Eh, Raya dekat Sekolah

Assalamualaikum ♥



Hehe, hari ni aku nak cerita pasal raya aku dekat sekolah untuk kali terakhir , InshaaAllah. Hehehe. Memang tahun ni raya aku banyak bittersweet memory lah.

Dalam pukul 5.50 pagi aku bangun cari baju raya aku yang tahun lepas. Since baju raya aku tahun ni adalah blouse. Sebab aku tak pergi tempah baju raya tahun ni. Hehehe. jadi aku rembat baju raya tahun lepas jelah sekali dengan kasut raya tahun lepas. sebab kasut raya tahun ni flat. hahaha aku tak nak pakai.

Dah siap mandi semua, macam biasalah. Kita pergi sekolah. Nak jadi cerita dekat perhimpunan, budak-budak lelaki macam 'SEGAN' sangat nak beratur dekat perhimpunan. Cikgu pun naik berang jugalah sebab semuanya macam dah berpakat nak naikan temper cikgu. Adeh. Pagi-pagi mood raya semua dah macam kelaut dah.

Raya start pukul 12 tengah hari, sebelum rehat belajar. Adehh, sampai waktu kimia tadi, kami buat eksperimen pakai baju raya. Hehehhe.


Photographer tak bertauliah



Experiment Selfie T_T
Hahah, cikgu cakap, bukan selalu nak buat eksperimen pakai baju raya. Cikgu pun bawa keluar handphone bergambar sekali. Cikgu sporting sangat. 

Cikgu cakap siapa yang bawa phone tu, pandai-pandai lah. Cikgu tak rampas, takut orang lain rampas. Kami hanya tersengih sambil buat eksperimen dan berselfie. Hahahaha.

Kelas Kimia kelas sebelum rehat, so masa waktu rehat memang gila-gila kami berselfie. Penuh handphone aku gambar kelas, boomerang dan selfie. Since bila depa pegang handphone aku, lighting dia lawa. Lols.
20/20 of 5S1


Actually waktu rehat tu kami boleh pergi makan, dan pukul 11 kami kena turun untuk tolong cikgu. tapi aku rasa tak ada siapa yang angkat punggung pun. yang kami tau, pukul 12 kena turun sebab nak makan. hahahha. dan, cikgu cakap tak boleh duduk dalam kelas. Hahaha, aku rasa semua itu hanya bicara penyedap hati. Cikgu, have some fun sikit. Bosan lah asyik follow rules. Loosen up a bit sometime. hahahaha


Aku rindu masa maahad dulu, raya dia memang terbaikk ah. Ehh, tak nak throwback. 


Soto Bihun ft Mee Rebus

So elok pukul 12 semuanya berjalan ke booth-booth makanan. Macam-macam makanan ada. Aku amik ni dengan ayam goreng. Yang lain tak larat nak makan sebab dah sengkak perut. Ada gerai yang buat mee goreng, koey teow goreng, nasi goreng, bihun sup, kuih muih. Memang banyak sangat.

Memang kenyang sangat makan, tapi tulah aku ni dah sengkak air, minum air sirap limau dengan hirup kuah sampai licin, memang tak leh go dah la makanan yang lain. 

Habis makan, kami cadang nak pergi amik gambar geng perempuan, ceh. Kononnya nak photoshoot lah. Kami girls memang dah 10 orang je. 5 masuk kelas, 5 orang pergi photoshoot. Aku lah jadi juru gambar tak bertauliah bersama beberapa ketul model amatur. Adeh, layan jelah. Bila tengok aku amik gambar dorang lawa, terus ajak amik gambar berketul-ketul. Aku nak dapat gambar seketul yang lawa pun.. kena ajar dorang banyak kali. 

Hiks hiks. Hehehe. 

4 ketul model amatur

Kasut kita semua lawaaaaaaaaaaa dan filter lawa dan kamera lawaaa. Hiks he.



So hehehehehe, inilah raya terkakhir aku harapnya di sekolah menengah. Hehehehe. We had a lot of fun today cause of kita ada banyak gambar bersama kan. Yes, aku tahu aku duduk dengan korang semua tak sampai setahun pun. Kenal korang semua tak sampai setahun pun, tapi thank you so much for be a part of my memories. 

Sekian. ^^



Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

No comments:

Post a Comment