NOVEL : SKY LOVE PART 8





“It’s secret belle. One day I will let you know.” - Hafiz Ashraff






Elya mencelikkan matanya. Merenung langit bilik. Cuba mengingati di mana dia berada. Baru dia teringat dia dah berkongsi bilik dengan seseorang. Berkongsi bilik di sahaja, bukan berkongsi katil ye. Tangannya mengagau mencari telefonnya yang di letakkan atas meja sisi katil. Dia menekan punat telefonnya. Matanya terkebil-kebil menahan cahaya dari telefonnya.
5 pagi. Hmm. Memang kebiasaannya seawal ini dia bangun.

Dia terpisat-pisat bangun. Sekali lagi dia tangannya menggagau. Mencari suis lampu di sisi katil.

Dari biasan lampu tidur yang agak malap itu, Elya memerhati Hafiz yang masih lena di buai mimpi. Nak kesian? Tengok tidur pun nyenyak je. Yelah, sofa yang dia tidur tu boleh di buka-buka sampai boleh jadi macam katil. Dalam kesian tak kesian, Elya bangun mendekati Hafiz.

"Awak..awak..bangun. Pergi tidur atas katil." Elya mengoyang kecil tubuh Hafiz.  Hafiz  yang masih mamai hanya menurut tanpa membantah. Comforter yang berbalut di badannya di usung sekali dan dia menyambung lenanya di atas katil empuknya. Elya tersenyum. Sempat comforter Hafiz di betulkan sebelukm kakinya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudu'.

Dia berqiamullail. Sebaik sahaja azan subuh berkumandang. Elya segera  memberhentikan bacaan Al-Quran dan menandanya. Al-Quran pemberian suaminya sebagai hantaran di kucup sebelum di letakkan di tempat yang lebih tinggi. Dia merenung Hafiz, hmm. Nak kejut ke tak? Kejut je lah.

“Awak.. bangun. Solat.” Elya mencuit bahu Hafiz yang berlapik.

“Hmm…” dia merengus.

Assaolatulkhorullminnaumm…” Elya membaca petikan azan subuh. Dengan niatnya ingat mengingatkan suaminya itu dan juga memerli suaminya. Hehehe. Tak baik sungguh.

Elya mengalah. Dia segera menunaikan solat. Lepas solat nanti dia akan gerakkan semula Hafiz. Sebaik sahaja solat, dia menadah tangan dan berdoa. Kerana doa adalah senjata umat Islam, dan Allah tidak pernah jemu dengan permintaan kita.

Sebaik sahaja Elya meraup wajahnya selepas berdoa. Pintu biliknya di ketuk. Tanpa menanggalkan telekungnya dia berlalu dan membuka pintu. Terjengul wajah Datin Ifah dengan telekung masih tersarung.

“Hafiz dah bangun?” soal ibu.  Elya meluaskan bukaan pintu.

“Belum lagi ibu. Tu hah, tengah tidur. Sebelum El solat tadi, ada El kejutkan. Dia tak bangun lagi. Jadi El solat dulu.”

“Hmm..”. Datin Ifah melepaskan nafas yang agak dalam. Wajahnya tuanya yang terlukis rasa kesal dengan anaknya. Sepatutnya anaknya yang membimbing isteri. Tapi ini, terbalik! Isteri yang membimbing suami.

“Ibu? Ibu ok?” soal Elya. Dia mengerti. Mungkin ibu rasa bersalah dan sedih melihat anaknya yang masih terbongkang tidur  tanpa rasa bersalah tidak bangun solat subuh. Hendak di rotan. Sudah dewasa ya amat.

“El..ibu harap El terima Hafiz seadanya.” Ibu memegang tangan Elya. Seolah-olah menyalurkan kekuatan agar Elya terima Hafiz seadaanya.

“Inshaa-Allah ibu. Ibu teruskan doa untuk Hafiz dengan Elya. Doa ibu ni kan tak ada hijab?” Elya mengusap-ngusap tangan itu. Umpama mengusap hati Datin Ifah yang sedang resah.

“Ibu dah solat?” soal Elya. Menukar topik. Agar hati tua itu tidak terus bersedih.

“Ibu dah solat. Solat dengan ayah. Esok kita Jemaah ye. Boleh ayah ke masjid.” Balas Datin Ifah.

“Okay ibu. Inshaa-Allah.” Balas Elya dengan anggukan dan senyuman kecil.

“Ibu nak pergi masuk bilik jap ye. Kalau si Hafiz tu tak bangun. El simbah dengan air panas pun tak apa. Ibu izinkan.” ujar Datin Ifah sambil ketawa. Sempat dia menjeling Hafiz yang masih sedap tidur.

“Haaha, baiklah ibu. Nanti masak anak ibu tu, El tak tahu ye.” Elya ketawa.

"Hafiz Ashraf… oh Hafiz.. awak, bangun. Subuh dah ni." Hafiz menekup telingannya dengan bantal.

“Encik Hafiz Ashraf. Bangunlah. Awak ni macam budak kecil lah.” Kali ini dia tak ada belas. Comforter yang membalut tubuh Hafiz di tarik kuat.  Hafiz yang tidak bersedia apa-apa menyebabkan dia tidak sempat menahan comforter dia di tarik oleh Elya.

“Bagilah lah balik comforter saya… Sejuk ni..” Hafiz merengek.Ustazah singa. Ustazah parrot. Ustazah kerek. Arrghhh!

“Subuh cik abang.” Elya berbisik perlahan di telinga Hafiz. Membuntang mata Hafiz. Terasa bergetar jiwa lelakinya. Namun belum sempat habis dia feeling, bahunya di hadiahkan cubitan halus.

Elya terkekeh ketawa. Tudung di capai. Dalam rumah ini ada lagi sedara-mara Hafiz yang masih belum pulang dan bermalam di sini. Bukannya selalu nak berjumpa sangat. Jadi time-time kenduri macam nilah nak lari dari tugasan harian.


"Ustazah ni memang nak cari pasal dengan aku sungguh la. Arghh!" Bahunya di usap-usap. Apa masalah dia ni. Sudah berbakul-bakul dia merepek kepada Elya dalam hati.  Hafiz bangun dari tidurnya. Baru dia tersedar. Macam mana aku boleh ada atas katil ni? Agaklah ustazah ni nak angkat aku pun. Ish. Aku bukannya ada penyakit sleep walking. Haru!


* * *

"Eh, dah bangun pengantin baru kita ni? Awalnya. Nyenyak tidur semalam?" Mak ciknya mengusik. Elya tidak menjawab. Pipinya sendiri sudah merona merah. Apa hal kau ni El? Bukannya ada apa-apa pun berlaku. Yang kau nak blushing tu pehal? Wat lek wat peace El. Kau je yang over. Mamat tu bukannya ada feeling lebih dengan kau. Kau lupa dia tu kasanova?

"Ada apa-apa yang Elya boleh bantu?" dia mengalih topik. Jangan layan!

"Pengantin baru tak boleh buat kerja lagi. Inai dekat tangan pun tak hilang lagi." Makciknya menolak. Elya memuncungkan bibirnya. Protes merajuk lah kononnya.

“Habis bila El boleh buat kerja? Tak akan nak goyang kaki je?” El mencapai mug yang tergantung di  penyangkut yang berada pulau dapur.  Kerusi di tarik, air kosong di tuang dan di teguk perlahan. Tak akan lah nak dia nak duduk goyang je. Kan tak manis tu. Nanti tak pasal-pasal dapat cop menantu pemalas. Berlagak macam queen. Ish!

Elya memerhati ruang dapur yang luas itu. Kebanyakkan wajah-wajah yang seusia makciknya sahaja, dan dia belum kenal semua ni. Besar rupanya family mak mertua dia ni. Yelah nak harapkan family ayah mertuanya? Semuanya jauh nun di Korea Selatan. Adalah yang datang. Tapi tak ramai dan semuanya tinggal di hotel. Mereka mungkin tidak biasa dengan rumah Melayu.

"Ibu.. Ada yang El boleh tolong." Dia mencuba nasibnya pada Datin Ifah. Ceh, nak bernasib-nasib konon. Ibu berhenti memotong sayur. “Tak apalah El, nantilah.. El pergi jenguk si Hafiz tu. Ibu bukannya percaya sangat dia tu. Lagipun dekat dapur ni dah cukup kakitangan.”  Perlahan suara Datin Ifah memberitahu sambil ketawa. Takut di dengari oleh orang lain pula. Kan tak berapa manis tu. Elya tertawa. Kalau dah begitu kata Madam Ifah, apakan daya hamba hendak melawan? Ceh!

“Elya minta diri dulu ye.” Elya tersenyum. Datin Ifah mengiringi langkah Elya dengan pandangan mata yang penuh bermakna. Dia tersenyum. Elya benar-benar menceriakan hatinya.

Elya menolak daun pintu perlahan. Risau buatnya laki tu tengah buat aksi panas macam semalam? Hah, mau kena heart attack. Elya melangkah perlahan. Di lihat di atas katil sudah kosong. Terdengar bunyi enjin hair dryer sedang memekak di dalam bilik air.  Hafiz sedang mengeringkan rambutnya di hadapan cermin.

Elya menanggalkan tudungnya. Tuala di cari. Rambutnya masih belum kering dengan sempurna. Selalunya di rumah, dia boleh biarkan rambut kering sendiri. Tapi sekarang bila dia keluar bilik dia kena pakai tudung. Hmm. Macam mana nak kering sendiri?

Hafiz keluar bilik air dengan hanya mengenakan seluar track dan tanpa berbaju. Tuala kecil di letakkan di atas kepalanya.  Ya Allah, mamat ni.. memang suka agaknya kalau tengok aku mati awal. Yelah.. dia bukannya sayang aku pun.

"Reti pulak bangun ingatkan nak terbongkang atas katil tu sampai esok." Elya memerli. Sebenarnya dia lebih kepada menutup debaran di dada yang menggila melihat Hafiz yang tanpa segan silu menayangkan tubuhnya yang terdedah itu.

"Hahaha. Cakap pasal katil, macam mana saya boleh ada atas katil? Awak angkat saya eh?" Hafiz menjongketkan keningnya. Elya sudah berkerut-kerut dahinya memikirkan soalan suaminya. Aku nak dukung dia? Pandai awak buat lawak Encik Hafiz.

"Encik Hafiz Ashraf awak ingat saya ni badang ke apa? Pagi tadi, saya suruh awak tidur atas katil, awak ye ye je. Lepas tu terus awak tidur atas katil." Elya mencebik. Tapi matanya di kalih ke tempat lain. Merenung lampu tidur yang cantik menghiasi ruangan bilik tidur ini.

"Mana la saya tahukan, saya tersilap khawin dengan badang." Perlahan sahaja Hafiz membalas.

"Apa awak cakap? Ulang lagi sekali."

"Saya cakap.. awak badang." Balas Hafiz. Dia merenung Elya. Elya tidak memandangnya. Dia tertawa melihat cebikan Elya.


“Awak renungkan apa? Awak cakap dengan saya ke awak cakap dengan lampu tu?”  Hafiz masih tegak berdiri memerhatikan Elya. Elya sebenarnya sedar kelakuan Hafiz. Dia menjeling dengan ekor matanya. Cik abang pergilah pakai baju!

“Kenapa awak tak tengok saya? Takut melting eh?” soal Hafiz nakal. Seronok melihat Elya sudah terkial-kial. Pandangan Hafiz turun ke badannya sendiri. Tidak berbaju. Hehehe. Seronok sakat budak perempuan ni.

“Awak pergi lah pakai baju.” Elya tidak menjawab soalan maut Hafiz. Gila agaknya dia jawab melting. Bukannya melting. Tapi fainting. Hafiz makin galak mengusik. Ada idea menggila di otaknya.

Hafiz melangkah perlahan ke arah Elya. Elya yang perasan terus mengalihkan padangannya tepat ke anak mata Hafiz.

“A..apa.. apa awak nak buat?” Sudah dia tak pedulikan tubuh Hafiz yang tidak berbaju tu.

“Balas dendam.”  Ujar Hafiz tanpa beriak. Elya terkedu.

“Balas dendam untuk apa?”

Hafiz tidak menjawab. Kakinya semakin mendekati Elya. Elya kaku. Hafiz mendekatkan wajahnya ke wajah Elya. Elya menjauhi. Hafiz mendekatkan lagi sehingga Elya terbaring di atas katil. Wajah Hafiz yang serius itu membuatkan Elya kecut dan diam dan tidak membunyikan sebarang bunyi. Tangannya menutup wajah. Takut!

Hafiz menongkat tubuhnya dengan tangannya. Mengunci Elya di antara dua lengannya. Bibirnya menarik senyuman nakal. Ketawa yang di simpan cuba di tahan sebaik mungkin.

“Rambut awak ni basah. Lain kali keringkan dulu. Kalau biar lama-lama nanti boleh rosak rambut.” Hafiz menyentuh rambut Elya yang agak lembap.  Elya mengalihkan tangannya yang menutup wajahnya. Hafiz tertawa. Debaran menggila di dada Elya sudah hilang. Walaupun tidak banyak. Cukuplah membantu untuk dia bernafas dengan separuh normal.


Elya menolak tubuh Hafiz. Geram! Sukalah tengok aku macam nak putus urat saraf otak badan semua dengan perangai dia yang macam syaitonnirajim! Astaghfirullah. Tak baik kau kutuk laki kau. Ish. Dosa kering je aku dapat. Mamat ni pun kalau nak melawak boleh tak cari lawak yang boleh bikin aku tak sakit jantung. Dasar tak sayang bini!

Hafiz sudah tertawa di atas katil. Seronoknya dapat kenakan isteri dia. Hafiz merenung Elya dengan wajah cemberutnya.

“Gelak lah banyak-banyak lagi. Elok sangat lah buat peranagai macam tu.” Dingin suara Elya bercakap. Namun, sikit pun tak terkesan di hati Hafiz. Lagi di bantai gelak adalah.

“Pergilah keringkan rambut awak tu.”

“Mana saya reti.”

“What?!”

Mamat ni! Overnya nak terkejut. Ish!

Hafiz mencapai tangan Elya dan di bawa ke bilik air. Langsung tidak di pedulikan wajah Elya yang masam kelat itu. Elya tidak soal banyak. Hanya menurut sahaja. Pengering rambut dihalakan ke arah rambutnya.

Elya menjeling Hafiz dari biasan cermin. Hafiz khusyuk mengeringkan rambutnya. Dia tak dapat menahan diri dari tersenyum sendiri. Hafiz berdehem. Menghilangkan rasa janggalnya. Elya menundukkan wajah. Hafiz merenung cermin, dan tersenyum manis.

“Kali pertama ­­­—” Tangan Hafiz bergerak lincah mengeringkan rambut El.

“Em?”

“Kali pertama saya keringkan rambut orang.”

“Yeke? Kenapa nampak macam dah biasa je?” Elya cuba mengawal rasa terujanya. Teruja kerana menjadi orang pertama? Mungkin.

“Muka saya ada nampak macam main-main ke?”

“Who knows? You’re playboy after all. Sweet talker.” Balas Elya sambil menjungkitkan bahunya. Mereka merenung sesama sendiri dalam biasan cermin.

“Tak suruh percaya pun.” Suaranya kedengaran kecewa. Wajahnya sudah bertukar menjadi kelam. Dia sendiri tak faham kenapa dia rasa kecewa kerana tidak dipercayai oleh isterinya.

“Bunyi macam merajuk je?”Elya mengusik. Ya, dia sangat suka mengusik lelaki ini. Dia sendiri tidak sangka yang dia berani mengusik lelaki di belakangnya ini. Mungkin sifat semula jadi yang tertanam sejak dari kecil lagi kot. Haha, apa punya ideologi lah kau ni El. Merepek.

“Tak de masa saya nak merajuk.” Suaranya? Masih dingin.

Elya membisu. Malas dia nak bertekak dengan Hafiz lagi.

“Dah siap.”

Thank you.” Elya memusingkan tubuhnya ke belakang. Woahh! I need oxygen! Jarak mereka sangat dekat.

Enjoying the view?” usik Hafiz. Sengihannya sudah melebar. Seronok dapat tengok muka itu terkial-kial. Hafiz cuba melangkah mendekati Elya. Dah lah jarak yang ada hanya lah 2 jengkal. Gila agaknya mamat ni!

“A…awak.. ibu panggil kita makan.” Elya sudah tidak betah melayan perangai suaminya. Cukup. Dia perlu pergi ke bawah. Boleh mati awal kalau duduk dengan mamat ni.

“Yeke? Saya tak dengar pun. Awak salah dengar kot.” Bibir Hafiz mengukir senyumannya. Dah lama tak rasa seronok begini. Selama ini dia keluar pun hanya sekadar lepak di litar. Tidak pernah terlintas di hatinya nak tackle mana-mana gadis yang sentiasa meliar di litar. Mungkin biasalah dia lelaki normal suka wanita seksi. Cuma, hatinya tak pernah terbuka untuk kenal. Untuk usik mengusik macam ni.. jauh sekali.

Elya tidak menjawab. Sebaliknya kakinya melangkah keluar dari bilik air. Pintu walk-in wardrobe di tolak. Teruja melihat berpuluh-puluh baju kemeja yang tersusun kemas. Mengikut tona warna. Koleksi jam tangan mewah berada di dalam laci lutsinar di susun kemas. T-shirt di seterika dengan kemas. Elya menggeleng. Patutnya masa dia masuk tadi kena ada efek muzik. Baru bertambah kejakunannya.

Elya segera mencapai tshirt yang berwarna merah dan keluar dari situ.  

Elya menyuakan baju kepada Hafiz dengan wajahnya di palingkan ke arah lain. Hafiz menyambut dengan senyuman. Malu lah tu.

“Thanks.”

“Hmm..”

“Saya turun dulu.”

“Jamkkhanmanyo” Pintas Hafiz.Dia membentulkan rambutnya. Elya merenung Hafiz dengan padangan tertanya-tanya. Cicakmanyo?

“Wae?” Hafiz merenung Elya aneh pula. Pelik di tenung begitu. Mereka berdua masing bingung sesama sendiri.

“Tadi awak cakap apa? Cicakman-yo?” Elya sudah mengerutkan dahinya. Hafiz menepuk dahinya. Apasal aku ni? Aku ni duduk dekat Malaysia. Khawin dengan orang Malaysia. Bukannya khawin dengan Kim Tae-Hee ke Sandara Park. Ketawanya meledak. Elya makin pelik.

“Awak kutuk saya eh?”

“Aneayo—” Dalam sisa tawa dia cuba menafikan.

“Elya.. cicakman yang awak cakap tu saya cakap, jamkkhanmanyo. Maksud dia. Wait. Wae tu maksud dia kenapa. Dan anaeyo maksud dia tidak. It’s hanguk. Korean language.”

Elya mengerling lelaki di hadapannya ini. Lupa. Dia nikah dengan kacukan Korea. Hmmm..nampaknya dia kena belajar bahasa Korea. Mana tau dia ada pasang awek dekat Korea tak pun aku di kutuk olehnya.

“Asiff jiddan. I’m not Korean.” Balas Elya sambil tersenyum. Mungkin laki dia tak faham bahasa arab.

“Maaf awak di terima.” Hafiz tersenyum. Elya tersentak. Dia faham arab? Ish. Dia mula musykil sesuatu tentang suaminya.  Tapi tidak terkeluar pula soalan di bibirnya.

“Awak tak layan ke drama korea, lagu korea?”soal Hafiz menyembur sedikit wangian di tubuhnya.

“Not my taste.” Balas Elya sambil mencebik. Semuanya plastik! Ewww.  

“Habis saya ni?”dia cuba mengorek tentang Elya. 

Elya hanya mejongketkan bahunya sambil matanya di larikan ke arah lain.

“Baik awak cakap.” Ugut Hafiz. Wajahnya agak tegang.

“Cakap apa?”

“Dah awak cakap orang Korea not your taste. Then how about me?”

“You’re different.” Balas Elya.

“Different?” Hafiz menjungkitkan keningnya.

“Awak.. Boleh tak kita turun dan makan?” suaranya dileretkan. Meminta belas kasihan lelaki itu. Dia sudah malas nak bertekak. Sebab akhirnya suami dia akan menang dengan usikan yang boleh buat dia kena heart attack.

“No.” dia berdiri di depan pintu masuk.

“You’re different because your mom Malaysian-American.” And because I love you. Namun ayat yang selebihnya hanya tersangkut di tekaknya. It’s so cheesy!

“Not because you love me?” Hafiz masih mengusik.

“Encik Hafiz Ahsraff. Can we just stop? I’m so hungry. Please.”

“Okay, let’s go belle.” Dia mengalah. Kesian pula di lihat gadis itu tidak henti-henti di sakat olehnya. Hafiz menghulur lengannya. Meminta isterinya meletakkan memeluk lengannya. Sweet lah kononnya.

“Apa maksud belle ni pulak?” dia geram. Kenapa lelaki ni suka bahasa cakap bahasa yang dia tak faham.

Hafiz mendekati Elya. Suaranya berbisik perlahan.

“It’s secret belle. One day I will let you know.”

Adrelinenya sedang di pam dengan laju melalui vena. Ahh.

With his one move he totally drives me insane. Ops! Terspeaking pulak.

“Jom. Saya lapar.” Tanpa amaran lengan Elya di tarik. Elya tidak membantah. Hanya menurut sahaja langkah Hafiz. Lagipun dia betul-betul lapar.


* * *

“Korea?!” Elya sudah tersedak dengan air yang sedang di minum. Tak senonoh langsung! Depan bapa mertua, mak mertua dan saudara-mara pulak tu. Hang ni memang ni memang tak padan dengan imej sungguh Elya. Tudung labuh tapi perangai huru-hara.

Kadang-kadang dia geram dengan dirinya sendiri. Dia cemburu dengan seniornya yang lemah lembut. Kadang-kadang buat dia termalu sendiri. Cakap pun lemah lembut. Kalau marah pun tak tejerit dan terlolong. Tapi..boleh rasa mereka marah. Aura itu penting. Aku ni, aura apa pun tak ada. Hiks.

Hafiz di sisi memainkan peranan. Cawan yang berada di pegangan Elya di ambil dan di letakkan di atas meja kopi. Tangannya menepuk-nepuk dan mengusap belakang tubuh Elya. Kesian pulak melihat isterinya yang sudah tersedak dengan air teh suam. Wajahnya juga ikut megerut melihat wajah isterinya yang berkerut seribu menahan pedih di tekaknya.

“Hafiz tak bagitahu Elya lagi ke?” soal Dato Ammar.

“Hafiz lupa.”

Ini semua salah laki aku lah ni. Kalau dari awal dia cakap ada majlis resepsi dan honeymoon dekat Korea tak adalah dia jadi mangsa korban gara-gara tesedak. Elya masih batuk. Cuma batuknya sudah berkurang.

Tangan Hafiz masih dibelakang Elya. Elya mengerling sekilas ke arah Hafiz dan membetulkan duduknya di atas kusyen empuk. Datin Ifah hanya mampu mengerling sahaja memandang lovebird di hadapannya. Haih. Suka berdrama.

“Kita akan buat majlis dekat sana dalam seminggu-dua lagi. Untuk perkenalkan menantu cucu keluarga Lee.” Ujar Dato Ammar.

Elya mengangguk. Perit di tekaknya mash terasa. Elya hanya mendengar segala agenda yang akan di lakukan. Sesekali dia dan Hafiz akan berselisih pendapat. Dalam tak sihat tu masih ada daya nak bertekak dengan laki.

* * *

Elya menolak daun pintu. Tudungnya di tanggalkan dan di sangkutkan di penyangkut. Punggungnya di henyakkan di kusyen. Alat kawalan jauh tv di tekan. Dari satu siaran ke satu siaran dia menjelajah. Tapi tak ada yang menarik minatnya.

“Awak nak bagi tv tu meletup ke?”

“Opocot!” Elya melatah. Dia menoleh ke belakang. Merenung Hafiz yang sudah berdiri tegak di belakangnya. Dia menghela nafas berat.

“Apa salahnya. Laki saya orang kaya. Setakat tv macam ni, sepuluh biji lagi boleh dia beli.” Balas Elya selamba.

“Bak sini.”

“Apa?”

“Remote tu. Bak sini.” Hafiz menghulurkan tangannya.

“Tapi saya ambil dulu. Kalau awak nak, awak pergi lah cari yang lain.”

Hafiz meraup mukanya. Ustazah ni kalau sehari tak cari pasal memang tak sah. Dia duduk di sofa di kiri Elya.

“Awak tak boleh tengok tv banyak-banyak nanti hati gelap.”

Elya diam. Malas dia nak bertekak. Tangannya berhenti menekan alat kawalan jauh. Sudahnya rancangan National Geografi yang menjadi tontonannya.

“Kalau tengok benda ni hati tak gelap.” Ujarnya sambil bantal kecil yang di dalam pelukannya di eratkan. Alat kawalan jauh di letakkan di meja kopi. Hafiz hanya merenung dengan ekor matanya.

Senyap. Tidak ada siapa yang membuka mulut. Hafiz membetulkan bantal. Dia membaringkan tubuhnya di sofa. Lengannya di letakkan di atas dahi. Reti pulak mereka berdua ni berhenti bertekak.

Elya merenung jam. Sudah hampir Zohor.

“Lepas awak solat nanti kita keluar.” Hafiz memejam mata. Dia tahu sebentar lagi isterinya akan tanya dia soalan..

“Awak tak solat?” Elya menggeleng sendiri. Dia sudah agak jawapan Hafiz. Tak perlu di tanya sepuluh kali. Dia bingkas bangun. Alhummahadiwahdikum . Perlahan doa itu di bacakan di dalam hati. Jauh di sudut hati Elya, dia berharap sangat selepas dia membaca doa itu suaminya akan bangun dan solat. Tapi apa kan dayanya. Dia cuma hamba. Bukan Tuhan. Hanya Allah yang tahu bila masanya. Elya menghela nafas berat.



* * *
“Eh nak kemana ni? Kemain sendondon baju.” Tegur Datin Ifah sebaik sahaja terpandang Elya turun dari tangga. Tadi dia ada nampak Hafiz juga mengenakan baju yang serona dengan Elya.

“Hafiz ajak keluar –” belum sempat ayatnya di habiskan Datin Ifah memotong.

“Abang.” Tegur Datin Ifah. Dia tersenyum memandang wajah Elya yang kebingungan. Dia menarik Elya mendekatinya sedikit. Suaranya diperlahankan. Pada saudara mara lain, mereka sangka Elya dan Hafiz berkhawin kerana cinta sama sendiri. Hakikatnya, hanya Elya sahaja cintakan Hafiz. Hafiz hanya menurut permintaan.

“Abang Hafiz. Elya patut bahasakan dia macam tu, sebagai tanda hormat kepada suami. Walaupun ibu tahu Hafiz tu –”

“El faham ibu. Maafkan El. El tak sengaja.” Elya cepat memotong. Dia tak nak mertuanya terus di hurung dengan rasa bersalah. Datin Ifah tersenyum. Walaupun berat bibirnya nak menyebut perkataan abang tu, tapi apa salahnya? Tanda hormatkan suami.

“Dah pergi cepat. Hafiz dah tunggu dekat dalam kereta.” Datin Ifah mengusap bahu menantunya itu.

“Baik ibu. Ibu ada apa-apa nak pesan? Nanti El dengan Ha..Abang Hafiz boleh belikan.” Dia tersengih.Cuba membiasakan panggilan baru itu.

“Tak ada apa-apa ibu nak pesan. Hati-hati kat jalan. Jangan bagi Hafiz tu merempit sangat dekat tengah jalan.” Pesan Datin Ifah sambil tertawa. Elya mengangguk.

“Elya nak kemana?” soal Dato Ammar. Gembira dia melihat menantunya yang lemah lembut itu. Dia baru selesaikan kerja pejabatnya di bilik bacaannya.

 “Oh, Abang Hafiz ajak El keluar kejap. Tak tahu nak kemana. El ikut je.”

“Yelah. Hati-hati.”

“El pergi dulu ye.” Elya menghulur tangan untuk bersalam dengan ibu dan ayah mertuanya sebelum dia menghilangkan dirinya ke dalam perut kereta.

“Lamanya.”

“Sorrylah. Berborak dengan ibu dengan ayah kejap sebelum nak keluar tadi.” Dia membetulkan duduknya. Sempat dia mengerling Hafiz yang mengenakan kaca mata hitam dan baju mereka berdua sendondon. Ungu. Tak sangka. Jodoh mungkin. Elya tersenyum kecil.

“Apa yang awak sengihkan tu.” Matanya pantas menangkap senyuman kecil Elya itu.

“Tak ada apa.” Elya membalas pendek. Dia ni semua benda aku buat semuanya nak tanya. Biasalah anak murid yang bijak kan?

“Pakai seatbealt tu.” Hafiz menarik seatbealtnya. Elya tidak mengendahkannya.

“Awak dengar tak apa saya cakap?”

“Tak nak la. Rimas.” Selama ni pun bukan dia pakai sangat pun. Kalau dia pakai pun bila dah nampak polis dari jauh atau masa perjalanan jauh je. Setakat nak pusing bandar je, baik tak payah.

“Ke awak nak saya pakaikan?” Hafiz tersenyum nakal. Elya segara menoleh ke sisi. Memandang wajah Hafiz bagai mahu di telan. Tak pernah kering ideanya untuk menyakat Elya. Hafiz ketawa.

“Suka hati awaklah.” Hafiz mengalah. Namun senyuman masih belum hilang. Elya sudah mengigit bibir bawahnya. Tak habis-habis nak mengusik bukan-bukan. Geram! Sesuka hati dia je nak mengarahkan aku itu ini.  Hafiz mengundurkan kereta sebaik sahaja pintu pagar terbuka.

“Apa awak borak dengan ibu ayah?”

“Tak ada apa.” Hafiz mengerling Elya di sebelah. Apa kena pulak dah minah ni. Orang tanya sepatah di jawab sepatah.

“Semuanya tak ada apa. Awak ni kenapa? Marahkan saya ke?” Matanya sesekali mengerling Elya yang senyap tiba-tiba. Macam dah hilang paruhnya.

“Huh? Mana ada saya marah. Saya cuma malas nak cakap. Letih.” Elya mengelak untuk terus di soal siasat lagi. Tak akan dia nak cerita ibu suruh dia panggil Hafiz abang? Ish. Maunya si Hafiz tu mengusik hingga akhir hayat. Dan lagi, tak akan dia nak cerita dia tersenyum kerana baju mereka sama? Elya menggeleng sendiri. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Memerhati segala kenderaan yang lalu.

Hafiz mengurut-ngurut dagunya. Elya masih senyap. Tangannya menekan punat radio. Channel radio Korea berlegar di ruang udara. Elya menutup. Hafiz menekan kembali. Elya menutup. Hafiz menekan semula tapi kali ini tangannya di letakkan di punat radio. Elya merengus geram. Dia cuba kembali menekan punat radio. Namun tangannya bersentuhan dengan Hafiz.

Mereka berpandangan seketika. Sesaat, dua saat. Hafiz berdehem. Elya melarikan tangannya. Sudahnya dia biarkan sahaja radio siaran korea yang entah apa-apa itu berkemundang dalam kereta. Hafiz ikut menyanyi perlahan. Nampak macam feeling betul. Lupa, bahasa dia.

“Kita nak kemana ni?” soal Elya setelah 4 buah lagu di radio berdendang.

“Awak nak pergi mana?” soalan berbalas soalan.

“Pergi kelab dangdut nak tak? Dah lama tak pergi.” Selamba Elya membalas.

“Too bad. Kelab dangdut tak buka siang-siang macam ni. Kalau awak teringin nak lepas gian, malam ni saya boleh bawa awak pergi. Boleh?” Elya mencebir. Aku nak lepas gian ke dia nak lepas gian? Ish. Nauzubillah.

“So, selalu lah awak ke sana?” suaranya sudah bertukar serius.

“Never. saya selalu ke private pub je. Just layan lagu and karaoke. Tapi saya jarang ke pub. Bau arak dan smoke, saya tak tahan. So just sometime. Pergi pun sebab kawan-kawan yang ajak. Sebab saya tak pernah minum. Just drive them home. You know, dorang mabuk sampai tak ingat dunia. I lebih suka ke litar. –” 

Hafiz tidak menghabiskan cakapnya. Keretenya di berhentikan.


“We’re here belle. Jom buat passport.” Hafiz mematikan enjin kereta. Buat passport? Oh lupa. Lagi dua minggu mereka akan ke Korea. Elya segera turun dari kereta.  






Finally! Chapter 8 have revealed. It finishes with 4000+ words. OMG! Really thank you for reading this chapter. Maaf di atas segala kelewatan. And big sorry because this chapter is so cheesy. Hehehe. Hope you guys enjoy ye. Feel free to comment. But I was enjoying writing this chapter. Hehehe. My sister also loves this chapter so much.

Facebook : Aina Akmal
Instagram : aina_aqmal
Wattpad : AinaAkmal
Blogger : nurainahanis.blogspot.com

Follow me, and let me know. ^^

Loves,
AinaAkmal

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

15 comments:

  1. nice one ! Jie pun enjoy baca chapter ni. dpt ilmu baru ! 3 words bahasa korea tu. hehe. Belle tu apa ek? hehe. Jie mmg mcm el, tak tahu menahu pasal bhsa korea. dua tiga patah prkataan ja kot yg tau. haha. Nak g korea? Wohoo.. ok. tak sabaq nak tunggu part2 kat korea. hehe.

    keep it up, dear ! rasa semangat pulak update bab baru TAC. huu.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belle tuu? Hahhaha. Tak boleh cakap lagii. Kena rahsiaa dulu. Suprisee! Hehehe

      Delete
  2. Wah..dah ada part 8..x sbr Kak wana nak baca..bookmark dulu.nanti bila dah x sibuk akak datang sini semula baca ya dikna..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okayy kak wana. Hehhee. Bila free singgah lah sini. Sky love ni.. Inshaa Allah tak kemana. ^^

      Delete
  3. Dikna dah update kat wattpad ke sky love ni?sbb hari tu Kak wana baca part 1 saja di wattpad..hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat watt pada aina update sampai part 5 je dulu. TmT

      Delete
  4. Best! :D Sangat enjoy bila mula baca dari awal sampai habis tak putus-putus. Lain kali nak update novel, tulis panjang dulu baru publish ye. :3 (Suka hati je~)

    p/s: Kenapa mencebir? Bukan mencebik ke? Atau saya yang salah? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih kurang je kot makna diaa. Hehehe

      By the way thank you baca adikk manisss. Akak hargai sangatttt. Thankk youu gilosss. Hehehe. den terharu gilosss. Huaahh. T T

      Delete
  5. ish3 kite tekun baca satu-satu kikiki. dah part 8 dah. chaiyok Aina! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bacaaaaa jugaaa ehh? Thankk youu so muchh. Huaahhh. Sobb sobb. T.T

      Delete
  6. Salam. Aina, ada baca tak akak pm kat FB?
    Nanti pilih tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Aina ada baca. Thank youu ^^

      Delete
  7. Assalammualaikum .. Best ! Tk sbar nk bca lgi ...^^ Apa mksud belle tu? Pstu apa mksud ideologi n gian eh ? Prnh dngr tpi lupa mksud. Nti kosa kata yg bru jmpa blh msuk krangan! ^^ *haha poyo*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belle tuu? Jeng jeng3 kalau cakap awal-awal tak suprise la darling. Hehehe.

      Ideologi tu pemikiran. Gian tu teringin. Hahhaha. Gian tu tak tau boleh masuk dalam karangan ke tak. Tapi kalau ideologi boleh masuk. ^^

      Delete
  8. Aina suka tulis novel eh? Mesti banyak membaca kan? Keep it up!

    ReplyDelete