Edit BLOG : Sapphire Blue Template

Assalamualaikum


Before
After



Alhamdulillah akhirnya siap juga blog baby blue ni. Hahaha, penuh dengan gambar member Super Junior kan blog aku ni? Maaflah, itu je yang aku fikir dalam kepala otak. Kalau nak buat doodle, tangan sangatlah SADO.


Kalau letak cartoon nampak budak sangat. Macam lah letak gambar jantan ni matang sangat kaann? Aku cuma nak try new style header. Bagi aku untuk aku lah, Maybe pada korang biasa-biasa je. Tapi tak pe, aku baru belajar lagi kan? Ngeee.

Korang jangan ingat aku ni letak gambar Korea ni semua sebab aku puja eh. Jangan ye. Dorang ni bahan experiment je ye. Nak buat muka artis Melayu, aku pulak tak gamak. Walaupun hensem. Kenapa? Sebab tak pernah jumpa lagi blog yang penuh dengan gambar Nazim Othman , Ammar Bahrin.


Nampaknya kehensemaan lelaki Korea menambat hati gadis-gadis di luar sana. Ecewwahh. Just kidding man.


Well, Kpop semua ini adalah sejarah hidup aku je. Bukan aku tak minat dah. Minat, cuma kurangkan dos dia sahaja.


Kalau dulu penuh dengan poster Korea dalam almari aku masa darjah 6, masa Form 1 aku dah bakar semuanya. Tak sampai hati aku nak jual benda yang tak baik dekat orang. Nanti duit tak berkat semuanya. Susaah nak belajar. Hahaha, kemudia imaginelah apa yang terjadi seterusnyaa. Nak sedekah? Hahaha, nak buat apa, lainlah ilmu yang baik-baik ke apa ke kan?


Benda yang paling aku menyesal sekali ialah, aku beli album. Satu je. Sebab satu album tu lah aku rasa bersalah, Sampai sekarang aku menyesal sebab habiskan duit aku untuk benda tu. Rasa bersalah gila aku support dorang punya life. Sob.. sob.. NAASTAGHFIRRULLAH


Any way, aku nak tanya hampa yang tengah baca blog aku ni ye. Jujur lah ye sayang-sayang sekalian. Apa pendapat anda tentang blog ini. Apa sahaja. Apa sahaja yang tak berkenan dan tak puas hati di minda dan hati anda, sila luahkan di tempat komen ini. Use bahasa yang sedap malaikat belah kanan nak tulis.


Sekian.

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

31 comments:

  1. blog ainaaa semuaaa elokkk jeee syg ! tukaq laaa theme apa pun tetap simple dan kemas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasehh. (^▽^) . kemas tu yang pentingg kan?

      Delete
  2. Replies
    1. Okayy2 jee kott. Mana boleh gilaa hahahaha. ╥﹏╥

      Delete
  3. comel2.. ni msty xtdow ni..hahah
    smart sidebar tuu.. buat la tuto. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Macam selalu lah. Pukul 5 pagi kot baru siap.hahha. ke pukul 4 tak ingat hahaha. Okayy. Nanti kita buat tutorr. ^^

      Delete
  4. satu je akak nk komen...akak SUKA!!!!!! sgt blog ni...new look ni pun cantik!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau gantikan gambar tu, dengan stephen chow..lagi ok kot..nampak lebih menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakk! Hehehe, tapi dia memangg smart~ ^^

      Delete
  6. aku minat kpop cemtu cemtu je tak obvious sangat -.- takde fekdah langsung.

    oh aina akmal. blog anda tersangatlah menambat hati kecilku ini. lawa comel kemas fabs apa lagi. tu yang past dgn home tu pandainya kau buattttt hahaha

    kesimpulannya, aku suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAAHAHA, kannnn? Bagunssnyayaa hang weh. aku dulu terobseess! T.T TER Kayy. Hahaha.

      makasehh, kesimpulannya terima kasih.

      Delete
  7. Yang sekarang ni lagi lawaaaaaa ^^ Sebab nampk lgi colourful, dan ceria berbanding sebelum ni. Tu pendapat saya jelah tapi serius lawa. Header tu mak oyyy, lawa . Maybe scroll bar awak ubah sikit. sikit je sebab sy taknampak kat mana bar untuk scroll. Erk fahm tak ?? hehe
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha, makaseh. seblum ni blog suram raamm jee kann? Sob.. sob. hehe. scroll bar? alamak. orkayy. faham. hehehe./
      thank you! ^^

      Delete
  8. cantik blog aina dengan kaler biru ni..suka laaaaa..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala-ala naik ke awan pulak en? hahhaha. :3 makaseh.

      Delete
  9. ohhh biru yang lembut....
    heheheh jeles jeles jelesss

    ReplyDelete
  10. Kalau nak malaikat belah kanan tulis, aku komen lawa jela. Haha. Aku ingat lagi ayat ibnu batoota, buat apa nak puja dorang, dah la berak tak basuh bontot. Haha. Follow fb ibnu batoota x? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan maksud aina macaam tu. Apa yang aina maksudkan jangan lah cakap bahasa yang kasar. Kalau nak kata tak lawaa pun tak apa. Asalakan jangan cakap Woii geli lahblog hang ni. Kpop2 bagai. Depa tu blaa3. Macam tuu lah aina maksudkan. Bukan minta di puja. Cuma guna bahasa yang nampak kita ada akhlak.

      Delete
  11. Lebih fresh..lebih sejuk mata memandang..comell..

    ReplyDelete
  12. kak masa dok ukm pun peminat tegar kpop jugak. paling minat suju la. donghae dengan siwon my fav! sanggup beli album depa yang a-cha tu. haha. tapi sekarang dah tak layan dah kpop2 ni. tak larat nak kejaq. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann? Bila dah tua2 ni terasa kebodohan menggedik pasal depa.

      Delete
  13. kaksha suka yang sebelum ni.... tapi yang ni also comey jugak... sebab aina kreatif ! boleh tak jawapan kaksha camni??? lalalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tak aina jawab kata jawapan akak kretif? Hahaha. (^▽^). Makaseh. Lain orang lain citarasa. (≧∇≦)/

      Delete
  14. rajin benarlah budak kecik sorang ni tukar tukar.. akak ni agaknya tahun depan lah tukar lagi design.. tangan dok kretip cem Aina nak tukar nak edit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Bosann kak duduk rumah. T T tak tahu nak buat ape hahah

      Delete