Bershopping di Althea!


Assalamualaikum ♥


Sebenarnya, dah lama aku nak up entri ni, tapi disebabkan kemalasan aku berganda-ganda maka aku asyik menangguhkannya sehingga aku rasa macam hari ini aku nak update. HAHA.


Korang pernah dengar pasal Althea ni tak? Aku rasa macam pernah dengar, tapi tak adalah aku pergi teroka buka benda apa. Aku rasa macam rasa dia ni produk skincare. Rupanya salah. Aku ni noob sikit bab bab ni. Budak baru nak belajar jaga muka. Hahaha. Rasa macam dah teruk sangat muka aku ni. Y___Y


Sebab aku terjumpa Althea ini adalah secara tidak sengaja semasa aku usha usha Lazada untuk membeli aloe vera gel yang selalu orang tempek dekat muka tu. Biasalah girl kan?


Aku rasa macam harga yang aku jumpa dekat website lain agak mahal dan aku tak berapa nak trust sangat dengan site tu.



and pencarian aku end up dekat website Althea. Masa tu aku search sikit pasal Althea ni, boleh dikatakan sangat trusted. Mudah je untuk membeli dia, sama macam korang shopping dekat Zalora and Lazada.






Packaging dia sangat-sangat memuaskan. Aku balik-balik ayah aku cakap ada benda yang kakak beli dah sampai kat rumah. Hehe. Melompat-lompat aku happy.








Alhamdulillah, aku beli ni pun sebab aku rasa muka aku sesuai pakai produk dari negara Korea. Dah macam-macam produk Malaysia aku pakai tapi tak ada yang elok. Selalu end up kulit muka aku merah-merah, mengelupas. Buatkan aku jadi macam fikir dua kali kalau nak beli.



Since kulit muka aku ni over-sensitif, aku memang susah nak jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka aku. Muka aku agak sensitif, even dengan bedak baby pun aku punya kulit muka boleh calar.


Actually tak ada lah aku shopping sakan pun. Aku hanya beli ni je. Nak tahu Apa tu Althea, boleh lah pergi ke websitenya. :)


So tu je aku nak cerita. MUAHAHA. KBAI. LOL.

Aina Akmal

AINA AKMAL. Seorang gadis comel yang berasal dari utara Malaysia. Punya impian sebesar alam semesta dan seorang yang bercakap banyak. Pemegang status pelajar seumur hidup. Keep learning and never give up adalah prinsip beliau. Masih bujang terang tang tang kata orang. Nak berkenal? Boleh jenguk bawah ni.

3 comments:

  1. pernah jugak shopping di althea, memang puas hati jugak :D
    rasa nak beli lagi je aloe vera gel tu.

    BV 🍉 budaksukavanilla.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. seriuslaa. first time akk denga. nty nak 'try' shoping situ. kekeke

    ReplyDelete
  3. first time jugak dengar pasal althea nie..

    ReplyDelete