Terrr-Reunion 6 Tabah'10

Assalamualaikum

Halllloooooo semua. Beberapa hari lepas, aku terjoin secara tersengaja atau tak tersengaja untuk perjumpaan kelas masa aku darjah 6 dulu. cerita dia, memang ayah aku memang tak kasi join reunion kelas ni sebab campur laki perempuan. So masa first reunion tu aku sedih gak lah. nak jumpa kawan-kawan. huhuk. tapi ayah aku ni dia kenal sangat anak perempuan dia macam mana.

Aku faham ayah aku nak aku jaga batas laki perempuan. Ya aku faham. sebab tu aku tak pergi. aku pun segan jugalah nak jumpa budak laki. dah beberapa tahun aku tak bercakap dengan laki macam budak-budak sekolah. kalau aku cakap pun, dengan ayah je. haha.tak pun pakcik atau pun urusan penting je. lol

Aku dengan kawan masa memang parents jenis tak bagi keluar nak melepak tak pasal ni. haha. Walaupun aku teringin, tapi aku faham sebab munasabab kenapa parents tak kasi keluar.

Beberapa hari sebelum hari kejadian, grup whats app aku tak lah kecoh mana pun. aku pun tak faham. Aku je kecoh sorang-sorang. sedih hidup. Adalah mr. manager tu ajak buat makan-makan untuk second time ni. nampak gaya kali ini macam ramai lelaki, perempuan macam tak join sangat.

Pendek cerita, kawan baik aku ni sehari sebelum tu ajak aku keluar. Pergi naik basikal lah, pergi beli barang lah, nak teman aku cari tusyenlah. tapi satu apa tak jadi sebab aku tertidur. sedihnya. esok tu, dia rayu dekat aku ajak keluar teman cari barang. Aku ni manusia baik hati, cepat beno kesianya. so aku ikut.

Paling bestnya, dia dengan aku sama-sama geliga. Nak pergi spy dorang punya reunion. haha.

Ayah aku hantar pergi rumah dia, then kitaorang pun berjalan.

sebab dua-dua orang perut tengah lapar, dia malas masak. aku pun tak makan lagi, dua-dua pun pergi KFC. tu je nampak. Mula-mula aku cadang nak suruh dia beli barang dia dulu, tapi dia cakap pergi makan dulu. sebab nanti tak lah over sangat kata nak spy dorang. Wooahh. Genius! HAHA. Kami masuk ke KFC 15 minit awal rasanya.

Masa kami dah makan dan date berdua, mula muncul mr.manager. HAHA. Dia tengok aku. Budak sembang tak mau datang, tengok-tengok tengah pelahap ayam kicap KFC. haha.

aku tak snap gambar sebelum makan. so google je lah. 

dah dalam 15 minit semua dah sampai rasanya. ahaha. Bila semua dah ambil order semua, dan kami baru betul-betul dah habis makan. Dorang dah ajak makan sekali , siap datang ke meja lagi ajak makan. sebab semua dah ajak kami makan sekali, kami pun ehem, dengan malu-malu kucing dan jalan ala-ala kucing pergi join makan.





Apa yang depa ni order pun aku tak tau. HAHAHA. Tapi tengok-tengok pakat sua kentang dengan aku. Huuuu. Sayangg sangat. LOL. miss gila zaman dulu-dulu. Ehem. Aku je underage lagi. Kononnya. ahaha. 

Satu best dengan budak laki ni, TAK BERKIRA. serius. Aku salute sangat. Hiks. 



Not even half of class pun join. Aku dengan kawan aku tu tetiba je muncul k. Lagi lawak ayah aku masuk KFC sebab cari aku. HAHA. Cuak gila weh. Aku sembunyi dekat kawan aku kejap. Kawan-kawan aku memang tahu aku bukan nak join sebab ada laki.

So dorang semua cuak juga babe, takut aku kena marah. AHAHA. Siap tanya dekat grup wassap lagi. Aku terharuu weh, rasa terharu sangat.

Ayah aku tak marah. Lega. Aku ingat ayah nak kata, yang aku ni tipu ayah sebab keluar dengan lelakii. Tak ayah.. Anak ayah bukan macam tu.

Masuk-masuk kereta aku tanya ayah marah ke. Ayah aku cuma jawab ayah aku marah sebab cari aku tak jumpa. HAHAHA. Tu je sebabnya. No phone aku yang baru ayah aku tak save, sebab tu lah hahah tidak boleh dihubungi.  Lepas aku dah tengok ayah cool down sikit, aku pun cerita dekat ayah aku. tapi tak cerita direct, aku cerita dekat adik aku tapi sengaja aku cakap kuat-kuat. supaya ayah tak salah faham..

Hahaha. Kalau sekali ayah tak percaya aku.. aku tak tahu lah..

One day yang macam roller coaster. Even jumpa dalam 2 jam, aku bahagia sangat. Hehe.
Okay till then, love.


Aina Akmal






Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

3 comments:

  1. Hahahahahaha comel je, ter-reunion eh :P

    ReplyDelete
  2. aku baca entry kau pun macam roller coster hahaha. aku ingat hang kena cepuk dah dgn ayah hang. hihih. story kau happy ending. yeahh. *tepuktangan*

    wei terliuaq wei tgk ayam kepsii tu. XD

    ReplyDelete
  3. bestnya reunion. sy pon rindu nak jumpa kawan masa sekolah dulu. dah lama ta jumpa depa :)

    ReplyDelete