Hai Cik Sayang! (1)




Aku melabuhkan punggung di atas lantai. Punggungku di alas dengan bantal yang sederhana besar. Inilah aktiviti aku seharian semenjak aku tamat belajar di Jepun. Lepas Subuh, buka lappy online, tengok drama, baca blog. Tengah hari masak, makan masuk bilik dan online dan online sampai..

“Kakak! Sudah la terperap dalam bilik ni. Keluar la bergaul dengan adik-adik ni. Dah la duduk dekat negara orang 4 tahun. Ini balik nak jadi panda ke apa? Makan tidur, makan tidur!” suara mama sudah kedengaran di luar bilik.

“Ala mama, kakak malas la.” aku meluruskan kaki aku yang aku sudah rasakan kebas kerana duduk terlalu lama.

“Tak sayang adik-adik ke?” mama sudah membuat suara sayu..

“Yela, yela. Akak keluar ni. Tapi setengah jam lagi ok?” aku membalas.

Senyap. Mungkin mama sudah pergi, itu yang terlintas di benakku. Selang dua minit kemudian, pintu aku bertalu-talu di ketuk oleh adik-adik aku. Ahhhh!

“Kakak buka! Kakak buka! Kakak buka!” entah berapa kali mereka mengulang. Fokus aku kepada drama Yukan Club terhenti. Kurang didikan adab betul budak-budak ni. Dengan pantas aku memangkah GOM player. Tetikus bergerak laju menekan Shut Down.

Pantas aku membuka pintu,tersembul wajah adik-adik aku dengan tersengih-sengih di hadapan aku macam muka mickey mouse.

Niat asal ingin marah kepada mereka aku lupakan. Padahal aku tak ada lah marah mana pun. Cuma malas aku nak keluar. Baru aku teringat dah lama kami tak bermain bersama.

Aku duduk mencangkung di hadapan mereka semua. Satu-satu aku tilik wajah mereka. Atikah, Syifa, Raihanah, Fira.

Aku peluk mereka. Haha, baru aku tahu aku ni sebenarnya rindukan mereka.

“Siapa nak pergi shopping?” aku menyoal dengan gembira. Yay! Hari ini aku akan melepak dengan adik-adik aku sebagai ladies. Haha. No parents.

“Ayah mana?” soalku. Ye la. Ayah aku bukannya nak bagi sangat kalau bab nak keluar-keluar berjalan ni. Anak perempuan semua la katakan. Anak ayah semuanya!

“Ayah dekat depan. Baca paper.” balas Raihanah a.k.a kak cik.

Aku berjalan dengan muka tersengih-sengih di hadapan ayah aku.

“Ayahh…” suara aku di leretkan. Intonasi yang tak pernah berubah setiap kali aku ingin menanyankan sesuatu kepada ayah.

“Hmm..”itu je yang keluar dari mulut ayah.

“Boleh tak, kami nak keluar jalan-jalan hari ni. Tak lama, sebelum maghrib kami balik. Kakak nak belanja dorang. Heheh.” aku tersengih-sengih meminta.

Lama ayah aku diam. Kemudian dia mengangguk kepalanya sedikit. Tanda setuju. Aku sudah tersengih bahagia.


Tudung labuh dan jubah di kenakan. Bibir di oles dengan pelembap. Satu kebiasaan aku semasa di Jepun dan membuatkan aku terikut-ikut. Cuaca sejuk di sana kadang-kadang buat aku dan teman-teman tidak mandi seharian.

“Angah drive k?” pinta ku, atau lebih tepat arahku. Haha. Aku menyuakan gugusan kunci kepada Atikah a.k.a angah. “Kakak mana ada license, mana bleh drive.” Aku mengoyakkan senyuman. Aku mengambil tempat di sebelah pemandu. Kereta Honda Accord milik ayah segera di hidupkan enjinnya.

Mama dan ayah berdiri di hadapan pintu. Aku melambai-lambaikan tangan dari dalam kereta. Aku menurunkan tingkap. “Mama dan ayah date elok-elok tau!” sempat aku mengacau parents aku di pagi ini. Hehehe. Ayah dan mama tersenyum simpul. Haha, mengada lah tu. Mama tadi sudah aku ajak, tapi dia tak nak sebab alasannya nak berjalan dengan ayah. Ada je bila dah tua-tua ni.

Aku terkadang cemburu dengan mama dan ayah. Hidup mereka suci dari cinta sebelum mereka khawin. Bila dah khawin, barulah cinta mereka bersemi. Aku yakin dengan jodoh dan aku yakin cinta lepas khawin membahagiakan Bukti? Tengoklah mama dan ayah aku. Melihat mereka aku cukup yakin cinta lepas khawin tak pernah salah.

“Dah sampai mana mengalamun?” soal Angah sambil dia menepuk bahuku. Aku seolah-olah baru tersedar yang kami sudah berada di simpang keluar dari taman perumahan yang kami tinggal.

“Ada la sempat sampai dekat China sebelum nak ambil flight seterusnya.” balasku bersahaja. Adik aku yang berdua di belakang giat mengusik adik aku yang bongsu. Sesekali mereka bercerita itu dan ini.

Baru aku teringat, ada satu beg roda yang dalam tu semuanya hadiah. Terlupa pula nak bagi dekat parents dan adik-adik aku. Setiap kali aku berjalan tak pernah aku tak membeli untuk mereka. Sudahnya dah penuh hadiah dalam beg aku yang satu tu.

Tapi aku ada beli hadiah birthday yang special untuk dorang semua. Wait and see.



Habis semua butik kami ronda. Ok, melayang duit aku lebih kurang RM 1000 lebih sebab beli jubah dekat dorang. Untuk mama dan ayah tak ku lupa juga. Kurang asam punya budak. Itu ada hati nak suruh aku belanja heels, make-up. Tak berakal ke apa budak-budak ini.

Kami langkah masuk ke Popular. Banyak novel! Sorry, yang ni adik-adik bayar sendiri kay. Mama kasi duit dah tadi kan?

Sebelum kami solat zohor, sempat beli kudapan buat mengisi perut kosong kami. Lepas solat nanti baru kami nak cari tempat makan yang best-best.





“Semalam, ada orang datang merisik kakak. Dah ada yang berpunya ke belum.” tiba-tiba mama bersuara dalam kami asyik bersembang sambil makan malam di meja.

Aku yang sedang nikmat menghirup kuah sudah tersedak. Dah la aku letak sambal banyak dalam sup tu! Sakit tekak aku sebab asyik batuk-batuk. Hidung yang sedikit putih ni dah tukar kemerah-merahan begitu juga wajah aku. Over gila tak aku? Aku mencapai segelas air untuk di minum.

Adik-adik aku sudah tersengih nakal. Kurang hajor kome (korang)! Nak mati dengan aku ke? Ayah? Aku tak mahu mencari wajah itu. Aku sudah cukup malu sekarang. Mama ni pun..cer la datang slow talk dengan aku. Ini tidak, kalau baby dengar pun baby yang tak ada sakit jantung terkejut.

“Macam mana?” soal mama lagi. Aku menjeling sekilas sebelum tunduk. “er.. mama..” aku sudah tak tahu apa yang patut aku suarakan lagi. MALU!

“Kejap lagi kita sembang lain ye? Kesian kakak, malu-malu meow-moew gituh!” Kak Lang menyampuk. Jelingan tajam dengan wajah memerah. Agaknya dia kisah ke? Meletus tawa mereka. Ya mereka. Bukan kami, sebab aku tak ketawa. Aku rasa macam nak duduk dalam bilik dan online dan tengok movie ja!

O Allah! Help me!




Sudah ada tiga pinangan untuk aku, semuanya aku menolak. Aku tak nak lelaki yang balik dari Korea, US, UK and etc. Aku nak yang balik dari Timur tengah paling kurang. Kalau local university yang amik Islamic course  pun ok jugak.

Lagipun aku tengok ayah aku pun macam tak berkenan. So memang aku tolak mentah-mentah. Kalau ustaz macam ayah aku ok jugak. Haha!

Muka yang aku tengok dalam gambar memang nak handsome. Habis aku minta fb, twitter dan email. Bagi aku tengok dulu. Korang ni jenis macam mana. Sekali aku tengok ada yang pakai rantai dengan boxer tak berbaju mulut merokok. Sumpah aku rasa macam asdfghjkl.
Padahal gambar yang ada dekat tangan aku masa tu macam malaikat. Jubah + serban dan tasbih. Kay, manusia sememangnya pelakon!

Sekarang yang ke-empat. Yang ini aku rasa macam aku dah jatuh cinta lepas dengar biorgrafi dia.

Doktor weih! Keluaran sekolah agama dan studi oversea. tapi bukan timur tengah. Aku nak suruh ayah aku test dia dulu boleh tak?

Aku yang dalam bilik dapat maklumat dari mama. Ayah main tembak-tembak suruh baca juzu sekian-sekian. Al-Baqarah di ambil dari mula. dan lulus! Ayah tanya macam-macam dan dia lulus!

Aku minta bagi masa.

“Angah…” Aku memanggilnya sambil mata aku ligat mengikut arah pusingan kipas. Naik gila mata aku.

“Hmm..”

“Angah setuju kalau yang tadi tu jadi suami kakak?” aku menyebut perlahan perkataan suami itu. Malu tau tak!

Angah ni lah, adik yang aku paling rapat. Sebab jarak usia kami hanyalah  2 tahun. Aku 24 sekarang dan adik aku 21.

Segaris senyuman nakal meniti bibirnya. “Setuju sangaaaattt..” dileretkan suaranya.

Aku tersenyum. Lampu bilik di tutup. Selimut di tarik hingga ke bahu. Aku membelakangkan adik aku. Mata aku terkelip-kelip memandang bilik yang sudah gelap gelita.


Usai sahaja solat-solat sunat tahajud, taubat dan hajat aku segera bangun untuk solat istikharah. Tak lupa juga aku meminta ayah dan mama membuat perkara yang sama. Sebab kadang-kadang dosa kita banyak, tapi berkat doa mak dan ayah. Hidup kita menjadi mudah.

Tiga hari aku lakukakn, jawapannya cenderung kepada Ya. Ayah juga setuju, mama juga begitu. Bagi aku, baik untuk mereka maka baiklah untuk aku.



Hari ini hari pertunangan aku. Kenduri kecil-kecil di adakan. Sekadar menjemput jiran yang dekat dan family. Aku diamkan dulu dari kawan-kawan aku. Bila dah betul-betul makan nasi minyak nanti baru aku panggil.

Aku mengenakan jubah labuh berwarna pink lembut dan tudung bunga putih. Sederhana, tiada crown. Selendang di letak di kepala.

Sebaik sahaja aku menyarungkan cincin emas yang bercorakkan sedikit keremajaan dan sedikit wanita.




Aku duduk di depan cermin, tangan aku asyik merenung cincin yang cantik tersemat di jari manis aku.

Aku merenung pantulan wajah aku di cermin. Erk! Asal gedik gila muka aku? Aku lari ke katil, sempat aku capai sepucuk surat yang ada di atas meja solek. Sempat aku belek surat yang di sampaikan oleh ibu lelaki itu.


Assalamualaikum saudari Luqyana Qaisara.

Pertama dan selamanya bersama kita bersyukur kerana telah selesai satu majlis. Bila awak dah dapat surat saya ni, maknanya sah lah kita bertunang. Nama awak terlalu unik hinggakan berbelit lidah saya nak sebut.:) Jangan marah!

Aku tersenyum. Ya, nama aku paling susah nak sebut. Aku menyambung pembacaan.

Ini sesi perkenalan kita kan? Let me introduce myself. Nama saya, Muhammad Eqram Hafiy bin Raof. Berasal dari Selangor dan membesar di Kedah. Kerja saya biasa-biasa sahaja Doktor Psikolgi.Yang merawat orang-orang yang mempunyai tekanan perasaan dan kurang waras. Umur saya, 27 tahun. Apa lagi awak nak tahu? Saya tak pernah bercinta dan tak pernah ada makwe, jadi saya tak tahu nak cerita apa. Oh, nak tahu tarikh lahir? 7 Januari. Anyways, thanks sebab sudi terima diri saya ini. Inshaa-Allah saya akan try yang terbaik. Sekian.

Eqram Hafiy

Surat itu aku lipatkan dengan kemas kembali. Aku pun sebenarnya tidak tahu mahu tahu apa lagi. Haha. Eqram Hafiy. Cakap orang nama berbelit. Nama dia pun sama.




Aku menyelongkar laci meja solek. Tangan aku meraba-raba mencari kertas Foolscap yang bergaris-garis. Pen cair berwarna hitam di capai. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Meja belajar yang mengadap ke tingkap membuatkan pandangan aku terarah ke langit biru. Perlahan tangan aku menulis dan melakar sesuatu.

Waalaikumussalam, saudara Muhammad Eqram Hafiy.

Sebelum tu, saya nak komen dekat awak. Kenapa nama awak panjang sangat? Paku dulang, paku serpih, kata orang, dia yang lebih. :P

Di sebabkan awak perkenalkan diri awak, saya pun nak buat yang sama.

Nama di beri Nurul Luqyana Qaisara bin Abu Bakar.

Menguruskan majlis perkhawinan rupanya bukan sesuatu yang senang, yang nak khawin pun susah. Test HIV la, sijil kursus khawin la.. Ya Allah.. 3 bulan yang diberikan bagai menyesakkan aku.

Petang tadi aku ada dapat surat dari dia. Surat tu dia pos ke rumah. Ecewahh.


Assalamualaikum awak,

Saya setuju dengan semua syarat-syarat awak. Tapi jangan awak menyesal. Haha!

Sebenarnya,sejujurnya,setulusnya, saya nervous. Awak rasa apa yang saya rasa? Untuk kali ini saya tak tahu nak cakap apa.

Awak design sendiri kad undangan tu? kretif awak. Tapi, saya bukan nak menolak, tapi tak elok la membazirkan? nanti orang buang juga kad kita itu. saya harap awak tak kisah kad kita kad yang biasa sahaja.

Ini ada hadiah untuk awak, harap sudi pakai bila akad nikah kita nanti. J

Eqram Haify

Aku membuka kotak yang berbalut dengan kertas minyak itu. Sambil itu sempat aku berfikir. Betul juga cakap dia. Tak apa lah, nanti aku cakap la dekat dia. Kad tu semua akan masuk tong sampah.

Sehelai jubah berwarna putih yang kelihatan seperti gaun kerana sedikit kembang.

“Aaaaaaaaaa!!” aku menjerit girang. Mama datang tergesa-gesa. Wajahnya kaget.

“Kenapa?”

Aku menunjukkan baju yang tersarung di badan. Mama menggeleng-geleng kepalanya.



To be continue. ^_^


Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

2 comments:

  1. Macam best jeh macam best jeh!

    Sambung! Sambungg! Hiwhiw.

    ReplyDelete
  2. @QilaDira thanks ehh heheheh inshaaallah. :)

    ReplyDelete