Lailatul Qadar

Assalamualaikum. ^_^


Demam piala dunia dah habis ke? Sesungguhnya aku memang langsung tak sedar. --' Haha, Dah sebulan rupanya dunia di landa demam bola. Tapi serius, tahun ni aku memang tak amik berat sangat.. Just tahu, Neymar injured sebab adik aku bising kata pakwe dia sakit. Hahaha. Gediik betul. XD Aku pun selak-selak macam tu je bila tengok paper. Friends facebook bisinglah upadate status ni menang tu kalah, troll sana sini.  (Macalam status tu boleh bercakap. Imagine status facebook boleh cakap. Woaahh! Lepas ni banyak pula kemuncalan artis facebook. Okay. merepek.)

Baguslah piala dunia dah habis, so, tak ada alasan la korang nak cari malam qadar di sepuluh malam terakhir nanti kan? 


Aku pernah lah baca status dekat facebook, untungnya kita Allah bagi Lailatul Qadar, sebab umat sekarang banyak pendek umur. Sebab pada malam tu, malam yang lebih baik 1000 bulan. 1000 bulan lebih kurang 83 tahun somethinglah. Tengok, betapa Allah sayangkan kita. Cuma kita.. 
antara nak dan tak nak sahaja. :) 

Semalam aku tengok Banana Squad. Macam kanak-kanak je pulakk kan? T__T Tapi nak buat macam mana, remote control orang lain yang pegang jadi aku pun layan sahajalah.

Masa dalam rancangan tu Ben pergi shopping, so Eira Syazira kata kenapa shopping awal-awal? Sekarang kena fokus berpuasa dulu.

Pada aku lah kan, aku tak setuju dengan apa yang dia cakap. 

Sebab, kalau kita prepare barang raya awal-awal, hati rasa tenang nak beribadah. Terutamanya golongan wanita yang begelar ibu. Nanti tengah solat terawih. 

"Kuih tak beli lagi." 

"Barang nak buat kuih tak ada lagi.."

"Kasut raya anak tak shopping lagi."

"Sampul duit raya tak cari lagi..."

So pada aku bila kita dah prepare awal-awal tu bukan bermakna kita semangat nak sambut raya. Tapi kita tak nak ibadah kita di malam keemasan itu tergannggu. Tapi kita tetap nak raya kan?


Kalau lelaki jarang dorang kelam kabut, sebab selalunya dorang pergi beli malam raya. Uptown masa tu jual barang murahh kan? Lelaki baju dorang bukannya susah. Perempuan ni, kerenahnya lebih. Biasalah kan? Kalau perempuan perangai macam laki, kan ke boring dunia ni? Hehehe.

So apa-apa pun selamat beramal dan semoga Allah memberi keampunan kepada kita sempena bulan Ramadhan ini.

#MuhasabahDiri





Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

No comments:

Post a Comment