Andai Aku Mati.. apa yang MAHU ku TUNJUK Pada Allah

.Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua.


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (QS. Al Ankabut : 57)

Pernah tak kita terfikir bila kita akan mati?

Kematian memang sangat hampir dengan kita.

Aku selalu fikir..

Esok.. aku mati.. apa aku nak tinggal dekat dunia.

Blog yang penuh dengan benda yang melalaikan diri dan orang lain?

Facebook dan Twitter yang di penuhi dengan status yang membuang masa?
Luahan perasaan?

Tiap kali aku fikir semua tu, aku jadi kecut sendiri.

Aku pernah terbaca satu ayat..

" Kau fikir aku suka dengan follower yang ramai? Aku bertanggungjawab di atas mereka semua nanti. Kau tahu? Makin ramai follower makin susah aku nak ke syurga. "


Yup, lepas aku baca ayat ni. Aku tak kisah siapa nak follow aku nak Twitter dan sebagainya. Aku lebih takut orang follow aku.

Aku bukan manusia yang bagus dan baik. Aku cuma manusia yang lemah dan hina.

Mama cakap dekat aku..

" Bayangkan diri dalam posisi sujud tanpa seurat benang. Hina tak masa tu?"

Tapi dalam hina itulah.. Keadaan kita paling dekat dengan Allah.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (QS Ali Imran : 185)

Tepuk dada tanya iman,

Andai Aku Mati Hari Ini.. Bersediakah aku? Apa yang mahu aku tunjuk kepada Allah?

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

6 comments:

  1. Sama2 la kita muhasabah dan sentiasa berbuat baik..

    ReplyDelete
  2. thanks mengingatkan..nice sharing

    ReplyDelete
  3. terima kasih aina share pasal nie ..hmm tue la sedih bila fikir balik bnyak benda tak berfaedah dah buat ..jadi krungkrung pon da tutup akaun twitter ..tinggal fb ..kat fb pon dah kurang kan post gambar just share2 benda yg berfaedah saje =)

    ReplyDelete
  4. selalu terpikir.. kalau aku mati apa akan jadi.. pagi td ponn terpikir tak sangka aina bt entry bkaitan ni.. huhu sentiasa muhasabah.. nice sharing syg :')

    ReplyDelete
  5. betul...terima kasih mengingatkan saya yg slalu alpa ni.. serious xpernah terfikir ttg followers. risaunya pos yg bukan-ukan.. nanti depan Allah nak jawab apa?

    ReplyDelete
  6. Entry potong bawang. Mekaseh aina sebab mengingatkan.

    ReplyDelete