Tolong jangan saman saya..

14:32:00

Assalamualaikum ♥ Follow my blog with Bloglovin


Hari tu, dalam 2 minggu lepas, aku hampir nak kena saman.


Al kisahnya bermula dengan aku ni teringin sangat-sangat nak bawa kereta. So masa hari kejadian tu, aku asyik ajak ayah pergi driving, dalam erti kata yang mudah, MENDESAK. Pergi lah mana-mana pun. Sebab teringin sangat masa tu. Last-last ayah aku setuju. Masa tu dah lepas isyak.

Ayah cakap pergi ambil kunci kereta. Aku mula-mula memang blur jugaklah, lepas tu aku tersengih macam kerang busuk. Terus laju aku ambil kunci kereta aku and start kereta and drive.

Sampai dekat satu simpang ni, aku tanya ayah nak ke kiri ke kanan. Ayah jawab kanan. tapi hati aku nak kiri. dah ayah cakap macam tu , aku akur jelah.

Tiba-tiba..

Aku nampak macam baju yang hijau yang bercahaya dalam gelap tu. Lepas tu lighstick merah and lampu suluh. and terus mata aku ternampak board polis tu.

aku punya nervous time tu, aku break tengah-tengah jalan. yang aku fikir masa tu, saman. SAMAN. SAMAN. SAMAN. Kaki aku time tu sejuk gila. Tangan aku menggeletar.

Image result for oh no gif


mungkin aku nampak suspicious kot, polis tu suruh aku ke tepi. AH SUDAH. sebelum tu aku tanya ayah nak buat apa ni. Ayah aku panik jugak. tapi dia buat relaks je. macam tak ada apa-apa pun berlaku.





"Jalan je.." tu je yang ayah cakap. Aku dah berserah. Ya Allah ampunkan dosa aku. Aku bersalah sebab mendesak ayah tadi. Memang sepanjang tu aku berdoa lah. Terbayang RM 300 melayang. Boleh beli barang-barang sekolah adik-adik.

Tingkap kereta di turunkan. Sah-sah lah encik polis tu minta lesen. LESEN? HAHAHA. Aku baru je pergi kelas memandu siang hari, and malam tu aku nak kena saman. pergh. 

"Tak ada lesen.." sambil kepala di gelengkan. Aku pusing ke kanan, mengharap ayah tolong jawabkan. IC pun tak bawa. Memang aku keluar rumah sehelai sepinggang. Tak expect langsung yang jalan tu polis nak buat roadblock. First time aku bawa atas jalan, dah nak kena saman.

"Saya saja encik nak ajar dia bawa kereta. Dia baru nak belajar..." lebih kurang macam tu lah ayah aku cakap.

Lepas tu polis tu minta ayah aku turun. Masa tu, rasa bersalah aku dah menggunung setinggii langit. Memang rasa berdosa sangat-sangat-sangat-sangat time tu. Aku just mampu berdoa dari dalam kereta.

Ayah aku cakap benda yang sama dekat boss polis yang tadi tu.

"Berapa umur dia?"
"18"

and dia minta IC ayah aku. Ayah aku pun tak bawa dompet. Ayah aku slow talk dengan boss polis tu, so last-last, dia cakap

"Abang bawa lah."

Encik polis tu suruh ayah aku drive untuk bawa balik. Dia tak saman kitaorang. HAH. LEGA GILA. Aku lega sangat. Memang aku bersyukur sangat.

Sampai separuh jalan, ayah aku tukar dengan aku balik and terus balik rumah. Aku mula-mula macam berat hati lagi nak bawa kereta. and aku terus minta maaf dekat ayah. Aku menyesal gila-gila masa tu. and ayah aku cakap dah lah tak ada apa pun. tak jadi apa. alhamdulillah. 

Sampai depan pintu rumah terus aku jerit and peluk mama.

"MAMAAA!" and I cried. I can't stop crying. Aku terus nanges. Menyesal, bersalah semua perasaan bercampur. Mama gelak je dekat aku. Ayah tak kata apa pun.

"Lepas ni nak buat lagi tak?" aku gelengkan kepala dalam pelukan mama.

"Lepas ni nak dengar cakap mama tak?" Aku laju mengangguk. Mama makin sakan gelak dekat aku. Time aku rasa macam aku dah jadi budak tadika balik. Katalah apa nak kata, memang aku tau salah aku. Huk.

Adik-adik aku memang asdfghjkl. Boleh gelakkan aku lepas tu buat dunno je dekat aku. Sakit hati gila aku. Dorang gelak-gelak lepas tu blah tengok TV.

Sampai kecik mata aku nanges weh.

Malam tu aku mimpi jumpa JPJ pulak. Teruk aku fobia dengan Polis & JPJ. Sampai masuk dalam mimpi. Memang aku rasa macam, aku tak nak dah bawa kereta lepas ni. Selagi tak dapat lesen. HUKKK.
Pengajaran 1 ; dengar cakap parents, jangan melawan. Allah kasi cash. padan muka. T_T
Pengajaran 2 ; dah makin besar kena rajin sikit usung IC

Hhaha. kbai. XD



You Might Also Like

12 Love Letter(s)

  1. Jadikan pengalaman ni sebagai pengajaran bermakna tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah.ehehehe.skrang dah tak buat dah perangai macam tu. Huhu.

      Delete
  2. Ic penting dear. Wajib bw ke mana2. Takpe pengajaran untuk masa depan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulh. Still rasa diri budak sbb tu macam rasa tak penting je IC tu. Hukk. Skrang dh 19.. Tua rupanya diri ni. Hhuhuh

      Delete
  3. hahaha.sebaiklah. alhamdulillah tak kene pape. mungkin sbb tengok korang ikhlas sangat. tu yang polis pun lepaskan. :) dah jangan nangis lagi. tapi sebenarnya apa yang berlaku manis jugak kan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Ye kot. Ayah pun masa tu dgan kopiah and kain pelikatnya... Polis pun rasa kesian. Heheh dengan aina baru nak bljarr. Hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum. Apa khabar Aina? Lama gila tak melawat kawasan. :')
    Dah besar dah Aina. Rasa macam kejap je kan. Dah pandai bawak kete. Btw, tak tau nak tumpang sedih ke nak gelak. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaaaaakkkkkaaaaaaaakkkkkk!!! Wasalam. YA ALLAH, rindunya kat akak. Hehe. Akak kena tumpang dua dua. Hahahahaha.dah makin tua dah aina ni rupanya. Tapi tak rsaa. Lol.😂😂😂

      Delete
    2. kalau aina makin tua akak lagi tua :')

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah jugak hampir kena saman hahahaha fobia betul. Waktu tu dah lewat malam. Saya ni jenis suka drive laju lagi lagi bila jalan straight je and kosong takde kereta lain. Hehe. Tetiba saya nampak polis buat roadblock dari jauh and saya pun brake tetiba sebab saya tak pakai seatbelt hahahaha tapi mak saya suruh jalan je. Nasib baik abang polis tu just suruh saya pakai seatbelt sambil senyum senyum and lepas je kitaorang. Haih, dah lah abang polis tu hensem! HAHA

    ReplyDelete