Ole-ole dari KL.

Assalamualaikum,




Khamis minggu lepas si adik kembar aku tu Kuala Lumpur sebab ada rombongan sekolah. Pergi 3 hari 2 malam. Tapi aku rasa macam dorang pergi sehari je luls. T_T
Cepatnya masa berlalu.

Hantar dorang dekat sekolah pukul 6 petang, bas sampai pukul 7. Good. Dengan masa tu hujan lebat semuanya. Adik aku pulak boleh main aci kejap masuk kereta kejap keluar kereta. Mujur tak demam. Alhamdulillah.

Trip dorang pada hari pertama, kiranya tidur atas bas je lah ye. Dorang ke KL naik bas dan balik naik flight. Ini aku jeles, sebab aku dulu rombongan pergi balik naik BAS je. Sedihh wuu~

Okay apa-apa pun adik kembar aku dah selamat pergi dan pulang ke rumah. Alhamdulillah.

Nak di jadikan cerita, dorang beli hadiah dekat Si Alya tu sampai dua. Dekat aku tak ada. Sedih gila kot. Aku menangis. Haha.

Memang aku boikot budak berdua tu. Geram gila. Aku jalan tak pernah lupa beli apa-apa dekat dorang, sekali droang jalan tak ada beli apa-apa dekat aku. Sob.. sob.. Memang lebat lah air mata aku.

Bukan nak ngungkit, tetiba rasa macam tak disayangi oleh adik-adik sendiri.

Sebabkan si Alya tu dapat dua hadiah, satu baju satu jam. Jadi dia bagi dekat aku jam dan dia ambil baju.

Sedihhnyaaa! Dapat hadiah bekas orang.  T___T

Inilah jam yang di ceritakan.. haha, hot pinkk uolss~ Hahaha, over benoo pinknya. 

Nak merajuk lebih-lebih aku tak sampai hati. Ambil je lah walaupun tak suka. Bukan tak suka jam tu, tak suka dapat hadiah bekas orang..

Pujuk je hati ni sebab kenangkan dorang tu baru 10 tahun.. Hahaha. Tak baik berkira kan.. Tahun depan dorang pergi rombongan lagi.. Aku paksa beli yang mahal-mahal. HAHA. 



Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

8 comments:

  1. huhu,sabor ja la dik..meh datang umah akak makan kek tenangkan hati yang merajuk tu meh..;)

    ReplyDelete
  2. @Bbwana adienia Hahaha, kan best boleh ke rumah akak sekarang? boleh makan kek coklat banyak2 hehe. tenangg kot nanti hati tuu. XD

    ReplyDelete
  3. Haha. Betuah nye la hai ade adik upin ipin gitu.

    ReplyDelete
  4. hahahahah i feel u aina... sabar cyg.. sabar...

    ReplyDelete
  5. @Hikayat Seorang Budak bertuah la sangat lahai.. huhuhu. XD bertuah depa dapat kakak macam kak ros. XD

    ReplyDelete
  6. @TunSha Ayunie hahaha, makaseh sebab memahami~ wuuu T_T

    ReplyDelete
  7. Hehehe..xpela, nanti nek time minta dorg belikan hadiah ye :)

    ReplyDelete