Jackie Chan beli jet RM82 juta

Assalamualaikum ♥


HONG KONG: Ikon perfileman China, Jackie Chan, 61, menambah aset mewah apabila membeli sebuah jet peribadi keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil, Legacy 500 yang bernilai RM82 juta. Bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan militari itu dikatakan pelanggan China pertama membeli keluaran terkini Embraer Aerospace.


Namun, pesawat eksklusif yang mampu memuatkan 12 penumpang bukanlah aset pertama dimilikinya. Pada tahun 2012, Chan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama. "Saya sangat teruja dapat memiliki jet eksekutif mewah Legacy 500. 

Sejak beberapa tahun lalu, Legacy 650 kepunyaan saya memberi pengalaman pengembaraan yang menakjubkan dan selesa. "Pesawat ini membolehkan saya melunaskan undangan dan komitmen lakonan di seluruh dunia dengan lancar. Saya pasti Legacy 500 mampu memenuhi jangkaan serta menjadi kediaman dan pejabat bergerak yang efisien," katanya. 


Difahamkan pesawat di bawah model The Embraer 500 mampu terbang jauh hingga 5,800 kilometer yang dikuasakan enjin turbo berprestasi tinggi Honeywell HTF75000E.

sumber


p/s; aku nak beli phone baru pun.. letih pilih -.-

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

3 comments:

  1. Haha inspirasi :) Bila dia dah kerja tumbuk sepak orang baling pinggan semua bolehlah hidup bahagia bila dah tua :) Tapi bukan beliau ni dan pencen ke? Kata movie last dia hari tu...

    ReplyDelete