Kronologi Pindah Sekolah

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak share pasal life aku. Sebenarnya tahun 2014 ini pelbagai perkara besar berlaku dalam hidup aku. Sangat banyak.

Ya, tahun ni aku pindah sekolah banyak 3 kali. Bukan sebab aku buat masalah atau apa ya. Sebab semuanya aku nak try.
Aku buat timeline untuk bagi korang gambaran jelas tentang perjalan aku pindah sekolah. 

1. Maktab Mahmud XOXO

Aku tak nak cakap MM mana. Sorry. 

Dekat sini aku sekolah selama tiga tahun. Aku masuk sekolah ni sebab aku sendiri yang nak. Bukan paksaan siapa-siapa. Allah yang gerakkan hati aku untuk ke sekolah ini. Insan terpilih bak kata ustaz aku dan ayah aku.

2. SMK XOXO

Aku ke sini hanya untuk Seminggu sahaja. Alasan aku, aku nak ambil sains tulen, sebab MM XOXO tu tak ada aliran sains. Sungguh, kalau sekolah lama aku ada. Aku tak akan sekali-kali jejakkan kaki di sini dan daftar di sini. Even sekolah ni Sekolah Kluster. 


3. MMAS

Di takdirkan oleh ALLAH, Aku dapat Maahad Alor Star sewaktu aku baru masuk seminggu dekat sekolah menengah. Aku terkejut. Tak sangka. Sebab kawan-kawan aku yang lain dah dapat tawaran ke sana 2 minggu awal dari aku. Kira aku lewat sikit. Mak ayah aku happy gila time tuu. Aku pun sama. Haha. Aku sempat bersekolah di sini selama sebulan.

4. MRSM XOXO.

Pada masa yang sama, aku juga minta MRSM. dan tak sangka aku dapat juga. Aku istikharah dan aku ke sana. Beberapa kali dan jawapannya MRSM. Dan aku ke sana. Tak lama kemudian satu masalah menimpa diri aku dan buatkan aku terpaksa tangguh pengajian selama satu tahun. 

Aku rasa dah terjawab kenapa istikharah aku ke MRSM. Masalah besar yang melanda dah hampir selesai. Satu tanggungjawab yang berat di atas bahu aku, inshaa-ALLAH terlaksana dengan sempurna. 

Nanti aku sambung cerita lagi, pengalaman-pengalaman aku di semua sekolah tu. 

Aku tinggalkan korang dengan persoalan yang aku nak korang fikirkan bersama.

Kenapa bila anak dah tak dapat Straight A dalam Exam, sekolah agama di jadikan pilihan? Adakah kerana merasakan sekolah agama hanya untuk budak yang tidak cemerlang akademiknya atau sekadar pilihan sekurang-kurangnya dia bersekolah?

Adakah AGAMA itu pilihan dalam kehidupan? Nak agama, amik. Tak nak, buang? 

Habis,
bagaimana mahu lahirkan Al-Fateh?
Bagaimana nak jadikan hati anak muda sekental Al-Qassam?
Bagaimana nak lahirkan jiwa cintakan ilmu seperti Imam Syafie?

Sekian, Maaf andai terkasar di mana-mana,

Get up readers. Jangan jadi Loser!

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

16 comments:

  1. moga Allah sentiasa permudahkan perjalanan Aina :')

    ReplyDelete
  2. Saya pun pernah pindah sekolah, tahun ni. Pergi sehari, pindah sekolah lama balik. Fasal 'benda tu' (jin) lah.. Memang fikiran saya 50% benda tu kawal. Tak boleh berfikiran waras dah, huhu. Tapi pendapat saya tentang sekolah agama tu, mungkin asalnya parents dia nak dia jadi insan bekerjaya. Tup tup dia tak layak, tumpukan untuk agama pula. Mungkinlah, mungkin. :3 Entahlah.. pilihan masing-masing.Tak semestinya dia tak sekolah agama dia tak berdakwah, dsb kan? ;)

    ReplyDelete
  3. mentaliti harus diubah. ibubapa yg mencorak anaknya.

    btw, thanks aina sebab jadi kawan kite :)

    http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/lepak-sabtu-1.html

    ReplyDelete
  4. bnyaknya sekolah..takpa,pengalaman dapat banyak kan..

    ReplyDelete
  5. x sabar nak baca pengalaman aina pula lepas ni

    ReplyDelete
  6. @Lieya Yaya :) Amin Kak Lieya~ ^^ dan moga terus di beri kekuatan juga~ ^^

    ReplyDelete
  7. @Barniyah Ammara Haha, pada akak boleh je jadi yang ulama moden, maksudnnya. dalam dada ada ilmu agama dan amalkan. pada masa yang sama dia adalah seorang engineer mungkin, doktor, inshaa-allah rasuah dan segala jenis korupsi boleh kurang dengan menguatkan iman dalam hati. tapi dengan caranya mak ayah kenalah mendidik anak awaluddin makrifatullah. awal-awal agama mengenal allah. ^^

    ReplyDelete
  8. @budak betul tu kak, kadang2 ada ibu bapa yang ada kesedaran, dia akan hantar anak ke sekolah agama. :)

    ReplyDelete
  9. @siti zawiah Alhamudlillah, banyak sangat pengalaman yang dapat di timba. boleh bayang macam mana kehidupan di alam uni nanti~ ^^

    ReplyDelete
  10. @Bbwana adienia Hahaha, panjang ceritaa. aina akan cerita satu-satu. hehehe.

    ReplyDelete
  11. Banyak kali pindah sekolah ye? Tak pe, semua yang telah ditetapkan tu adalah yang terbaik :)

    ReplyDelete
  12. Tersentap kejap dgn persoalan-persoalan Aina :(

    ReplyDelete
  13. @sinuha betul2 lama2 baru nampak hikmah dia~ T^T

    ReplyDelete