Aku, Kereta dan JPJ


Assalamualaikum

Aku rasa dari tajuk aku mesti korang boleh agak apa benda yang aku nak bebelkan hari ini, ye dak? Heheh. Sejujurnya entri ni semalam lagi aku publish, tapi masa aku nak menulis semalam my mom datang kacau lol. So tak sempat aku nak bebel, aku pun terus tutup. Tambahan pulak dengan mood aku yang tengah lapar, memang aku malas sikit nak menulis. Heheh.


So, kisahnya semalam aku ada test JPJ. Huahaha. Aku punya nervous malam nak test tu, pukul 4 pagi baru boleh tidur. Hahaha, itu pun tidur-tidur ayam sahaja, bukannya tidur dengannya. Sebab aku bangun sebelum jam aku bunyi. Bila aku buka phone, first thing yang phone aku REMIND, 

TEST JPJ


Aku kalau nervous memang aku tak cakap dengan orang, and siapa cakap dengan aku memang kena sembur. So pagi tu, aku bangun pergi bilik air dan uruskan hal bilik air dalam keadaan yang luar biasa seriusnya. lol. and lepas solat tu terus aku siap baju semua. cuci spek mata, and urus diri. Since aku ni cuma punya masalah silau sahaja, jadi most of time aku jarang pakai spek bila kat rumah.

Sebab tu aku bangun awal cari spek. sebab aku selalu lupa mana aku letak. muahaha

ayah aku memang tak boleh tengok aku serius sikit, mula dia kacau aku macam-macam, nak bagi aku kurang stress and nervous. adik aku memang tak sah, tak mengusik aku. Kalau niat dia nak bagi aku lagi nervous, memang dia berjaya buat aku makin nervous. 


Dah breakfast semua, aku pun masuk kereta. Aku cakap aku nak drive pergi ke sana (tempat ujian). So adik aku yang jadi penyibuk antarabangsa menyibuk dan menyelit duduk masuk dalam kereta. Ayah aku duduk sebelah aku. 

Sampai je sana, terus aku bersalaman dengan ayah aku and turun dari kereta. 

Mujur masa hari test semalam aku jumpa jiran aku, yang muda setahun dari aku and kawan sekolah lama aku. So kira aku boleh buat geng lah hari tu. Tak ada lah aku nervous lain macam sangat. and tbh, aku rasa macam nak amik exam sekolah tau dak. siap baca nota yang RSM and RPK tu semua. HAHAHAHA. 

and lepas kitaorang semua dah daftar semua, JPJ pun datang. Lama jugaklah baru dorang datang, sempat aku menyembang lama gila dengan geng aku baru geng JPJ tu datang. Masa dorang turun kereta tu, aku rasa aku punya jantung dah nak jatuh ke lantai. Bukan sebab jatuh hati, tapi sebab aku rasa jantung aku dah tak kuat nak pam darah sebab nervous sangat. HAHA. LOL.

Lepas tu dengan bila geng JPJ turun dengan SPEK HITAM and uniform ni, memang aku rasa semua nampak dari jauh rasa macam seram. mana yang muka dah nampak tua, lagi aku seram. Ada sorang ni tarik bagasi dengan uniform and spek hitam bergaya. bergaya dan menyeramkan. Aku rasa lagi seram dari tengok cerita hantu. HAHA. 

Image result for nervous gif

10 minit kemudian macam tu, dorang punya team leader bagi taklimat. Team leader dia nampak baik and peramah. Kurang sikit nervous bila dia dah bagi taklimat. 

"Masa kami datang tadi, saya tak tau awat hampa ketaq sangat tengok kami. Macam nampak hantu raya." 

Habis semua orang gelak. Sapa tak nervous dengan gaya dorang. Aku kena sesi 1, No. 16. Alhamdulillah, ujian litar aku lulus. Masa aku buat RPK, aku cakap entah apa-apa je. Since ramai gila yang nak ambil test masa tu, so tuan pegawai yang bertugas tu tak dengar betul-betul pun apa yang kitaorang cakap. huhuhu. ALHAMDULILLAH. hehe.

cuma masa time bukit aku kena buat 2 kali, sebab masa first tu, aku tak sampai bukit. Second time, aku baru lepas. 

and bila dah lepas litar, aku tunggu untuk buat jalan raya pulak. 

alhamdulilah. Semua dipermudahkan. 

TBH, Aku tak lah nervous sangat nak bawa atas jalan raya, sebab aku dekat jalan raya aku dah selalu bawa. Aku confident sangat. Kalau litar tu aku nervous sangat-sangat sebab aku macam susah nak masuk parking mula-mula dulu. Selalu kena marah masa time aku buat side parking. Mujur masa JPJ, alhamdulillah. semua berjalan dengan lancar. 

Image result for uniform runway walk gif
and i proudly wanna say my wish for 2017 untuk lulus JPJ berjaya dengan jayanya, HOYAAH. 

kbai. hewhew.




Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

3 comments:

  1. congrats!

    when I first took my test I failed the on the road test and need to retake the test

    Nurul Rasya | Blog

    ReplyDelete
  2. Time I test JPJ, I dapat abang JPJ garang nak mampos. Stress betul dibuatnya -.- Sehari before test pun I takleh tidur! lol

    ReplyDelete
  3. Congrats! I dua kali ambik test jpj :( nasib baik lulus akhirnya. uhhh what attracted me the most in your post is JHOOOOPPPPPEEEEE hahahaha bias I among BTS members :))

    ReplyDelete