Hectic week and pathetic me.

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum ♥

Aku bergolek atas katil sebab kekenyangan makan 2 slice pizza dan mee rebus sebungkus yang di beli dekat pasar malam lepas balik sekolah tadi. Aku beberapa hari ni banyak menghabiskan masa aku dekat bilik seni sekolah aku selama beberapa hari.

Sebenarnya esok ada hari sukan. so beberapa hari ni aku dengan kawan-kawan aku yang lain bertungkus lumus untuk menyiapkan hiasan rumah. Aku sebenarnya 2 hari lepas memang aku bersemangat gila nak siapkan design ala-ala castle la kononnya.

sekali turun..  dekat padang..

aku rasa macam nak menangis je.

dekat khemah kitaorang langsung tak ada cikgu datang. langsung tak ada cikgu perempuan yang datang tolong.

and ada cakap cikgu rumah sendiri pergi tolong rumah cikgu lain. ahahahhahahaha. maharaja lawak apakah ini?


this is my first time handling this, i don't know.. maybe my bad. Aku dah tak kisah esok. hiasan rumah yang paling teruk pernah aku tengok.

khemah kitaorang penuh dengan kotak je. no ribbon, no flowers, aku rasa aku ni sangat menyedihkan. dan form 5 rumah aku hanya budak kelas aku je weh. aku memang rasa macam nak maki je. aku betul-betul dah tak ada semangat nak siapkan semua ni. aku rasa macam nak biarkan je semua ni.


aku rasa macam tak nak datang sekolah je esok.

apa jadi dekat hiasan rumah aku dah tak nak tengok dah. aku budak baru dekat sini. nak pergi beli barang semua.. ddorang tak rancang betul-betul. dan duit habis ratus ringgit macam tu je.

dan hasilnya? hahaha aku rasa macam sampah. aku rasa lah. i'm sorry.

everything turns upside down. aku dah stress gila. nak harap junior semua.. aku tak sanggup. tapi form 5 and 4 langsung tak ada. muncul lepas tu hilang.


aku sedih gila.

balik sekolah tu terus aku macam nak menangis. masuk-masuk kereta je terus aku buat-buat ketawa. tinggal masalah sekolah di sekolah.

ayah aku dah tengok muka aku cemberut dan adik-adik lapar, terus ajak pergi pasar malam. huhu.
thank you ayah. love you so much


and bout tomorrow? lets forget bout it. i'm sick. --'

bye.




4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wordless Wednesday : Berdoa

Aina Akmal 0 Comments

Assalamualaikum ♥


Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. ^^





0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Glucose lebih.

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum

Hari ini hari ahad, hari pertama dalam minggu untuk sesi persekolahan di Kedah dan serata negeri yang lain. Actually I don't know lah kenapa hari ini seharian aku tak berhenti bercakap. Dari mula aku pergi ke dewan untuk perhimpunan rasmi sampailah sekarang. //cakap bahasa tulisan lol.

Actually ada beberapa member aku dekat sekolah lama aku cakap aku ni matang sangat. ada beberapa kerat yang respek gila dekat aku sampai aku cakap tak payahlah cakap bahasa comel sangat. cakap je aku hang. i dont mind at all.

but here, dekat sekolah baru. most people ingat aku childish and hahaha, and always bahagia. actually bukan manusia yang jenis serious. aku kalau boleh 24/7 aku main je. susah nak tengok aku serious. tapi kalau sekali aku naik suhu.. hahahha kau memang nahas.

aku rasa penyakit aku ni berjangkit dari ayah aku yang kaki mengusik. bila aku tengah buat homework.. ayah aku kacau. serius tak tipu. imagine lah.. kusyukk aku buat hw kononnya ayah aku akan datang tarik rambut sikit, cubit lah apalah. aku ni dah la jenis cepat reaktif. kena usik sikit habis satu rumah aku kejar ayah aku. hahaha.


lepas tu mula merengek dekat ayah nak makanan. kadang ayah aku buat dunno je. kadang ayah aku tunggu adik-adik aku tidur lepas tu ayah lanje aku burger. hahaha.  tengok tahap kerajinan beliau nak melayan perangai aku yang mengada ni,

orang cakap kalau aktif sangat ni.. gula atau glucose lebih. lol. aku tak ingat apa aku makan semalam sampai kadar tindakbalas dan kadar keaktifan aku hari ini sangat tinggi. hahahhaa.


whole day hari ini aku tak berhenti mengusik dan bercakap dengan kawan-kawan aku. mula kelas tadi, masa assembly, lol. waktu chemistry.

Sampai akan keluar..

Aina, hang cakap apa? 
Aina the lost lamb. 
aina, can you stop talking? 
waktu latihan sukan tadi pun sama. aku letih haha. homework banyak . tapi.. aku dah mengantuk.

assalam, good nite.



sekian bebelan stress saya. haha.





3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Hilang di perairan misteri.

Aina Akmal 5 Comments

Assalamualaikum


Setelah sekian lama aku asyik update blog dengan hanya share pasal post-post yang aku rasa agak ilmiah , hari ini aku nak merapu sikit lah. Aku sebenarnya tak tau nak cakap apa. Aku rasa macam mode aku menulis dah ke perairan yang aku sendiri tidak tahu di mana.

Aku minta maaf kepada group blogger gempak sebab aku masih belum buat badge. aku punya ispirasi tak ada. aku pun tak faham kenapa.

entahlah... maybe blogger sekrang semua busy.

sebenarnya aku hilang mood sebab dah makin kurang orang komen blog aku. maybe blog aku dah makin bosan. i dont know. aku dah cuba bw sebaik yang mungkin.

mungkin orang dah bosan dengan blog aku
mungkin memang sebenarnya blog aku ni tak ada reader pun.
Haha. sorry teremo. tak profesional langsung.

aku bukan apa.. aku rindu blogger-blogger 2014.. rajin akak-akak tu komen blog. yes. time flies. memory remain,

blogger sekarang aku tengok macam dah tak friendly. mungkin aku je. orang lain okay kot. entah.

Maaf sebab mood aku agak tak menentu. typical girl. haha.




5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Kebaikan Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Aina Akmal 2 Comments

Assalamualaikum



Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Tidur dalam Islam juga adalah merupakan salah satu ibadah.
Rasulullah s.a.w turut memberi contoh dan membimbing bagaimana umatnya perlu tidur seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah:

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

4 Sebab Mengapa Perlu Tutup lampu adalah:

1. Memperbaiki Sel Yang Rosak

Sel-sel yang rosak akibat daripada aktiviti yang dilakukan pada waktu siang, perlu diganti dan dibaiki sewaktu kita tidur pada waktu malam. Berdasarkan kajian, tubuh memerlukan suasana yang gelap untuk memperbaiki sel yang rosak. Oleh yang demikian, lampu perlu ditutup atau dipadamkan.

2. Mencegah Penyakit Kanser

Pakar Biology Joan Robert mengatakan bahawa tubuh hanya akan menghasilkan Hormon Melatonin ketika tidak ada cahaya, i.e ketika lampu tertutup. Hormon ini adalah salah satu hormon pertahanan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser. Jika lampu terpasang, walau sekecil atau sesuram mana sekalipun, pengeluaran hormon melatonin akan terhenti.

3. Meningkatkan Pengeluaran Hormon Melatonin

Selain dari itu, professor Russle Reiter dari Texas University, mengatakan bahawa jika sekiranya kita tidur dalam keadaan lampu terbuka biarpun hanya satu minit, otak akan segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan unsur melatonin akan berkurangan.

Hormon melatonin adalah unsur yang dihasilkan oleh kelenjar pineal di dalam otak dan pembentukannya dipengaruhi oleh suasana gelap. Tahap pengeluaran yang paling tinggi adalah diantara pukul 2 - 4 pagi dan yang paling rendah adalah waktu petang.

4. Merehatkan Otot

Selain daripada fungi diatas, hormon melatonin yang dihasilkan sewaktu tidur didalam keadaan lampu tertutup mampu merehatkan otot, meningkatkan pertahanan tubuh serta membantu untuk meningkatkan mood serta menghilangkan ketegangan.
Sebab itu tidak hairanlah kalau mood kita kurang baik kalau tidak cukup tidur. Bahkan badan kita mungkin akan merasa lemah atau letih. Ini adalah kerana Hormon melatonin tidak dapat berfungsi dengan baik.



2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Aina Akmal 2 Comments

Assalamualaikum ♥




Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.-MYMEDIAHUB

2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Antara Sebab Kenapa Mayat Firaun Masih Terpelihara Hingga Kini

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum ♥

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.


Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.




Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

sumber



4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wordless Wednesday : Am I?

Aina Akmal 10 Comments

Assalamualaikum


Kaannn? aku rasa macam kek pelangi tu macam play doh je . lol. 



10 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Sebab kenapa follower mendadak turun.

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum


A few weeks ago, ramai blogger termasuk aku menangis teresak-esak konnonya bila tengok followers tiba-tiba menurun secara mendadak. Aku pelik.. ingat kan ramai dah yang menyampah dengan blog aku ke apa. Hiks.

Maybe ramai dah tahu sebab follower turun mendadak. Aku baca ada kata sebab dia buat pembersihan semua.

So ini official statement dari pihak BLOGGER sendiri.



An update on Google Friend ConnectDecember 21, 2015In 2011, we announced the retirement of Google Friend Connect for all non-Blogger sites. We made an exception for Blogger to give readers an easy way to follow blogs using a variety of accounts. Yet over time, we’ve seen that most people sign into Friend Connect with a Google Account. So, in an effort to streamline, in the next few weeks we’ll be making some changes that will eventually require readers to have a Google Account to sign into Friend Connect and follow blogs.







As part of this plan, starting the week of January 11, we’ll remove the ability for people with Twitter, Yahoo, Orkut or other OpenId providers to sign in to Google Friend Connect and follow blogs. At the same time, we’ll remove non-Google Account profiles so you may see a decrease in your blog follower count.







We encourage you to tell affected readers (perhaps via a blog post), that if they use a non-Google Account to follow your blog, they need to sign up for a Google Account, and re-follow your blog. With a Google Account, they’ll get blogs added to their Reading List, making it easier for them to see the latest posts and activity of the blogs they follow.



We know how important followers are to all bloggers, but we believe this change will improve the experience for both you and your readers.

Posted by Michael Goddard, Software Engineer
jangan sedih-sedih lah ye? Hehehe. 


4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Freebie : Home Older Newer Icon

Aina Akmal 1 Comments



Assalamualaikum

CTRL + Click untuk amik




mind comment? hehe. dont re-freebies


1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Freebies : Menu tab { 2 }

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum ♥







you can edit it at here, >>CLICK<<

Probs? tell me. 


4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

25 things that make me Happyyy!

Aina Akmal 5 Comments



 tagged by pqa @ otaku


Assalamualaikum ♥


It's been a while a play the tagging game. hehe. So let's answer. ^^
The rules are really simple :-


  • Create a new post + Insert the theme picture above
  • List 25 things that make you happy most of the time ( it can be in any language you want )
  • Mention the blog that have tagged you ( of course it can be more than one blog )
  • Tag at least other 5 bloggers & make sure they know they're been tagged !
  • You might also share your favourite quote of the week ! ( if none , then that's okay )


25 things that make me Happyyy!



  1. food! ( who dont love food?)
  2. family who always be my side inshaallah
  3. stupid little crush? haha
  4. cookingggg
  5. taking picture
  6. help people in troubles
  7. end my senior year with flying color inshaaAllah
  8. mereput dekat kedai buku
  9. makan maggi berjemaah dengan kawan-kawan
  10. good grade dengan goyang kaki je. hahaha
  11. dapat benda free
  12. discount shopping
  13. tidur time hujan
  14. doing fool thing with friends // siapa tak pernah buat ni rugi haha. 
  15. movie time with my sisters
  16. orang belanja makan. hahaha. 
  17. baca novel 
  18. window shopping dekat lazada and zalora. ahahha. yes.. aku punya habit sekarang suka tengok offer dekat sana sampai stress lepas tu jerit , mama, lazada offer gilaaa ahh
  19. tengok orang yang berada di sekeliling bahagia dan tersenyum kalau aku pujuk
  20. jodoh baikk . eh? haha
  21. mandi hujan. hahaha. trust me, I dont care about the acid rain or what so ever. ayah aku cakap kalau nak mandi hujan pergilah. tapi 10-15 minit awal tu jangan mandi lagi sebab hujan tu tak bersih lagi. kalau nak mandi yang selepas tu memang heaven. lepas tu pergi mandi air bersih dan shampoo lah and sabun lah. InshaaAllah tak demam. 
  22. dapat belajar benda yang aku teringin nak buat. yes. contoh macam blog lah. aku akan belajar sampai semua benda aku boleh. hehe
  23. texting and otp with my family and friends
  24. Selfie! Oh yes. memang penuh gamba selfie aku lol. saja seronokk.
  25. mengusik adik-adik. hahahhahahahahahaha. kejam tak aku. aku akan ada satu mood tu satu hari tu nak mengusik adik-adik aku sampai menangis. aku kadang tak rasa umur aku 18 tahun. haha. mama and ayah dah malas nak melayan hahaha. kalau dah aku lebih tu kena jugalah. lol

Haaaaaaaaah. siap pun akhirnya. T_T asyik tertidur je asal nak tulis ni. dan letih fikir benda apa yang buat aku happy. lol. Alhamdullilah

Tag ;








5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Politik dan agama tak boleh campur?

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum

Bilik, rumah.


Sebenarnya.. homework aku tengah menimbun. Esok ada kelas Physics and Sejarah. but I'm not finish my homework yet. Suddenly something pop up in my mind. I am very sure most of us will say that Politics and Agama should not be mixed up each other. However, do you ever know Rasulullah also a Prime Minister when baginda leaves Macca?


Do you remember when he left his home for Hijrah to Madinah? He was Prime Minister for 10 years! The idea to separate the Islam and Politics adalah dari negara Barat.

How come most of us said that politics and agama should not be mixed up?

In fact, Islam ask us to da'wah. How come we can da'wah if we don't have power. Yes, I believe we will say

You don't need power lah to da'wah or to spread Islam. all you need is sincerity. 

 I would love to ask you..

What will you do if you are in trouble? If your life are mess up, if your feel you're alone. Maybe you will listen to music until you cry and then you sleep. but when you wake up.. you'll fell loss. deep in your heart , you will feel like you have loss something.

and when you don't know what you want to do.

you listen to Quran, read it and taddabur. at the end , we will said

Allah. Please help me. You're very gracious, and merciful. 
Because that what we called fitrah. Be yourself. the real you.

See? No matter what happen to your life, in the end you will see Islam have solution. Soooo muchh.
Never give up from his Rahmat.


so that's why we cannot separate Islam and Politics, because with power we can do hudud and so much more. We can do what Allah have said. InshaaAllah, the crime will decrease.

Because every single problem happen to Malaysia actually is Kafarah. it happen because toooo much sins that we've created. Allahu.

I'm just sharing my opinion. big sorry for my english , big sorry if you dont get why I'm trying to say.

Kalau Islam dan politik tak sama.. korang panggil pemerintahan Bani Abbasiyah, Bani Umaiyah  apa dia? Bukan tu politk ke? Hehe. Nite

Maasalamah.

Aina.

2257





3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Penguman Segmen B&B by Aina Akmal

Aina Akmal 7 Comments

Assalamualaikum



 

Maafkan aku sebab lambat update pasal ni. Aku betul-betul busy dan agak malas sebab laptop aku tak de. Kena tunggu turn nak pakai laptop ni hahah. Sedihh betul. Okay lahh. Tanpa membuang masa lagi...



Aku umumkan siapkah hamba Allah yang bertuah untuk direview blognya. Bertuah sangat kan? T.T Hauahaha. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi mengejoin segmen aku ni. Maaflah buat masa ni belum ada rezeki nak buat giveaway bagai sebab fulus masih belum ada. Harap duit mak ayah lagi. Ada rezeki lebih esok aku buat ye. InshaaALLAH.

Btw, aku pilih rawak sahaja ye uolss. So yang tak dapat direview tu jangan sedih-sedih ye. Aku sayang korangg juga. Cewahh. 3 blogger yang terpilih untuk di revieew adalahhh...

7 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Aku panas hati betul lah ! Huff

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum

Tahun lepas, masa hujung tahun aku dengan member-member sekolah lama aku buat rombongan. Lebih kurang macam reunion lah. So dorang ni buat kertas kerja semua and jemput aku si bekas pelajar sekolah tersebut. since kitaorang pergi under nama sekolah lagii.. hahaha ada ustazah sorang ikut dengan family dia.

Maka pada hari apa entah, kitaorang bertolak and malam tu semua kitaorang di benarkan berjalan berfoya-foya dekat mall mana tah yang dekat dengan komtar tu. Parkson rasanya. Malam tu aku round 4 mall. HAHAHA. Kauu. Cabut kaki aku.

Okayyyy letttt's straight to the point...






Pernah kena? Hahaha wahh pelukis ni pun dari penang plak. Kebetulan sungguh. Aku jalan-jalan cuci mata dekat situ..

Tiba-tiba kena tarik dengan makcik tu. Uhuk. Nak lari tak sampai hati. 

Last-last..

terbeli juga den produk dia. 

Mentang-mentang lah aku tak lawa. dia cakap nanti bf lari lah apa lah.

 Who need bf? I need husband okay. BF ni budak tak matang ja ada bf. aku pun cakap dalam hati jelah. siann plakk makcik tu deep tak pasal kang. hahaha

Produk tu tak silap RM 20, dia nak jual kat aku dengan kawan RM  15. Kawan aku minta RM 10. hahahaha. makcik tu kata okay.

Aku ternganga kawan aku buat macam tu. T_T

Kawan aku cakap.. dia ingat bila dia dah mnta murah macam tu makcik tu nak bebaskan kami.. rupanya tak. Hampehh.

Maka kami berdua berhuhuhuhu jelah. Orang lain beli purse lah apa lah.. aku beli produukkk. URGHHH!!

aku dah la jenis jarang pakai.. Hiks. REDHA JELAH. T_T sampai hari ini masih penuh lagi benda tu. WADOOOHH.

Sekian cerita pendek aku. Hahah

Kbai.


Aina.


3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

First Giveaway By Nadia Syamimi

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum ♥


klik untuk join ^^

4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Segmen Bloglist NrlSyazwana

Aina Akmal 5 Comments

Assalamualaikum

Jom support !




KLIK BANNER UNTUK JOIN YE! ^^

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Makanannn yang korang mestii telann air liur di Jepun!

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum



3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Travelog : Kuala Perlis, Perlis // Pt. 5

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum ♥

So aku rasa ini entri terkahir aku untuk trip aku one day ke Perlis. Yaayy! Bahagia. dah kepenatan berselfie dan melalak sendiri masa dekat Gua Kelam, aku tidur dalam bas masa nak otw ke Kuala Perlis. Serius masa aku jalan ni.. aku langsung tak tengok jam. Al-maklumlah kan, jalan tumpang orang ni. Janji jalan. Lol.

Sampai je dekat Kuala Perlis tu, aku rasa ada beberapa jam sebelum pukul 6 petang untuk kami makan malam di sebuah restoran yang sangatt top dekat situ sebab kitaorang dah reserved. Nak tahu apa? Stay tuned! Hehehe

Sementara kitaorang tunggu tu, melepak kejaplah ambil angin petang dekat situ sambil makan makan rojak, sambil kena tampar dengan angin. Wahhh. Nicee woo. Bersweet-sweet dengan mama dekat situ sambil makan suap menyuap. hahhhahaha. NGADAA KAN?

Dan bila dah sampai pukul 6...

4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Jackie Chan beli jet RM82 juta

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum ♥


HONG KONG: Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta. Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Embraer Aerospace.


Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama. "Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. 

Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa. "Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya. 


Difahamkan pesawat di bawah model The Embraer 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.

sumber


p/s; aku nak beli phone baru pun.. letih pilih -.-

3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Travelog ; Gua Kelam , Perlis // Pt. 4

Aina Akmal 2 Comments



Assalamualaikum


Hahaha, aku sebenarnya berjalan pergi ke Perlis sehari je. Tapi nak tulis entri dia tu dia. Sebulan pun tak habis lagi.

So selepas solat jama qasar taqdim di surau Pdang Besar.. kitaorang semua menyambung perjalan ke Gua Kelam. Aku tak sedar berapa lama masa yang di ambil untuk ke sana, sebab masa naik bas, aku tertidur rasanya. Sebab aku tak leh nak recall langsung apa aku buat masa otw ke Gua Kelam.

Eh, aku tak tidur pun. Aku rasa kejap je nak ke Gua Kelam. Tak sempat nak tidur pun. lol. HAHAHA.

Sebaik sahaja sampai macam biasalah, perut aku ni berdongdang sayang minta di isikan. Mama teringin nak makan laksa. So aku pun tumpang sekaki lah sebab lapar. Aku dengan adik aku order mee goreng.

Bila dah lapar lupa nak snap gambar. lepas tu baru teringat. So. hahaha. Sedapp!



2 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Weh, subuh ke asar?

Aina Akmal 11 Comments

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas, aku tidur dalam pukul 4 pagi macam tu. Masa tu aku baca manga dekat phone. Aku cakap sikit lagi, skit lagi. Sedar-sedar mata rasa macam pedih-pedih dan berair dan kepala aku dah pening. Aku pun letak telefon tepi dan tidur dengan nyenyak.

dan sebelum tu waktu petang tu aku tidur lepas Asar. Orang cakap kalau tidur asar ni boleh jadi 3 suku . Gila. Aku rasa it really happen to me. T_T

Dalam 6.30 pagi tu ayah aku ke sapa tah ketuk pintu kejut subuh. Aku pun dekat kelam kabut masuk bilik air ambil kain tuala semua. Aku jeling sekilas dekat jam. Aku rasa macam asar sangat time tu.


Aku masuk bilik air. Termenung dekat dalam bilik air. Pukul berapa sekarang ni. Subuh ke asar. Lepas tu aku cuba rewind balik . Aku rasa macam baru je tidur. tapi aku lupa aku tidur hari apa.

15 MINIT OTAK AKU NAK DIGEST PUKUL BERAPA WEH! Aku macam sekarang subuh ke asar, subuh ke asar.

Lepas tu aku ambil wudu semua aku selak curtain sikit. Gelap lagi. Okay, subuh.

Sampai ayah aku jerit ;

Kakak nak keluar bilik air pukul berapa? nak habis subuh dah.

That time barulah aku sedar aku subuh. Lol.

Pengajarannya.. jangan tidur lepas Asar. Gila seabad weh. Memang tak digalakkan pun tidur lepas Asar ni.  Aku tak suka tidur time ni.. tapi dah letih sangat weh.


Loves,
Aina Akmal




11 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wordless Wednesday : Manusia Berakal

Aina Akmal 1 Comments

Assalamualaikum ♥


Tanda diri kita ni tak egois. Sama-sama perbaiki diri. 



1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Makin berkurang calon menantu mama,

Aina Akmal 8 Comments

Assalamualaikum

Pergh tajuk kau cik Ainaa... gedik tak ingat dunia. Korang perasan ke tak? Dah makin ramai retis and selebriti dah membina masjid. Wuu dan bakal membina juga akan datang. Me cry wuu. Hiks. Aku ni SPM pun tak lepas lagi.. sibuk kekurangan calon menantu. Hehehe.

Memula hari tu aku dapat tahu pasal Nazim Othman. Nazim bertunang dengan Bella Dally, huhuhu. menangis guling-guling aku seminggu dapat tahu kata Nazim propose dia. Okay tak, gurau je. Aku happy for them actually. Hehehe.

Lepas tu aku stalk IG Bella dally, dia update cincin tunang bagai. Nazim plak, latest pasal iPhone nazim rosak and dia mention Bella kata tak boleh nak wassap.

Dah teruk aku ni. ._.

Beberapa hari lepas, pasal Shaheizy Sam.

Aku actually minat dia since dia berlakon cerita POLIS EVO. Movie tu memang ohsem gila lah. Tak rugi tengok serius. First time aku rasa filem Malaysia sangat ohsem. dan 3-4 kali aku ulang cerita tu. Tapi Sam dalam tu hensem apakkk. HAHAHA. LOL

Akim pun dah nikah.. hahaha. actually aku tak kisah dia nikah.. haha sebab aku tak minat sangat. LOL.

Oh, tidak di lupakan.. Matlutfii. Yay! T______T CONGRAT LUTFI. Sopann gila aku tengok bini dia. hahaha.

Siapa lagi aku tak mention.. hahaha. dah tu je kot. aku tak larat nak merapu dah. HAHAHA.

CONGRATS SEMUA! HAHAHA


Loves,
AinaAkmal


8 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Tutorial : Header hover sparkling/berkilat lol

Aina Akmal 5 Comments

Assalamualaikum


Dah lama gila tak buat tutorial, so hari ini aku nak ajar korang macam mana nak buat header hover macam dekat blog aku sekarang, lol.Try letak cursor korang dekat header aku tu. lol. hehe. Maybe dah ramai yang tahu. tak kisah la.

Before cursor di halakan

selepas cursor di halakan // klik image untuk tumbesaran yang sihat walafiat ._.


1. Dashboard > Template > Edit HTML
2. CTRL + F , and cari code ni.


</style>
3. Copy code ni dan pastekan atas code yang di cari tadi.


.Header {
margin-top:10px;
margin-left:0px;
-webkit-transition:2s
}
.Header:hover {
background:Url(http://a.deviantart.net/avatars/s/p/sparklesplz.gif?1);
}

4. Save template and dah siap!

Okayy tu je. byeee. hehe.

Loves,
Aina Akmal



5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Horeeyy! Blog wajah baru.

Aina Akmal 24 Comments

Assalamualaikum

Morning semua. Wahaha. Akhirnya official update untuk rupa blog aku dah update. keh. Selama ni aku asyik tukar rupa blog tapi langsung aku tak berkenan. Sebab tu aku tak update.. lol. Bukan Aina lah namanya.. kalau blog tak tukar rupa. Yeheheh.

Aku namakan template ni LemonadeRilla. Aku.. punya blog.. tetiba girly sangat kan? padahal sebelum ni warna hitam dan hitam dan putih.

you got kidding me right?  Aina, pink purple grey?
HAHAHA

I'm girl you know.

Setelah beberapa jam aku bertungkus lumus, dan sorry kepada yang cuba jenguk blog tapi tak boleh.. sebab aku privatekan. yuhuu.

Okayy tu je aku nak cakap. Nak buat Homework bertimbun macam gunung tu. dah cuti yang ketiga tak start apa lagi. hukk.

Jemput komen rupa blog aku ni. Berat ke tak ke, lawa ke tak ke.

p/s ; never thought my blog will be like this. hahahha. -__- but i loike it. heheh. rillakuma sooo cutee. ><


24 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Suatu ketika dahulu..

Aina Akmal 12 Comments

Assalamualaikum

Tadi, saja aku godek hard disk. Bersepah file-file dalam tu. Aku kononnya nak kemaslah. Entah kenapa.. sejak aku dah makin meningkat umur ni, aku rasa macam aku makin rajin nak mengemas. Tak boleh tengok benda bersepah langsung. Hmph. jodoh dah dekat ke? Eh, pehal kau Aina.

Aku saja nak buat throwback bada suatu ketika dahulu..

Zaman aku paling aktif blogging and kalau boleh.. tiap hari aku tukar baju blog aku. fyi, setiap template yang aku design.. semua ada nama. Haha. Tapi ada yang aku dah lupa. hahaha



1. Baby blue

2. Heart You

12 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Harris J vs Justin Bieber

Aina Akmal 4 Comments

Assalamualaikum


Happy holiday semua. Ecewahh. Sebenarnya malam ni dan beberapa hari lepas banyak gila idea aku datang mencurah-curah.. tapi idea aku datang sama mencurah dan melimpah macam homework aku. Subhanaallah. So tired. In addition, my lappy was broken. So I've to wait my turn to merepek and membebel. Hoyeahhh.

So back to my main topic, Harris J vs Justin Bieber.

I just so in love with both of them. I want more Harris J, and I need more Harris J. If you get what I meant.


Harris J.

First time aku dengar lagu mamat ni masa dekat maktab. Masa otw nak ke tapak morning call (perhimpunan kecil something like that), geng-geng BWP buka satu lagu yang lighten up my morning mood. Okay, mood aku waktu pagi memang agak teruk. HAHA. Serupa kucing hilang anak weh. Kecuali ada something good happen. Sapa tak suka benda happy kan?


Masa dengar tu aku, kaki aku tangan aku  kepala aku bergerak like hoyeahh. this song really make me insane. Hiperbola kan aku.

Maybe cara susunan music dia moden, dan english dia yang best. Tak macam Maher Zain. Maybe because dia tua sikit? Haris J ni tak silap sebaya dengan aku kot. Ke tua setahun lebih macam tu. HAHAHA, no wonder suara dia sedap. In fact, Harris J from UK. Hahaha, aku suka slang Eng. British. Sexshiiy. Okay. pfftt. Tapi.. ada aku baca dia dari Chelsea. jap Chelsea dekat sebelah mana weh. --'' homaii.

Aku harap sangat Harris J akan keluarkan lagu baru pulakk. Secepat yang mungkin. Korang dah layan ke belum lagu dia?


Layan satu buat yang belum kenal dia. 




sorry jb, muka hang kena kecik ja. bahaya. hahaha.


Justin Bieber.

Okay, umum tahu dia ni pelantun lagu Baby tu. Sekarang tengah famous dengan lagu Love Yourself, What Do You Mean, Sorry and so on. Aku suka album dia yang Boyfriend dan ke atas. HAHA. Best sangat. Lagu-lagu lain aku tak tau lah. Aku bukan beliebers bagai. Aku cuma minat dengar macam tu je. Asal suara sedap telinga aku. aku layan. Lirik tengok lepas dah syok layan. HAHA.

Justin Bieber ni aku layan time tanduk naik. Maksudnya macam aku tengah syiton sikit perangai. In my family, lagu non-islamics are totally forbidden. Kantoi dengan parents aku.. haha ceramah tudia, kalah Ustaz Azhar Idrus.

Pernah sekali tu ayah aku cakap.

Macam mana nak masuk ilmu,yang melekat dekat telinga (earphone) tu bukannya Quran. Ilmu ni sifatnya cahaya, Hati gelap.. cahaya mana masuk. -Ayah

Hahhh. Potong bawang aku masa tu. Pelan-pelan tutup sound cloud. Lepas tu buka MP3 Quran.

Itu tak tambah dengan mama aku cakap lagi.. lagi sedihh. Hukks. Sebab tu aku dengar time tanduk keluar. Sorrry ma, ayah. hiks.

Aku download satu album dia, tapi simpan dalam hard disk. hehe. saja buat koleksi lol. Nak delete sayang. sebab aku download lama gila. Huhuks!

Tapi lagu JB sekrang macam matang sikit. Aku je yang rasa ke apa. LOL


So, konklusinya. aku suka genre lagu yang macam HJ, JB and seangkatan macam dorang ni. Aku tak minat lagu Melayu. Lol. Instead of Malay, I love Indonesia balik. Tapi ada je lagu Melayu yang aku layan.Macam lagu OST Polis Evo dan serangkai dengannya. nasyid UNIC sekarang pun best. Tambah seindah sabar. Best sangat. Try dengar sekali. ^^



p/s; for me haris j adalah JB versi islamik. haha. 


Loves,
Aina Akmal




4 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Lyrics : Haris J - I Promise

Aina Akmal 0 Comments

Assalamualaikum








I promise anytime you call me
It don't matter where I am
I'll always be there, like you've been there 
If you need me closer, 
I'll be right over I swear, I swear

Every time that I need you by my side
Every time I lose my way in life
You're my circle of life, compass and guide
There behind me


And one day when the tables finally turn
And it's me you're depending on
I'll put you first, hold you close Like you taught me
Know that I'll be there for you, for you
I promise anytime you call me
It don't matter where I am
I'll always be there, like you've been there
If you need me closer,
I'll be right over I swear, I swear
I promise anytime you call me
It don't matter where I am I'll always care for you,
go anywhere for you
If you need me closer, I'll be right over I swear, ooh There are days when I just don't want to talk
And your feelings hit a wall
But that won't change
The love you've raised inside this family \
Everything that I do is to make you proud
I just want to say it, and say it loud
You're my heat when I'm cold
The place I call home, and always will be
Know that I'll be there for you, for you
I promise anytime you call me It don't matter where I am
I'll always be there, like you've been there
If you need me closer,
I'll be right over I swear,
I swear I promise anytime you call me
It don't matter where I am
I'll always care for you, go anywhere for you

If you need me closer, I'll be right over I swear,
ooh Having someone to go to Having someone to love
Having both is a blessing
That was sent from above
Oh I know that wherever I'll go

You'll be forever in my heart
I promise anytime you call me
It don't matter where I am I'll always be there, like you've been there
If you need me closer,

I'll be right over I swear,
I swear I promise anytime you call me
It don't matter where I am
I'll always care for you,
go anywhere for you If you need me closer,
I'll be right over I swear, ooh







0 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Drama terbaru TV3: Kakakku Masak Ikan

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum ♥



Haaahaa, mengaku cepat sapa spesis ni.. lol. Aku dulu macam ni gak, haha. tapi minat mengatasi. lols. kbai



3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Bila bukak peti ais kat rumah

Aina Akmal 5 Comments

Assalamualaikum




sapa genggg aku? haha angkat hiddung. lol

5 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Wordless Wednesday ; Hayati / Baca?

Aina Akmal 1 Comments

Assalamualaikum



1 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Mess up

Aina Akmal 3 Comments

Assalamualaikum..

Soryy untuk kehodohan blog ini. Aku pun tak tahu apa akubdah buat dekat blog ni sampai jadi macam ayammm busuk.

Okayy, sorrry sangat. Aku pun dah serabut sangat. Aku tak tahulah misi aku nak kembali aktif berjalan ke tak. Ya allah. Humm

Blog aku entah apa2 jadinya. Tunggu weekend ni lah nak setel kan semua benda.

Re arrange balik jadual lifee aku semua. Design balik blog aku elok2 lepas tu buat homework CNY yang bertimbun macam lori.

Okay.. Actually aku suka life aku busy. Supaya aku jadi orang yang menghargai masa and displin.

You re eighteen y/o Aina. Please grown up and be reliable.

Orait tu je kot nak bebel. Gednite


3 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

SEGMEN BLOGWALKING & BLOGLIST BY AINA AKMAL

Aina Akmal 40 Comments

Assalamualaikum

Hai semua.. hari ini aku nak lancarakan segmen first aku untuk this year. Sebab utama aku buat ni adalah sebab untuk nak blogwalking ke blog-blog korang. Aku akan cuba untuk blogwalk okay?

So dengan Lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.. 
Aku melancarkan segmen blogwalking and bloglist. ^^

Acewah. 


Syarat - syarat

  • Follow blog ini. kalau dah follow sila abaikan syarat ini. 
  • Copy gambar ini di blog dan linkkan ke blog ini semula. 
  • LIKE page Aina Akmal di sidebar 
  • Follow Instagram Aina Akmal 

  • Tag sorang / dua rakan anda . Pastikan mereka tahu.
  • Jawab soalah di bawah. // Kalau tak nak jawab tak apalah.. tapi kalau bolehh jawablah.. supaya seronok nak blogwalking nanti. 

  • pastekan url/link blog anda di comment box

 Apakah memori anda yang paling bahagia pada tahun lepas?
DUE DATE : 10 FEBRUARI 2016 // abaikan yang dekat gambar tu. ><

Simple je kan syarat-syaratnya. InshaaAllah, semua yang join segmen ni akan di bloglistkan, dan buat sesiapa yang bertuah. InshaAllah aku akan review blog korang. Maybe dalam 3 buah blog? ^^ Lambat lagi nak tamatkan? So jom join! ^^

Okay tu je,thank you! 

Loves,

40 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)

Hectic life.

Aina Akmal 7 Comments

Assalamualaikum semua.  ♥

Terima kasihlah kalau masih sudi kunjung ke blog aku ni.  Aku lately ni..  Makin busy. Homework aku makin bertimbun mengalahkan gunung Everest. Makin tak terkejar aku dengan segmen aku lagi. 

Ya allah.. InshaaAllah hujung minggu ni boleh lah aku melawat blog korang semua yang join.  Dah separuh dah blog yang aku pergi melawat dah.  Asal pening lalat ayat aku ni.  Aku nak cakap peserta yang sebelum ni aku dah lawat blog korang and dah follow.

Nanti dah free sikit aku letak korang dalam bloglist okay.  Bloglist untuk Februari hingga March.

Okay gais.  Aku ada satu bab modul Biology nak kena siapkan.  Nauzubillah lah esok aku kalau tak siap.  Kena sila atas meja.  Agak-agak kalau meja tu tak patah..  Cikgu boleh buat kenduri kesyukuran lah kot.  Haha. 

Kalau aku naik pun..  Mau ngucap panjang esok.  Sobs.  Heheh.

Okay guyss. Tata.  Love you.  Aceceyyh.  Haha


7 Love Letter(s):

Hampa komen, hampa comel :)