Novel : Sky Love Part 3



Baca [Part One] | [Part Two]




Hafiz memusing-musingkan telefonya ke atas dan kebawah.  Sekejap-sekejap jarinya laju menge-swipe screen lock telefonnya. Apa kena dengan aku ni? Tak tenang je jiwa ni.


Phone book di buka. Nama Ustazah Parrot di cari.


Simbol mesej di tekan. Baru menaip beberapa huruf. Dia memadam kembali.


Hafiz! Stop act like a crazy person. Hafiz memekik dari dalam hati.


Telefonnya di letakkan di atas meja. Selang 2 minit kemudian telefonnya berdering kuat.Laju tangannya mencapai telefon di atas meja.


Ibu? Kenapa ibu call. Hmm.


“Assalamualaikum bu.” Salam di hulur sebaik sahaja talian dia menjawab panggilan.


“Waalaikumussalam. Hafiz busy tak petang ni?” Soal Datin Ifah lembut.


“Petang ni? Kejap-kejap.” Hafiz menyelak buku planner yang berwarna hitam di atas meja.


“Tak adalah busy. Ada Hi-Tea dekat Shah Alam. Kenapa bu?” balas Hafiz.


“Pergi tempah cincin dengan Elya petang ni boleh?” soal Datin Ifah.


“Hah?!” terkejut Hafiz di buatnya.


“Apa yang terkejut sangat ni?” soal Datin Ifah aneh. Sejak bila pandai nak terkejut-terkejut ni.


“Tak de apalah ibu. Hehehe. Berdua je ke?”  soal Hafiz ceria.


“Apanye berdua. Ibu ikut sekali. Awak berdua tu bukannya khawin lagi. Jangan nak mengada sangat. Ceria bukan main lagi bila ibu sebut nama Elya. Tadi masa jawab macam tak ada semangat je.” Datin Ifah menebak.


“Eh, mana ada bu. Tak baik tau tuduh-tuduh.”


“Eh, tak baik tipu-tipu.” Datin Ifah mengenakan Hafiz.


“Petang ni pukul berapa?” Hafiz sudah menggaru dahinya mengguanak jari telunjuk. Iye ke dia gembira. Mana ada. Dia rasa biasa-biasa sahaja.


“Pandai la tukar topik. Lepas Hafiz habis kerjalah. Tak akan nak balik awal je. Tak berkat rezeki nanti.” Lembut ibu menasihati jiwanya.


“Ha’ah. Okay.”


“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Jawab Hafiz perlahan.


Tangannya mengemas sedikit meja yang agak berselarak itu. Telefonnya di masukkan kedalam poket seluar slack.


Blazer yang di tempah khas dari Itali itu disarungkan ke tubuhnya. Dia mencapai file-file yang berkaitan pembentangan yang akan di bentangkan dan juga beg laptopnya.


Langkahnya laju menuju ke lif.


“Hafiz.” Suara Dato’ Ammar menembusi telinga Hafiz.


“Yes Dato?” Hafiz menghela nafas berat dan tubuhnya di pusingkan menghadap ayahandanya.


“Kita pergi satu kereta je lah boleh?” Dato Ammar menanya dengan wajah penuh pengharapan.


Hafiz menjeling keadaan sekeliling. Hati kecilnya menjerit untuk membenarkan. Mindanya melarang.


“Kereta saya atau Dato?” akhirnya terkeluar dari bibirnya ayat itu.


Dato Ammar mengoyak senyuman manis. Tulus dari hati tuanya.


“Ayah tak kisah. Kalau Hafiz nak naik kereta Hafiz pun tak apa.”


Audi R8 Hafiz meluncur laju meninggalkan pekarangan pejabat.


Hafiz memfokuskan dirinya kepada pemanduan kereta dan jalan raya. Dato Ammar membuang pandang di luar tingkap kereta. Atmosfera ruang kereta itu cukup dingin tanpa sebarang gelak ketawa dan percakapan. Radio pun hanya di biarkan tertutup.

Hafiz memang sebenarnya tidak gemar mendengar radio.


“Hafiz.” Panggil Dato Ammar. Dia merenung lama wajah anaknya. Rasa bersalah menggebu di dalam diri. Allah, lembutkanlah hati anak aku ini agar dia mampu menerima diriku seadanya.

“Hafiz bencikan ayah?” soal Dato Ammar. Dia berharap anaknya akan berpusing dan tersenyum.

‘Ayah, Hafiz sayang ayah.’ Itu pun sudah cukup menggembirakan hati tuanya.


Hafiz membeku. Aku bencikan ayah? Ya. Aku sangat benci.

Dato Ammar diam. Dia tahu jawapannya.


“Ayah nak Hafiz tahu, selamanya Hafiz anak ayah. My only son yang ayah ada. Hafiz adalah matahari dalam kubur ayah esok Inshaa-Allah. Hafiz satu-satunya harta yang paling ayah sayang. Bila ayah dah tak ada. Harta ayah tu bukannya boleh bawa bersama pun Hafiz. Tapi doa anak soleh. Doa anak soleh adalah harta ayah ke di sana.” Tutur Dato Ammar sambil tersenyum sendiri.


Hari ini kali pertamanya, Hafiz diam dan mendengar segala luahan hati ayahnya.

Hari ini kali pertamanya bibirnya membisu tanpa sebarang rungutan.

Dan Hari ini.. kali pertama dia sebak, mendengar kata-kata ayahnya.


Hafiz pura-pura tidak mendengar. Walaupun hatinya sudah sebak menangis hiba.


“Dalam doa ayah, tak pernah ayah jemu mendoakan supaya Hafiz menjadi anak soleh untuk ayah dan ibu.”


“Oh, baru ayah teringat.” Dato Ammar mengeluarkan 2 keping tiket dari briefcasenya.


“Ayah ada beli 2 tiket untuk Grand Prix dekat Sepang nanti. Hafiz nak ikut? “ Dato Ammar cuba memancing minat anaknya.

“Kalau Hafiz keberatan nak pergi dengan ayah. Hafiz pergi dengan kawan Hafiz. Ayah dah tua.” Sambung Dato Ammar cuba menghilangkan rasa janggal Hafiz.


“Hafiz pergi dengan ayah.” Balas Hafiz.


“Maafkan ayah kalau ayah buat Hafiz rasa terpaksa.” Dato Ammar tiba-tiba diserbu bersalah. Terlalu memaksakah dia?

“Hafiz pergi dengan ayah. I’m okay with it.” Hafiz merenung sekilas ke arah Dato Ammar.

Aku buat ni semua sebab kasihankan ayah. Bukan sebab aku sayangkan ayah. Tangannya di letakkan di cermin dan jarinya bermain-main di bibirnya sendir.


Dato Ammar diam. Dia tersenyum senang.



Jam bilik Elya berdeting menunjukkan sudah pukul 9 pagi. Elya melakukan kemasan terakhir di hujung katilnya dengan menegangkan cadar. Selesai mengemas katilnya, dia berlalu ke almari pakaiannya. Sehelai jubah moden berwarna biru jean dikeluarkan. Tudung bawal bidang 60 yang berwarna sedondon dicapai.


Elya seharian memikirkan rancangannya. Patut ke dia buat perjanjian dengan bakal suaminya tu. Hmmm. Bibir bawah di gigt. Sambil tangan menyeterika pakaiannya dia berfikir.


Aku tak rasa semua dia tu jenis makan saman. Hmmm. Macam mana ni? Macam mana ni? Elya, Inshaa-Allah kalau kau ikhlas, Allah akan bantu kau. Elya mengangguk sendiri. Dia membatalkan rancangannya yang pada awalnya di rasakan sangat cerdik. Tapi sekarang tidak logik.


“Benda apa awak nak cakap semalam?” Hafiz berbisik sedikit ketika mendekati Elya. Datin Ifah sudah laju ke depan.


“Tak ada. Saya dah lupa.” Balas Elya tanpa memandang wajah lelaki itu. Suaranya mendatar.


“Lupa konon! Cakap je, awak semalam teringin nak jumpa saya kan? Bila dah jumpa awak buat-buat lupa pulak.” Hafiz mencebir. Tangannya di seluk masuk ke dalam poket. Di jeling Elya yang makin melajukan langkahnya.


Astagfirullhalazim. Budak ni salah makan ubat ke apa? Gila. Please don’t be so POYO! Proud of Yourself!

“Alah.. jangan jalan laju-laju. Nanti jatuh. Jubah awak tu bukan boleh buka luas-luas. Dah macam bunyi burung berkepak dah.” Hafiz makin seronok mengusik.

Padan muka kau Elya. Mengada nak sangat pakai jubah ni sangat kan. Makcik tolongg saya. Datin.. tolong Elya.


“Awak tak boleh diam ke? Sakit telinga saya. Pergi la jalan ke depan sana. Tak payah la ikut saya. Semak tau tak!” Elya bersuara garang.


“Jangan la garang sangat. Nanti cepat tua.”

“Saya lebih rela jadi tua dari berjalan berdua dengan awak.” Elya mendengus geram.


Hafiz tersengih. Tiba-tiba Elya memberhentikan langkah. Badannya di pusingkan mengadap Hafiz.


“Pergi jalan dulu.” Tutur Elya. Baru dia teringat kata-kata Saidina Umar.

“Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita. –Saidina Umar”

Sungguh hakikatnya dia sendiri tidak selesa berjalan di hadapan Hafiz. Terasa seperti sangat-sangat di perhatikan. Terasa macam satu pandangan menembusi pakaiannya.


“Kenapa?” Soal Hafiz pelik.


“Oh.. saya tahu. Awak mesti nak tengok sayakan? Yelah.. saya ni kan handsome.” Hafiz tersenyum nakal.


“Encik Hafiz Ashraff.. kau ni memang jenis tak faham bahasa ke? Aku cakap tu dengar jelah. Susah sangat ke? Bukannya aku suruh kau buat jalan pun.” Elya bercakap kasar. Geram. Siapa suruh cari pasal dengan aku. Aku cakap baik-baik nak mengada-ngada. Kau tu baru tunang je. Baru tunang. Bukannya khawin lagi. Hesh.


Muka Hafiz bertukar menjadi kelat. Sakit hatinya bila di tegur dengan kasar oleh Elya.

“Tak boleh cakap elok-elok ke?” dengus Hafiz.


“Suka hati aku la. Mulut aku.” Tanpa rasa bersalah dia membalas kata-kata Hafiz. Nak mengada ke, nak manja tunggu khawin. Esok dah khawin minta maaf la balik. Hahaha. Itu yang terlintas di fikiran Elya.


Hafiz sudah menonong berjalan ke depan. Elya tertawa senang. Hah, baru senang sikit nak jalan. Rasa macam duniaa ni ana yang punya.


“Kenapa lambat sangat?” soal Datin Ifah. Pelik dengan budak berdua ni. Di lihat Hafiz sudah duduk di ceruk kedai barang kemas tersebut.


“Maaf Auntie.. jubah ni tak boleh nak jalan luas-luas lepas tu hari ni nak rasmi kasut wedge ni. Hehe.”


“Itu kenapa?” mulut Datin Ifah ikut memuncung menunjukkan Hafiz yang ralit merenung orang yang jalan lalu lintas di sekitar mall tersebut.


Elya menarik sengihan. Nampak sangat dia bersalah kerana memarahi lelaki itu.


Datin Ifah tersenyum menggeleng.


“Elya..” Datin Ifah memanggil perlahan.


Mak Datin nak marah aku ke? Kalau aku tau macam ni, aku layan lemah lembut macam anak raja si POYO tu.


“Tak payah la panggil auntie. Panggil ibu.” Senyuman keibuan menguntum di bibir Datin Ifah. Terkedu Elya di buatnya.

Sangkanya dia akan di marahi. “Er..baik.. aun.. ibu.” Elya menarik kerusi dan duduk di sebelah Datin Ifah.


“Kejap ye, ibu nak panggil si Hafiz.”

Elya sekadar mengangguk. Matanya ligat memerhati rantai tangan yang di pamerkan.


“Hafiz?” Suara Datin Ifah menerobos gegendang telinga Hafiz.


“Jom lah, kenapa duduk sini, kata nak beli cincin.”


“Biarlah perempuan tu pilih sendiri.” Balas Hafiz dingin. Masih berbekas di hatinya dengan kelancangan mulut perempuan tu.


“Apa dia buat dekat Hafiz? Tak akan dah merajuk kot? Manja sangatlah Hafiz ni. Pening ibu tengok perangai Hafiz ni. Matanglah sikit. Hafiz tu dah nak khawin. Nak jadi ketua keluarga. Tak akan kena sikit nak merajuk.”


Hafiz membeku. Aku cakap baik-baik, dia marah aku. Rasa macam nak sembelih je Parrot ni buat BBQ. Padan muka. Paruh dia aku simpan buat kenangan.


“Hafiz? Are you here?”


“Ok-ok.” Hafiz mengalah. Kalau tidak fikir dia berada di public, nak je dia anyam perempuan tu jadi ketupat.



“Kau tak pernah tengok bracelet ke? Oh lupa. Kau bukan mampu pun.”  Sinis Hafiz menegur.


Terkedu Elya mendengar. Elya merasakan maruahnya ketika itu jatuh sejatuhnya. Mujur salesgirl tak ada di situ. Terasa maruahnya hanya ada di tapak kaki lelaki itu. Boleh di sepak-sepak macam bola.


“Aun..ibu, El nak ke toilet kejap eh.” Elya hanya merenung sekilas wajah Datin Ifah dan dia pura-pura menyelongkar beg tangannya. Menahan sebak yang di dada. Kalau dia pandang lama mahunya dia air matanya yang sudah bertakung akan bederai jatuh ke pipi mulusnya.


Hafiz menghantar Elya dengan pandangan mata.


“I don’t understand what on the earth going on. But seem both of you have a big problem.” Datin Ifah sudah geram. Tadi si anaknya merajuk. Sekarang bakal menantu kesayangan pula merajuk.


Dia perempuan dan dia faham sangat. Dia juga pernah muda.


Hafiz menghela nafas berat.


“Ibu.. actually..” Hafiz membuka mulut menceritakan semuanya kepada Datin Ifah.


“Astaghfirullahhalazim. Kenapa Hafiz buat dia macam tu? Kalau ye pun sakit hati dengan dia, jangan la balas balik. Lagipun memang patut pun Hafiz kena marah dengan dia. Mengada-ngada je ibu tengok perangai. Tak habis-habis dengan perangai buaya dia tu. Dia tu anak yatim piatu Hafiz. Allah.” Itu je yang mampu keluar dari bibir tua Datin Ifah. Tangannya mencubit kecil bahu Hafiz.


Hafiz menyerengai kesakitan.


Sakit hati dengan perangai anaknya yang sorang ni.


“Mintak maaf dengan Elya. No excuse.” Arah Datin Ifah.


Haih.. sempat pula Hafiz dengan Elya ni berdrama dekat kedai ni.



Elya merenung matanya yang sudah sembap di depan cermin. Hina sangat ke aku ni? Tak akan sebab aku marah sikit dia dah nak cakap macam tu.


Elya menyapu sedikit bedak. Hmm. Dia tetap merasakan matanya seperti bengkak semacam.


Elya menarik pintu utama bilik air wanita. Dilihat Hafiz berdiri berhampiran pintu masuk bilik air lelaki.


Elya pura-pura tidak nampak. Menonong dia berjalan meninggalkan Hafiz.


“Elya.” Elya tidak mengendahkan.


“Elya.” Langkahnya di lajukan.


“Elya Zahra, please. Jangan bagi saya buat benda pelik-pelik dekat sini.” Hafiz berdiri di hadapan Elya.


“Apa awak nak?” Elya merengus.


“From the bottom of my heart, I’m truly sorry for what have I said to you.” Hafiz meminta belas. Sungguh tidak terlintas untuk menyakiti hati gadis itu. Tapi dia geram. Sangat geram.


“Tengoklah macam mana. Kalau saya rajin saya maafkan.” Elya menjawab ego.


“Okay ustazah. Awak pandai dari saya kan? Saya dah minta maaf. The rest awak dengan Allah.” Mulut Hafiz bertazkirah.


Elya diam.


“Saya maafkan awak dengan satu syarat.”


“Apa?”


“Jangan jalan di belakang saya, selagi kita tak khawin. Jangan usik saya. Saya tak suka.”


“Itu bukan satu. Tapi dua.” Balas Hafiz.


Elya berjalan meninggalkan Hafiz. Lantak kau lah Hafiz, nak buat pelik-pelik kat mall ni. Ada aku kesah?


“Okay, okay. Saya terima.” Hafiz berjalan menyaingi Elya dan meninggalkan Elya di belakang.


Yea! I’m the champion.


“Dah selesai?” soal Datin Ifah garang ke arah Hafiz. Hafiz mengangguk.


“Nak beli cincin pun susah dengan korang ni.” Rungutnya.


“Ibu, maaf lambat.” Elya menghampiri Datin Ifah dan memeluk lengan wanita tua itu. Cepat benar dia menjadi mesra.


“Tak apa, ibu faham. Ibu minta maaf dengan mulut Hafiz tu. Mujur ibu tak ada cili. Kalau tak dah lama ibu cili-cilikan mulutnya.” Datin Ifah memeluk bahu Elya.


Hafiz merenung mereka berdua tanpa perasaan.


Elya sedikit teperanjat, kerana Datin Ifah tahu apa yang terjadi.


“Dah-dah jom pilih cincin.”


“Encik boleh saya bantu?” soal wanita cina itu.


“Hmm. Awak nak yang mana?” Hafiz menanyakan Elya yang sedang memerhatikan cincin-cincin yang berkilauan.


“Boleh saya tengok yang ni?” Elya menunjukkan cincin yang agak cantik.


“Pandai cik pilih, ini yang latest design punya. ” Puji wanita cina sambil tersenyum dengan bibirnya yang merah saga.


“Latest? Patutlah banyak cantik.” Elya tertawa.


“Ni okay awak?” soal Elya sambil membelek-belek cincin. Dia memandang price tag yang tergantung sama di cincin tu. Mahalnyaa! Mak nenek kau. Huhuhu.


“Hmm, bolehlah.” Balas Hafiz acuh tak acuh.


“Awak, yang ni ok?” Hafiz menunjukkan cincin yang belah rotan yang sangat cantik di matanya.


“Eh, lawalah.” Puji Elya.

Pn. Choong mengeluarkan cincin yang di tunjukkan oleh Hafiz.


Elya membelek harga. Ohmakk! Mahalnya.


“Tak apalah awak.”


“Kenapa?”


“Mahal sangat.”


“Saya bayar lah.”


“I’m your future husband. So, akan datang pun I akan tanggung you. Awak dah minat kan? Ambil je lah.”


Datin Ifah sekadar menjadi pemerhati tersenyum melihat keletah anak dan bakal menantunya.


“Ibu, cantik tak?” Elya menayangkan cincin yang tersarung manis di jarinya.


Datin Ifah mengangguk.


“Jangan lupa cincin tunang. Belah rotan ni selalunya cincin merisik. Sorry lah Elya ye. Lepas beli cincin ni kita akan buat secara adat Melayu ye. Baru rasa meriah sikit. Anak ibu sorang je. Teringin nak merasa.” Datin Ifah tergelak sendiri.


Hari itu dia hanya memaksa mereka berdua berjumpa. Seperti pertemuaan jodoh dalam drama Korea. Tapi kali ini, dia akan buat dari mula.


Hampir 2 jam mereka bertapa di dalam kedai itu. Sekejap berselisih pendapat sekejap mengangguk iya bersama.


Akhirnya 2 bentuk cincin untuk Elya sudah selesai di pilih.


“Hafiz, mana cincin khawin?”


“Hafiz tempah.”


Masing-masing tidak bertanya lanjut. Semuanya sudah kelaparan.

“Kita singgah rumah Elya boleh?”


“Boleh ibu. Elya call makcik kejap ye.”


“Ok.”


Hafiz menghidupkan enjin kereta. Dalam kelajuan sederhana dia membelah jalan raya.



Akhirnyaa. Alhamdulillah. Dah siap akhirnya part 3 lebih kurang pukul 3.18 pagi. Haha.
Do komen. Ada typo atau apa-apa salah jangan lupa cakap. Hehehe.
Thank you sebab sudi baca. Sayang korang.

Adios. Hehe.

Maaf kalau benda ni membosankan. T__T I will try to improve my writing skills. 

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

12 comments:

  1. best sgt..keep writing Aina :)

    Typo : First line Sekejap-sekajap. tau tau line ke berapa dialog Elya "Bibib"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak mimi~~ T___T Hahaha, typoo yang langsung mata Aina tak kesan. lols. Big Thankss kak~ :)

      Delete
  2. suka your cover novel hehe... :D

    ReplyDelete
  3. ha habis jugakk baca . best2 . hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu sebab sudii baca. Omgee. ╥﹏╥

      Delete
  4. Replies
    1. Yupp. Tak akan nak copyy pulak. Tak baikk. Huhu

      Delete
  5. “Petang ni pukul berapa?” Hafiz sudah menggaru dahinya mengguanak jari telunjuk. Iye ke dia gembira. Mana ada. Dia rasa biasa-biasa sahaja.
    typo detected! hehe

    ReplyDelete
  6. Aina ! sangat talented ! suka sangat bila ada tambah unsur2 agama. nice sesangat ! next! ;) hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ... tk thu nk ckp apa.. sronok bca. keep it up

      Delete