Musim Demam ke?

Assalamualaikum ♥

Holla holliii cikebum cikebum.

Selamat pagi peeps, actully pagi ni aku tengah blur nak buat apa. Yelah musim cuti ni kan. Adik -adik aku semuanya berbungkus lagi lepas Subuh. Jenis penyakit adik-adik aku ni, kalau aku bangun awal dorang akan bangun lewat. Kalau aku bangun lewat, dorang akan bangun awal.

Heyy, sakit hati kiteeww ni tau. Bosan lah. 4 hari lepas aku demam teruk gila. Teruk sangat dalam sejarah hidup aku. Memang sampai aku mandi semua adik aku yang buatkan. Aku tak larat nak buka mata langsung. Rasa macam dah jadi mayat hidup dah.

Nak kata demam, badan aku tak panas. Aku pun tak tau apa aku sakit, sampai tak lalu makan aku. Selalu kalau aku demam pun, aku akan makan juga. Bukan makan bubur, makan nasi ayam, makan nasi arab. Haha. Serius. Aku tak tipu. Aku punya demam aku bukannya demam drama nak kena makan bubur.


Aku tak faham asal sakit je kena makan bubur, dasar drama. Tengoklah drama apa pun. Poyoo je lebih. -_- sorry teremoo plak pepagi buta.

Aku lagi suka makan bubur masa sihat. Sedap weh! Aku baru je buat semalam,nanti rajin aku share dia punya resepi okayy? Hehehehehe.


Minggu lepas turn adik aku yang sepasang kembar tu demam. Lepas si adik demam, kakak dia pulak demam. Lepas tu minggu ni aku. Aku dah okay sikit pergi dekat adik bongsu aku. Adik aku yang no.2 tu dah demam dekat asrama dah. Sebelum tu ayah aku ada kena. Tinggal mama je tak kena. XD

Bukan nak doa mama kena, tapi mama aku tu jenis jarang kena demam-demam ni semua. Kalau kena pun, bukannya nak pergi klinik. Ayah aku tak larat nak pujuk lah kalau ajak pergi klinik.

Mama degil kalau nak pergi klinik.

Mama tu kalau boleh masa mengandung aku dengan adik-adik, kalau dia boleh check semua, memang dia tak pergi buat check up dah aku rasa. Mama cakap dia tak suka bau klinik,bau orang sakit.

Ayah aku jelah yang kerap bawa kami adik beradik ke klinik kalau demam. Sobs.sobs.. mama pun ada alah ubat.

Tsk.


Tak apalah, aku pun tak tahu apa aku merepek pagi-pagi buta ni hah. Wehhehehe. Aku sakit kepala tetiba. Kbai.




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

4 comments:

  1. Maybe sebab cuaca tak menentu ?Huhu.

    Kita pun kerap kena sakit kepala sekarang.

    ReplyDelete
  2. Jaga diri elok2 and keep hydrating yourself. Get well soon okay

    ReplyDelete
  3. hai sis!

    http://messarah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hye diknon.. salam aidilfitri.. da balik sekolah ke ? study rerajin k.. nak ESPIYEM da ni.. heee..

    ReplyDelete