Beraya di Perantauan.






Assalamualaikum ♥

Beraya mana korang kali ini, aku kali ni tak balik beraya dekat Perak. Sobs,sobs, Tahun ni kalau tak giliran balik beraya dekat sebelah ayah. Balik beraya rumah ayah meriah! tapi tulah atas sebab-sebab tertentu, kitaorang tak boleh balik beraya ke kampung lah tahun ni.

Memang aku ni orang Kedah, tapi kalau dah mak ayah aku orang Perak, nak cakap macam mana eh? Lagipun dekat sini memang tak ada saudara mara langsung. Semuanya duduk dekat Perak and Selangor. Lols.

Sebabkan aku tak balik kali ini, aku meroyan jugalah dekat facebook. dah lama aku tak update status dekat facebook. lol.

Since aku dah official 18 tahun kan *tangan di bahu mata ke atas* beraya kali ni tak delah aku terperap je dekat rumah. Lol.


So kawan aku ajak lah aku beraya, hahaha dia drive, minyak ayah dia sponsor. 

aku mana ada lesen lagi. T___T

So pagi raya tu aku bersiap-siap semua, boleh kata satu family aku semuanya sakit. Sobs.. sobs... 

masa aku kejut mama nak salam, mama terkejut. hehehehe.

lepas tu ayah aku hantar pergi rumah kawan aku. actually dah ajak adik aku untuk beraya sekali. tapi dia tidur. 

elok je aku sampai rumah kawan aku, adik kawan aku tu kawan baik dengan adik aku, dia bersiap nak pergi. aku pun dah rasa bersalah. karang kesian dekat dia raya sorang-sorang. aku call adik aku.

"kakak! sampai hati tak kejut aku, bukan nak ajak orang beraya." - ADIK 

Aku macam watt the fisshh. aku tanya tadi kot, nak pergi ke tak. nampak sangat dia mamai. sebelum aku call dia, aku call ayah aku suruh kejut dia bersiap nak pergi raya sebab kawan aku kata satgi depa nak mai rumah aku. lol. nak beraya pun macam kartun. 

dah siap beraya kat rumah si Afiqah ni, kami beraya ke rumah aku pulak, lepas tu beraya ke rumah kawan aku. 


dalam pukul 11 lebih kami gerak keluar nak ke rumah cikgu-cikgu.

Rumah first cikgu yang kami nak pergi tu, cikgu tu tak ada. Tu pun lepas cari rumah dia tak jumpa. 

Lepas tu kami pun pergi cari rumah yang seterusnya. 

2 jam kemudian baru kami sampai. T____T bukan sebab rumah tu jauh, tapi sebab kami sesatt dalam kampung mana entah lah. ya allah, kebas punggung weh. dah la bawa dalam 60km/j. bayangkanlahh. ahhahaha. tu tak masuk lagi kalau dah lalu jalan kecik dekat kampung wehh. azabbbb. dengan kawan aku tu baru dapat lesen. lol.

sorry pakai gambar insta ja. hahahaha. boleh promote insta lol. bukan apa. malas nak am


tanya orang dia jawab ikut jalan ni, tanya orang tu dia tunjuk jalan sana. 


sampai kami ustazah, anak ustazah yang jawab. sampai aku kata, berhenti tepi kedai. kita tanya orang kedai sambil beli makanan. aku makan nasi goreng je dekat rumah kawan aku tadi sebelum gerak. tu pun sikitt je. hekss. aku dah la gastrik. 

elok je nak bayar, kawan aku pun tanya lah rumah ustazah kami tu. last-last ada seorang brother ni dia kata dia nak tolong hantarkan. 

aku lega. 

dan aku bersyukur sebab instinct yang Allah bagi tu semuanya betul. hehehe. kawan-kawan aku tak nak mengaku. lol. 


lepas tu terus kami balik rumah. sebab semua dah kepenatan, kelaparan. lol. balik makan dekat rumah. hehehehe. 


sooooo okayy. aku sebenarnya nak beraya lagi, tapi masing-masing dah letih. so kawan aku drop aku ke rumah. yaayy! 

so tamatlah cerita raya aku. hahahha.

bye bye. ^^


Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

1 comment: