Mood Jiwang.

Assalamualaikum w.b.t


Haii semua pembaca yang sudi menyinggah di blog cikai ini. 



Korang nak tahu malam ni aku layan lagu apa? Rossa. Korang tahukan lagu Rossa macam mana kan? Jiwang karat hampeh. -_- Aku tak tahu aku dapat badi mana malam ni. Semua lagu aku jiwang gilaa! Papinka lah. Nirwana lah. Ah. Gila otak apa aku ni? Nak kata mood aku sedih? Okay, ada sikit. Nak menangis? Keh. Sedikit sebanyak perasaan itu menjentik tangkai hati aku.

Ini ferris wheel, bukan roller coster. -_- haha.  LOL


Telinga aku masih melekat dengan earphone dan on air Rossa. Huh. 

Someone nak ubatkan aku ke? Haha. Lawak siot. >_<

Hari ini perasaan aku macam Ikan Siakap masak 7-4 rasa. Haha. Rasa macam roller coster. Turun naik. Sedih gembira bercampur baur. 

Hari sepupu-supupu aku buat lawak antarabangsa. Entah apa-apa. Sampai aku rasa pipi aku naik kejang sebab asyik tergelak. Terlupa kejap yang kaki aku sakit macam hell! -_- 

Macam sedap je kek ni? T__T // tapi aku tak suka makan. aku suka tengok. hahah.


Aku baca novel 5 Tahun 5 Bulan. Okay aku tahu aku ketinggalan zaman. ._. Jangan kutuk aku. Tapi aku tak mampu nak baca sampai habis. Kenapa? Entah. Aku lebih suka novel Islamik. Yeah memang dia ada campur sikit-sikit. Entah.

Tapi aku salute dia, since tingkatan 3 dah menulis. Ya. Aku dah menulis lama dah. Tapi tak ada kekuatan nak menyambung sambungan cerita tersebut. Aku macam ketandusan idea. 

Aaa! Bila aku tulis pasal ni, aku baru teringat Omma Byhah minta aku sambung cerita Sky Love ayam aku tu. Last aku update 2 tahun lepas rasanya. Bapak gila lama dah. Eh? Ye ke? Tahun lepas tahun PMR. Okay tahun ni form 4. lepas tu cakap nak buat lepas SPM. Gilak. Memang nampak sangat aku ni pemalas. Tsk.

Oh idea, aku seru kau datang lah kepada aku untuk aku menyambung cerita tu. Omma Byhah! I will finish it up! Yea! Yea! *angkat tombak* :3


Sebenarnya, aku nak cerita pasal kids! Yeah the little mittle kids. They cute right? //and also annoying. Bhahah. Eleh, cakap macam kau tak pernah kecik dulu. Iye-iye je menangis bagai nak pecah anak tekak. 

Aku sejak akhir-akhir ni selalu je renung budak kecik ni. You know? I perhatikan how their parents take good care of them. 

 Like we always heard, 

Budak-budak ni, bersih. Yang mencorakkannya mak ayah.

 I fikirkan sesuatu, bila mak ayah tak solat.. anak-anak dahagakan untuk bersolat pada waktu kecil. Bila dah lama.. hati semakin keras. Pada hemat aku, anak-anak rosak bukan kerana salah mereka. Salah kedua ibu bapa mereka yang melepaskan tangan kepada sesetengah pihak atau hanya merasakkan anak perlu di belai dengan penuh kemewahan tanpa merasa sikit sakit dan susah. 

Kadang aku lihat, sejak kecil sudah di ajar macam mana mahu menyanyi, sedang zikir di lidah sukar untuk di alunkan. Bila dah besar hati keras. Susah nak dengar cakap ibu dan ayah.

Percayalah, anak-anak kecil bila di bacakan dengan surah-surah tertentu, bila besar walaupun sedegil mana pun dia. Inshaa-Allah.. Allah akan bimbing hatinya untuk jatuh cinta kembali ke jalan yang benar.

Okay that's all. I'AM NITE., 

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

No comments:

Post a Comment