Friday, 17 October 2014

Photoshop Tutorial : Header GIF

Assalamualaikum.

So, dah lama sebenarnya tutorial ni di request oleh adik ni. Cuma aku malas. Photoshop punya tutorial bukannya senang, kena sabar. Sambil screen capture sambil kena fikir ayat yang nak tulis.

Adik DianeeyA, esok kalau awak tak buat. Hahaha, jagalah awak. Akak babab nanti.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah.

1.Photoshop. (Tak kisah Photoshop berapa. Macam aku guna CS3)
2. 3 Keping gambar atau lebih yang berlainan rupa.




Buka Photoshop anda, terserah nak size gambar besar mana. 
Background Contents : White



So, aku guna warna grey untuk background. Boleh guna Paint Bucket Tool untuk warnakan dia. 

Bulat biru itu untuk tukar warna.
Bulat hijau untuk tulisan.
Bulat Merah untuk Paint Bucket Tool



Tulis lah apa yang awak nak, tulisan warna tak kisah sebab nanti kita nak masukkan gambar dalam tulisan tu.




Klik Open > File yang awak save gambar. 

CTRL+Clik untuk klik gambar lebih dari satu. Lepas tu klik Open.



Bila dah keluar macam ni, nampak tak bulat merah tu. Klik situ. Minimize window 




Drag masukkan gambar ke dalam Layer pertama yang kita buat tadi. Masukkan dan resize mengikut ke sesuaian.


Susun lawa-lawa yee~ 

Klik Layer 1 satu lepas tu tekan SHIFT di Layer 3 


Right Click + Create Clipping Mask



Tengok semua gambar tu dah masuk dalam tulisan kan?



Kemudian korang invisible kan semua gambar tu dengan cara korang klik tanda mata yang dalam petak tu. So lepas korang klik mata tu dia dah tak ada kan? Kosongkan semuanyaa yee~


Klik Window -> Animation 

Make sure gambar korang cuma highlight satu je. Tengok gambar untuk pemahaman.


Step ni kena ikut betul-betul eh, 

1. Korang klik bagi mata dia ada balik.
2. Lepas tu klik 'New Layer'



Kemudian korang unclick mata di layer satu. Klik mata di layer dua dan tekan simbol new layer.

Ulang step ini untuk gambar yang seterusnya.



Click layer 1 dan tekan SHIFT pada layer 4. Kemudia klik butang arrow yang ke bawah tu, adjust berapa lama korang nak. Kalau aku 'No delay'

Nak tengok hasil dia? Boleh klik button play dekat tengah tu.

Ready to Save!

Klik File > Save for Web & Devices > Save dalam file anda. 


Siap!

Sorry for my bad explaination. Ask me if you don't understand.