nak meluahkan masalah terus dia berbakul-bakul nasihat dia bagi.

1. Jangan menyampuk

Kalau orang datang bercerita tambah tambah pulak orang tu tengah bad mood, please please elakkan diri dari nak nasihat dia time tu juga. Masa orang bad mood ni, dia rasa diri dia ja yang betul. Apa yang orang lain cakap semuanya macam tak betul.

Biarkan dia bercerita sepuas-puas hati. Kalau dia menangis ke nak menjerit ke apa ke.


2. Pujuk

Okay, bukan pujuk dengan mulut. tapi guna bahasa badan. Peluk bahu dia ka. Usap kepala dia ke, if adik ke or someone yang terdekat, bagi dia menagis kat riba. Perlahan-lahan dia akan relaks. InshaaAllah.

Image result for eye contact gif anime
3. Eye contact

Masa orang bercerita, pandang lah mata dia. Tunjukan yang korang peduli. Yang korang boleh di percayai. Janganlah tangan dekat handphone kejap kat muka dia. Orang yang lagi bad mood lagi boleh jadi sakit jiwa tau. Dia tengah sakit hati, kau buat macam tu pulak.

Hadam betul-betul apa yang dia cakap.


4.Mengakui

Tanda yang sederhana seperti menganggukkan kepala atau mengucapkan sepatah kata dari korang, show yang korang dengar apa yang dia cakap. Bila korang buat macam ni, orang yang meluahkan tahu korang fokus dengan cerita dia.

5.Bertanya

Tanya sebagai untuk melanjutkan apa yang orang tu cerita/luahkan. Tapi jangan tanya samapi korang potong apa yang dia nak cakap. So you guys bila buat macam ni, korang show interest dengan cerita dia.

6. Peduli

Biarkan orang yang cakap tu tahu yang korang peduli dengan apa yang di luahkan. Korang cakap,

"Aku faham"
"Kalau aku jadi kau pun aku sedih/sakit hati."



Okay tu je aku nak bebel pagi pagi ni. hehhe. nak sambung masakkk wuuu. Tata. ^^




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

9 comments:

  1. hi, saya datang singgah sini dan follow awak :")

    ReplyDelete
  2. Everyone need to read and understand this. This is so important :')

    Saya selalu macam ragu ragu nak cerita masalah dekat orang sebab diaorang dengar pun macam terpaksa je. Tapi bila diaorang nak cerita masalah kat kita, kemain lagi kita berusaha nak jadi pendengar yang baik :(

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian peta bermanfaat dan menarik

    ReplyDelete
  4. 7. dont reply like you were only curious and you actually dont care
    8. always try to be on the pengadu side

    nice tips btw!

    ReplyDelete
  5. masak apa? hehe. ok sentiasa cuba menjadi pendengar yg baik. :)

    ReplyDelete
  6. wawww setuju sgt..terima kasih utk tips yang bermanfaat :D

    ReplyDelete